pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 29 November 2017

PRESIDEN PAS : SIRAH NABAWIYYAH DAN BERPOLITIK

SIRAH NABAWIYYAH DAN BERPOLITIK

Bersempena dengan memperingati kelahiran Rasulullah S.A.W pada bulan Rabiul Awal ini, umat Islam wajib mempelajari teladan dan contoh pelaksanaan Islam yang sempurna, sebahagiannya adalah aspek politik yang menjadi salah satu daripada peranan manusia diciptakan. Maka Allah menjadikan Rasulullah S.A.W adalah ikutan terbaik yang dipilih oleh Allah menjadi Rasul Akhir Zaman bagi sepanjang zaman dan dikuatkan dengan mukjizat ilmu daripada Al Quran.
Peranan Nabi Muhammad S.A.W membawa rahmat Allah kepada seluruh alam dan keadilannya pula terhadap semua, sehingga melangkah perbezaan agama, bangsa dan negara, termasuk wajib berlaku adil terhadap musuh, walaupun di saat kemuncak kemarahan dan kebencian, kerana menyahut seruan Allah S.W.T:
 يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ المائدة
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah: 8)
Perdamaian didahulukan walaupun terhadap musuh yang menceroboh supaya melihat Islam yang diamalkan secara langsung, bukannya teori sahaja atau cerita daripada golongan yang dengki terhadap Islam dan menganggapnya penghalang nafsu si zalim. Ini berpandukan firman Allah:
وَإِن جَنَحُواْ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٦١ الأنفال
“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Anfal: 61)
Pendekatan dakwah Nabi Muhammad S.A.W berusaha menyelamatkan manusia seramai-ramainya, dengan penuh kebijaksaan dan memilih cara terbaik tanpa paksaan. Walau apa jua halangan sekalipun, Baginda S.A.W terus beristiqamah dan tetap berpegang kepada Islam tanpa boleh dihanyutkan oleh pihak lawan yang paling zalim tanpa batas.
Berkat kesabaran bersama ketegasan beristiqamah menjadikan cahaya Islam menembusi hati yang layak mendapat hidayah dan tidak boleh dikalahkan oleh musuh yang tidak layak mendapat hidayah kerana takabur dan kezalimannya.
Perjuangan Islam terus mara ketika kuat dan lemah. Marhalah Makiyyah yang paling mencabar pada masa paling lemah kerana tiada negara yang menaunginya, yang ada hanyalah beriman kepada Allah bersama Islam dan percayakan janji Allah akan kemenangan dunia dan akhirat.
Apabila menghadapi halangan yang menekan dan menyekat perjalanannya, dakwah terus mara mengambil setiap kesempatan dan ruang, diizinkan berhubung dengan pihak yang masih tidak menerima Islam.
Allah mengizinkan hubungan bernama Tahalluf (bersefahaman), Himayah (mendapat perlindungan), Taawun (bertolong-menolong) dan berbagai pendekatan kerjasama dengan pihak bukan Islam, yang ada titik persamaan dalam menghormati hak kemanusiaan dan bencikan kezaliman, walaupun masih tidak mahu menerima Islam.
Rasulullah S.A.W tetap mengambil setiap ruang tersebut dan peluang untuk menyatakan Islam secara dakwah dan melaksanakan perkara yang boleh dilaksanakan walaupun dalam melakukan syiar ibadat sahaja dan menunjukkan akhlak yang mulia, meskipun belum lagi dapat menegakkan cara kehidupan sehingga berpolitik menegakkan negara.
Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang awal itu tetap teguh juga menyatakan Islam yang sempurna termasuk yang dihalang pelaksanaannya dan yang paling dibenci oleh musuh. Apabila Abu Talib, bapa saudara yang paling disayangi, disegani dan dihormati menyampaikan tawaran daripada pemimpin Makkah, mencadangkan supaya Rasulullah S.A.W ditabalkan menjadi raja dan dijanjikan harta kekayaan, tetapi syaratnya terus mengekalkan dasar, konsep dan sistem jahiliah dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat. Maka Rasulullah S.A.W menolak dan menjawab dengan tegas:
