pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 11 Februari 2014

EPL..DISEBALIK HIKMAHNYA..

Yaya Toure(kiri) dan Kolo Toure(kanan) contoh pemain muslim yang mementingkan ukhwah dalam karier dan reputasi mereka.
UKHWAH secara definisinya diambil dari kata dasar akhun yang membawa maksud sahabat, teman, saudara serta yang berkait dengannya. Ukhwah juga merupakan elemen penting bagi setiap individu bergelar khalifah Allah.
Dengan ukhwah komunikasi dua hala dapat dilakukan dengan berkesan, perkongsian pendapat mahupun idea, luahan masalah serta wujudnya kerelaan membantu satu sama lain. Perhubungan atau ukhwah yang erat tidak mengenal darah mahupun bangsa, sedangkan kita tahu istilah saudara sesama Islam yang menunjukkan betapa agama Islam mengangkat tinggi jalinan ukhwah sesama penganutnya.
Pada ruangan kali ini, mari kita singkap  jalinan ukhwah yang terjalin di antara pemain muslim di liga Perdana Barclays.  Situasi, drama, keadaan serta spekulasi yang terjadi antara pemain muslim di liga perdana Barclays dengan saudara  seagama dengannya.
Peminat BPL (Barclays Premier League) pasti  mengenali dua pemain berpotensi besar, Kolo Toure  dan juga adik kandungnya Yaya Toure. Kedua-dua pemain ini berasal dari negara di benua Afrika yang sudah dikenali kerana melahirkan banyak bakat berprofil  tinggi dalam arena bola sepak dunia, Ivory Coast.
Pastinya kedua pemain muslim yang bersaudara ini menjadi tonggak juga harapan negara mereka bagi menempuhi Piala Dunia 2014 di Brazil pada bulan Jun ini.
(Kolo Toure dan Yaya Toure ketika mewakili Ivory Coast)

Kolo Toure bermain di posisi pertahanan tengah manakala Yaya Toure pula bermain selaku midfielder serba boleh yang selesa memonopoli bahagian tengah bertahan mahupun menyerang. Ukhwah yang terjalin antara dua adik beradik muslim ini cukup erat dan rapat biarpun sekarang mereka bermain di dua kelab gergasi berseteru bagi memenangi kejuaraan liga mahupun tempat ke Liga Juara-juara Eropah.
Kolo Toure bermain untuk Liverpool, kelab yang penuh dengan sejarah kegemilangan dan Yaya Toure bermain di Manchaster City kelab mewah berbelanja besar. Persembahan atau reputasi kedua pemain ini berbeza dari segi perjalanan karier, menempuhi ketika di bawah tahap sebenar sehingga kembali mengecapi reputasi yang sepatutnya.
Dua beradik ini sentiasa memberi pandangan, nasihat antara satu sama lain juga mempertahankan kredibiliti antara satu sama lain di hadapan media.
Pada tahun 2010, Yaya Toure berpindah dari Barcelona ke Manchaster City bagi menyertai abangnya Kolo Toure.  Perpindahan ini membabitkan kos berjumlah 24 juta pound.  Kolo Toure sempat mengulas bahawa reputasi atau tahap permainan adiknya berada di tahap yang lebih tinggi berbanding Sergio Busquets yang menggantikan posisi adiknya di kelab Catalan tersebut.
Mereka menempuhi musim gemilang di Manchaster City. Kedua beradik ini selesa berada  di dalam skuad yang sama biarpun di posisi yang berbeza. Mereka sering dilihat meraikan kemenangan atau jaringan bersama. Mereka menjadi pemain bersaudara muslim pertama yang mendapat perhatian dunia dan sedang bermain di liga terbaik dunia.
(Yaya Toure meraikan jaringan bersama Kolo Toure ketika bermain di Manchaster City)

Kepercayaan beliau terhadap adiknya menunjukkan betapa eratnya hubungan antara kedua pemain ini. Kolo Toure pernah mengalami masalah gagal dalam ujian dadah pada 3 Mac 2011 yang membawa kepada penggantungan perlawanan. Yaya Toure sering memberi bimbingan juga semangat untuk abangnya kembali pada tahap yang sepatutnya selepas penggantungan perlawanan.
Sikap mangambil berat antara satu sama lain juga prihatin ini jelas mendorong kepada pembentukan ukhwah yang lebih kukuh antara mereka dan sebagai role model kepada kita.
Saranan juga dorongan daripada Kolo Toure kepada adiknya untuk menyertai kelabnya ketika itu Manchaster City dengan meninggalkan Barcelona memberi impak dalam kerjaya adiknya  sehingga menjadi antara midfielder tengah paling berpengaruh di liga Perdana Barclays.
Kolo Toure jelas ikhlas membantu meningkatkan keyakinan dan reputasi  adiknya tanpa rasa cemburu  atau iri hati biarpun tahu kemampuan adiknya akan melangkaui beliau seperti yang kita lihat sekarang pada musim 2013/2014.
Yaya Toure merupakan pemain kesebelasan utama Manchaster City yang dilihat sering konsisten dan bertindak sebagai ‘playmaker’ dalam pasukan bercita-cita besar, manakala Kolo Toure bermain untuk Liverpool pada kempen pertama musim ini dilihat bergelut untuk kesebelasan utama setelah aksi di dalam radar meningkat juga menurun seperti bertindak cuai ketika menentang West Brom tetapi kembali menunjukkan prestasi cemerlang menentang Arsenal.
Lihatlah betapa realistiknya kepentingan ukhwah dalam kehidupan seharian tidak kira dalam aspek kerjaya mahupun peribadi.  Seperti yang diaplikasikan kedua orang pemain muslim berpengaruh di liga Perdana Barclays, sikap bantu membantu, prihatin, memberikan pendapat, serta jujur dan ikhlas akhirnya membawa ke arah satu ketentuan yang lebih baik.
Agama Islam juga menerapkan unsur ukhwah ini sebagai suatu konstitusi yang penting dalam perhubungan dan komunikasi antara manusia.
Daripada kita bertindak secara individu lebih baik kita berukhwah antara sesama Islam dan bersama ke arah  memperoleh rahmat dan nikmat Allah, Insya Allah.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008