يا عم، والله لو وضعوا الشمسَ في يميني، والقمر في يساري على أن أترك هذا الأمر حتى يُظهره الله، أو أهلك فيه ما تركته. السيرة النبوية لابن هشام) 1/ 372(
“Wahai bapa saudara kesayanganku! Sekiranya diletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya  aku meninggalkan urusan (menegakkan Islam) ini sehinggalah Allah memenangkannya atau aku mati sebelumnya (ketika masih dalam perjuangan), nescaya aku tidak meninggalkan perjuangan ini.” (Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam: 372/1)
Begitu juga Rasulullah S.A.W. menolak permintaan untuk menubuhkan kabinet bayangan sebelum kemenangan yang ditawarkan oleh Bani Amir. Baginda Nabi S.A.W juga menolak Bani Syaiban yang percayakan kebenaran Islam tetapi mahu menunggu kemenangan yang dilihat secara kenyataan tanpa bersedia menghadapi cabaran yang besar dalam perjuangannya.
Rasulullah S.A.W. hanyalah menerima golongan Ansar daripada Aus dan Khazraj yang berbaiah dan setia dengan baiahnya, sepertimana yang dinyatakan dalam firman Allah tentang mereka:
مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣ لِّيَجۡزِيَ ٱللَّهُ ٱلصَّٰدِقِينَ بِصِدۡقِهِمۡ وَيُعَذِّبَ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ إِن شَآءَ أَوۡ يَتُوبَ عَلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا ٢٤ الأحزاب
“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (23) (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka dan menyeksa orang-orang yang munafik jika Dia kehendaki atau Dia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (24)” (Surah al-Ahzab: 23-24)
Inilah teladan perjuangan Islam yang beristiqamah. Inilah juga contoh yang wajib diikuti oleh semua ahli PAS yang ditubuhkan menjadi mata rantai perjuangan Islam yang tidak putus di sepanjang zaman. Teguh bersama aqidah, dasar dan matlamat perjuangan, serta bijak menangani pendekatan dakwah dan menghadapi cabaran perubahan semasa dan situasi, serta realiti masyarakat yang menjadi tujuan dakwahnya.
Langkah menyembunyikan cita-cita Islam hanya dalam keadaan darurat bagi golongan lemah yang disebut sebagai rukhsah, berpandukan firman Allah:
مَن كَفَرَ بِٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِهِۦٓ إِلَّا مَنۡ أُكۡرِهَ وَقَلۡبُهُۥ مُطۡمَئِنُّۢ بِٱلۡإِيمَٰنِ وَلَٰكِن مَّن شَرَحَ بِٱلۡكُفۡرِ صَدۡرٗا فَعَلَيۡهِمۡ غَضَبٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٞ ١٠٦ النحل
“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan daripada Allah dan mereka pula beroleh azab yang besar.”
(Surah An-Nahl: 106)
Adapun para pemimpin Harakah Islamiyah dan pengikutnya yang berada di medan perjuangan hendaklah memilih ketegasan menyatakan Islam secara terbuka walaupun akibatnya sangat mencabar, yang disebut azimah bagi menyontohi para Rasul Ulu Al-Azmi berpandukan firman Allah kepada Rasulullah S.A.W:
فَٱصۡدَعۡ بِمَا تُؤۡمَرُ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٩٤ الحجر
“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.” (Surah Al-Hajr: 94)
Firman Allah:
لَتُبۡلَوُنَّ فِيٓ أَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ وَلَتَسۡمَعُنَّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ مِن قَبۡلِكُمۡ وَمِنَ ٱلَّذِينَ أَشۡرَكُوٓاْ أَذٗى كَثِيرٗاۚ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ ١٨٦
“Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: Banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).” (Surah Ali-Imran: 186)
Inilah petunjuk Al-Quran dan Sirah Nabawiyah dalam aspek aqidah, dasar dan matlamat. Adapun pendekatan dan strategi yang berkait dengan perkara ijtihad memerlukan kebijaksanaan dalam menghadapi perubahan dan perbezaan zaman, yang berlainan situasi dan realiti yang ditunjukkan oleh Sirah Nabawiyah yang sangat berkait dengan Asbab Nuzul dan berlakunya Hadis Rasulullah S.A.W. dalam perkara furu’.
Semua para pemimpin dan ulama gerakan Islam di seluruh dunia adalah pelopor gerakan tajdid yang mengikut perkembangan dan perubahan zaman masing-masing dengan beristiqamah di atas dasar dan matlamat perjuangannya.
Adapun tajdid adalah mengikut keadaan yang berubah. Apabila tamat tempoh pendekatannya kerana masyarakat berubah dan berlakunya perubahan situasi, realiti dan isu. Maka pendekatan mereka hendaklah dikaji semula dan dilakukan muhasabah, bukan semuanya dijadikan nas yang tidak boleh diubah seperti Al-Quran dan Hadis dalam perkara asas. Namun, mereka yang terdahulu tetap disanjung kerana telah menunaikan janji dan baiah masing-masing sehingga akhir hayat beristiqamah.
Petunjuk yang kekal untuk diteladani ialah Sirah Nabawiyah dan mukjizat daripada petunjuk Al-Quran dalam perkara prinsip, konsep dan matlamat perjuangan. Maka hendaklah difahami di antara perkara asas yang disebut sebagai Thawabit iaitu perkara yang tetap teguh dan wajib beristiqamah di atasnya tanpa perubahan serta menjadi aqidah perjuangan dan wawasannya daripada dunia sehingga akhirat.
Selain itu, hendaklah difahami juga perkara yang wajib berubah yang disebut Mutaghayyirat yang berhubung dengan strategi dan pendekatan menarik seramai mungkin pengikut bersama Islam, berpandukan pesanan Rasulullah S.A.W kepada menantunya Saidina Ali bin Abi Talib K.W.H yang berkobar semangatnya dalam peperangan Khaibar untuk menghadapi kaum Yahudi, musuh yang paling zalim. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W. bersabda:
فَوَاللهِ لأَنْ يَهْدِيَ اللهُ بِكَ رَجُلاً وَاحِداً خَيْرٌ لَكَ مِنْ أنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَم. متفقٌ عَلَيْهِ
“Demi Allah! Sesungguhnya kejayaanmu menjadikan seseorang itu mendapat hidayah Allah (menerima Islam) lebih baik daripada kamu mendapat kenderaan paling mahal harganya”
Sikap terbuka Rasulullah S.A.W dalam menerima kebaikan dan akhlak mulia yang ada pada musuh, sembelihan kaum Yahudi itu dimakan dan kepercayaan kepada Taurat yang sebenar diiktiraf, namun tetap menolak kekufuran mereka dalam banyak perkara dalam kitab Allah seperti haramnya riba dan lain-lain.
Inilah politik matang dan sejahtera yang sinonim dengan konsep demokrasi yang mengizinkan PAS bersuara dan bergerak secara terpilih di Parlimen dan DUN. Dilapangan pula, PAS bersama rakyat dengan cara menijinakkan bukan meliarkan, berhujah dengan menerang bukan menyerang secara melulu dan tidak memutuskan hubungan dengan semua pihak berasaskan konsep ta’awun mengikut petunjuk Allah dan Rasulullah S.A.W.
وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ أَن صَدُّوكُمۡ عَنِ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ أَن تَعۡتَدُواْۘ وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢ المائدة
“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjidil Haram itu, mendorong kamu menceroboh dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah Al-Maidah: 2)
Sabda Rasulullah S.A.W:
انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا) صحيح البخاري)
“Tolong saudara mu yang berlaku zalim atau dizalimi”
Pendekatannya ialah menyelamatkan si zalim supaya berhenti dan bertaubat dan selamatkan yang menjadi mangsa kezaliman dengan membela dan mempertahankan haknya. Mendahulukan kemaafan kepada yang bertaubat dan insaf, bukannya menghukum secara dendam. Inilah kunci yang membawa kejayaan ketika Fathu Makkah dengan berduyun-duyunnya datang menganut Islam.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANGPresiden PAS
Bertarikh: 9 Rabiul Awal 1439 / 28 November 2017

Selasa, 28 November 2017

66 TAHUN MELAYARKAN PERJUANGAN : PAS TERUS MELANGKAH GAGAH

66 TAHUN MELAYARKAN PERJUANGAN: PAS TERUS MELANGKAH GAGAH

Hari ini, 24 November 2017, genaplah 66 tahun usia perjuangan PAS melayari samudera untuk menegakkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya hukum dan nilai-nilai Islam di negara ini. Demi melaksanakan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar dalam menuju keredhaan Allah SWT, PAS telah melangkah gagah selama 66 tahun menuju destini perjuangannya.
Ketika PAS ditubuhkan dalam Persidangan Alim Ulamak Se-Malaya di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, para ulamak telah memutuskan supaya badan politik-agama yang berasingan dari Umno ini, supaya mengadakan persidangannya sendiri di Seberang Perai dalam masa tiga bulan bagi menyusun, menggariskan hala tuju dan memulakan pergerakannnya. Para ulamak Seberang Perai yang dipimpin oleh Mufti Sheikh Abdullah Fahim dan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin telah menetapkan supaya Persidangan Pertubuhan Ulamak Malaya ini diadakan pada 24 November 1951, di Kelab Melayu Bagan, Bagan Tuan Kecil (kini Butterworth).
Bagi menyambut persidangan ini, Mudir Madrasah Daeratul Maarif al-Wathaniyah, Ustaz Haji Ahmad Badawi Badawi telah mengeluarkan “Manifesto al-Badawi: Ulamak ke Jalan Allah” pada 23 November 1951 bagi menyeru para ulamak agar bersatu untuk memulakan langkah perjuangan menegakkan Islam di Tanah Melayu. Hasilnya, pelbagai pertubuhan agama, institusi pendidikan Islam, beberapa Bahagian Agama Umno, para ulamak dan orang perseorangan telah menyertai persidangan pada 24 November 1951 ini.
Perjuangan Islam di Alam Melayu dalam bentuk organisasi yang dimulakan oleh Jam’iyatul Fathaniyah di Mekah pada 1873 ini, telah dilanjutkan oleh Jam’iyatul Rusyidiyah di Pulau Penyengat pada 1880, sebelum berkembang membentuk pelbagai gerakan politik Islam termasuk Sarekat Islam (1905), Muhammadiyah (1912), Nahdatul Ulamak (1926), Masyumi (1937), Hizbul Muslimin (1947) dan lain-lain, yang akhirnya disambung oleh PAS di Tanah Melayu bermula 1951. Kemunculan PAS setelah Hizbul Muslimin dilumpuhkan oleh Ordinan Darurat 1948, adalah bermula apabila para ulamak Hizbul Muslimin menyertai Bahagian Agama Umno pada 1949. Melalui Bahagian Agama Umno, “para ulamak PAS” telah mengaturkan dua Persidangan Alim Ulamak Malaya di Muar pada 20-21 Februari 1950 dan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, sehingga mereka berjaya menubuhkan PAS sebagai pengganti Hizbul Muslimin.
Persidangan bersejarah pada 24 November 1951 ini telah memulakan langkah perjuangan PAS apabila dua keputusan utama dibuat. Pertama, meluluskan Undang-undang Tubuh PAS 1951 sebagai perlembagaan yang memandu pergerakan PAS. Mereka telah memutuskan supaya pertubuhan ulamak ini dinama sebagai Persatuan Islam Se-Malaya (PAS), dengan tujuan untuk menjadi pergerakan politik Islam. Kedua, persidangan ini telah melantik sebuah Jawatankuasa Kerja PAS yang akan menjalankan seluruh tujuan dan cita-cita PAS yang berdasarkan Islam. Mudir Madrasah al-Masriyah, Bukit Mertajam, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan telah dipilih sebagai Yang Dipertua PAS yang pertama.
Bermula saat inilah, PAS telah memulakan langkah perjuangannya sejak 66 tahun lalu dengan dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua PAS / Yang Dipertua Agung PAS / Yang Dipertua PAS Pusat / Presiden PAS iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Prof Dr Burhanuddin Mohd Noor al-Helmy (1956-1969), Dato’ Mohd Asri Haji Muda (1969-1982), Ustaz Haji Yusof Abdullah ar-Rawi (1982-1989), Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor (1989-2002) dan kini oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sejak 2002.
Dalam tempoh perjuangan selama 66 tahun ini, PAS telah mengalami pasang surut dan jatuh bangun perjuangannya. Para pengkaji mengatakan PAS telah melalui tahap pembinaan ideologi (1951-1956), pencernaan ideologi (1956-1965) dan pengukuhan ideologi (1965-sekarang); sedangkan dari sudut kepemimpinannya, ia telah melalui era kepemimpinan ulamak tradisional (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang). Melihat kepada perkembangan organisasi PAS ini, ia telah melalui tahap penubuhan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1978), tahap kejatuhan (1978-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang).
Hari ini, PAS yang sarat dengan pengalaman politik-dakwah telah memasuki era baru selepas pembersihan organisasi PAS 2015, di mana PAS melangkah gagah dengan optimis menawarkan gagasan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dan mengemukakan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) sebagai tawaran kepada rakyat dalam menggadapi kebobrokan politik yang berasaskan kebangsaan dan sekularisme yang didukung oleh Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Pengalaman luas PAS yang dipandu oleh kepemimpinan ulamak berteraskan al-Quran dan Sunnah ini, telah dilihat paling berpotensi untuk mengambil alih kepemimpinan negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Selamatlah Parti Islam Melangkah,
Membimbing ummah ke medan siasah,
Berpedomankan al-Quran dan Sunnah,
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah..!
Mohd Fadli Ghani
Head,
House of Resources,
Pusat Penyelidikan PAS,
24 November 2017

Jumaat, 24 November 2017

PEMUDA PAS PERAK : BELIA PERAK PERLUKAN RUMAH

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK
Bajet Perak 2018 : Belia Perak Perlukan Rumah



1) Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) meneliti pembentangan bajet 2018 dari Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir dalam isu-isu yang sangat hampir dengan belia. Dalam penilitian kami, ucapan Menteri Besar seolah-olah tidak membentangkan jumlah yang tepat bagi tempoh tahunan kejayaan menyelesaikan masalah perumahan tetapi banyak bercerita sejak dari awal perlaksanaan.
2) Seandainya Menteri Besar cuba mengambi langkah mengelabukan mata rakyat dengan angka yang “dilihat banyak”, seharusnya beliau membuka kembali manifesto Barisan Nasional pada PRU’13 yang lalu. Janji BN 20,000 unit perumahan rakyat akan dibina ke arah setinggan sifar hanya omongan yang tidak mampu direalisasikan.
3) Lebih malang lagi apabila saban tahun peruntukan Lembaga Perumahan Hartanah Perak (LPHP) ditambah, namun gagal menyampaikan kepada rakyat terutamanya golongan muda. Carian di google ternyata hanya terdapat cerita lama dan carian di FB pula menjumpai laman rasmi hanya 15 orang yang mengikuti. Sewajarnya pihak kerajaan Negeri bukan hanya megah merancang, apa yang dimahukan anak muda adalah melaksanakan perancangan perumahan ini dengan efektif dan efisyen.
4) DPPN Perak menyatakan kebimbangan pada peruntukan RM56 juta buat LPHP hanyalah bersifat gula-gula menjelang PRU 14. Dalam masa yang sama, rakyat juga masih kabur peranan dan tugas LPHP sedangkan senarai projek PPRT dikeluarkan dari Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Apakah jaminan bahawa rumah yang dijanjikan dapat diselesaikan pada 2018?
5) Kerajaan Negeri Perak perlu sedar bahawa dalam suku pertama 2017, sebanyak 130,690 unit jumlah harta tanah kediaman tidak terjual di seluruh Malaysia. Salah satu faktor utama adalah kerana harga rumah yang terlalu tinggi dalam keadaan pendapatan isi rumah masih dalam kadar yang rendah dan sederhana. Rumah yang terjual hanya mampu lihat. Kegagalan pihak kerajaan mengurus isu perumahan, memberi kesan yang buruk kepada anak muda malahan meningkatkan migrasi anak muda Perak ke luar.
6) DPPN Perak mendesak agar pihak kerajaan Negeri Perak bersifat serius, telus dan proaktif dalam membantu belia muda memiliki rumah. Belia Perak perlukan rumah untuk didiami. Jangan hanya waktu PRU ditabur janji namun hakikatnya gagal ditepati. Ini juga selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfurlah dalam perasmian Mesyuarat Pertama penggal keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan ketiga belas lalu yang mahukan isu rumah dan belia dapat diselesaikan segera.
Mara Menuju Cita
Sedia Memerintah

Mohd Akmal Hj Kamarudin
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

23 November 2017

BAJET PERAK 2018 : BAJET MESRA RAKYAT DAN MESRA PRU

Bajet Perak 2018 : Mesra PRU Mengaburi Rakyat

1. Bajet Negeri Perak 2018 yang telah dibentangkan oleh Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir pada 21 November 2018 bagi pandangan PAS Perak ianya adalah BAJET MESRA RAKYAT DAN MESRA PRU
2. Melihat kepada peruntukkan dengan pembahagian PERBELANJAAN MENGURUS sebanyak Tujuh Ratus Lima Puluh Lima Juta, Lima Ratus Sembilan Puluh Tujuh Ribu, Tiga Ratus Sembilan Puluh Tiga Ringgit (RM755,597,393) dan PERBELANJAAN PEMBANGUNAN sebanyak Empat Ratus Dua Puluh Satu Juta, Dua Ratus Lapan Puluh Ribu Ringgit (RM421,280,000) perbelanjaan mengurus ternyata ia tidak seimbang.
3. Faktor tidak seimbang antaranya adalah terdapat banyak projek-projek sakit dan tergendala bahkan penumpuan yang diberikan kepada pembangunan infrastruktur sehingga tergendala usaha pembangunan modal insan seperti projek kuarters guru, pemulihan jalan, pembinaan hospital, projek Pam Kerian untuk menambah kapasiti air dan lain-lain.
4. Projek PAM Kerian dan Tebatan Banjir walaupun telah dilaksanakan tetapi masih berlaku kerosakan inilah yang memberikan impak kepada Perbelanjaan Pengurusan meningkat.
5. Kesan apabila ketandusan pembangunan modal insan seperti tiada modul pengurusan institusi masjid yang lebih efektif bahkan masjid tidak lebih hanya berperanan untuk menunai solat jemaah semata-mata.

6. Akhirnya wujud pelbagai gejala sosial seperti dadah, jenayah rompak, jenayah siber, perjudian haram, pelacuran bahkan tidak mustahil 9 Dragon juga ada di negeri Perak.
7. Seandainya tumpuan kepada Modal Insan diberikan perhatian maka rakyat dan masyarakat mampu menghargai setiap kemudahan serta tidak berlaku aktiviti yang merosakkan bangsa dan agama.
8. Negeri Perak merupakan penyumbang kedua sumber “Security Food “ selepas Kedah tetapi ia akan tidak menjadi faktor pertumbuhan ekonomi pada negeri Perak tetapi kita masih lagi mengimport dari negara
9. Kesesuaian infrastruktir tidak membantu kesejahteraan rakyat kerana beberapa lokasi yang disebutkan dalam bajet tidak menjadi lokasi tumpuan ataupun penggunaan utama masyarakat setempat.
ISU PERUMAHAN RAKYAT
10. Tawaran Rumah Mampu Milik yang diberikan oleh pihak kerajaan hanya mampu dilihat tidak dimiliki justeru cadangan PAS adalah Rakyat Mampu Memiliki Rumah dalam erti kata lain rakyat memiliki rumah dengan kaedah sukuk berbeza dengan Rumah Mampu Milik kerana pelaksanaannya tetap memberikan bebanan pada rakyat kerana proses pemilikannya juga begitu sukar tambahan kos sara hidup yang semakin meningkat.
11. PAS sendiri melalui Dokumen Hijau telah bersedia dengan cadangan tuntas bagi member solusi isu perumahan ini. Program Mampu Memiliki Rumah (Affordable Ownership) alternatif kepada Program Rumah Mampu Milik (Affordable Home) melalui pertama, Kaedah Musyarakah: Perkongsian Pemilikan bersama Kerajaan dengan Pembayaran Bertangguh dan kedua, Kaedah Sukuk Al Ijarah Melalui Perkongsian Pemilikan dengan Individu atau Organisasi diykini mmpu menyelesaikan isu perumahn rakyat ini.

PASTI KAWASAN BAGAN DATUK RAIKAN AKHIR TAHUN DENGAN MAJLIS KESYUKURAN DAN JAMUAN

MAJLIS KESYUKURAN DAN JAMUAN AKHIR TAHUN PASTI JADI RUANG RAPATKAN UKHWAH ANTARA GURU DAN IBU BAPA

Menjadi Adat dan Tradisi Anjurkan Majlis Jamuan Sebagai Tanda Kesyukuran Guru dan Ibu Bapa


Tirai sesi persekolahan penggal 2017 bakal berakhir. Kebiasaannya, inilah peluang yang digunakan oleh pihak PASTI-PASTI Cawangan mengadakan majlis yang bertujuan menghimpunkan ibu bapa murid dengan Majlis Jamuan & Kesyukuran.

Sehubungan itu, PASTI-PASTI di Kawasan Bagan Datuk turut tidak ketinggalan berbuat demikian. Terima kasih dan syabas buat tenaga pendidik PASTI dan Murid







Rabu, 22 November 2017

MINDA PRESIDEN PAS : ISLAM DAN PERPADUAN MASYARAKAT MAJMUK

Minda Presiden PAS
ISLAM DAN PERPADUAN MASYARAKAT MAJMUK


Para pemikir dan ilmuan Barat meletakkan perpaduan di atas asas persamaan lahiriah sahaja iaitu dari sudut bangsa dan keturunan, persamaan kepercayaan agama yang dipisahkan daripada cara kehidupan, lingkungan sempadan tanah air dan wilayah, ideologi politik dan kepentingan ekonomi yang dipisahkan daripada agama. Maka, dipilih salah satu daripadanya atau dicampur yang terpilih sahaja dan ditubuhkan negara secara kesatuan, persekutuan atau diwujudkan pertubuhan di antara negara.
Semuanya berakhir dengan kekhilafan yang mencetuskan pergeseran, pertembungan sehingga berpecah dan ada yang berperang. Bukan sahaja di antara negara, bahkan dalam satu negara, satu bangsa, satu bahasa, satu agama dan satu ideologi, termasuk kesatuan di antara negara seperti Komanwel, Kesatuan Eropah (EU), Kumpulan Tujuh (G7), Kesatuan Negara Afrika, Kesatuan Negara Teluk, ASEAN dan lain-lain. Hal ini disebabkan apabila berlakunya perlumbaan kepentingan masing-masing sehingga mewujudkan pertembungan.
Kenyataannya berlaku dalam sejarah semua benua, negara dan bangsa. Terkini dipaparkan tentang berita kemunculan kumpulan dan negara baru merdeka dalam negara yang telah wujud sekian lama sama ada yang diiktiraf atau tidak.  Ada yang dihapuskan dengan tindakan undang-undang atau ketenteraan, dan bakinya retak menunggu belah.
Islam yang berpandukan petunjuk Al-Quran menegaskan wujudnya kepelbagaian, perbezaan, perselisihan dan pertembungan adalah fitrah kejadian manusia. Manusia yang diciptakan di atas muka bumi bersama makhluk yang lain yang diurus tadbir oleh mereka menjadikannya sangat mencabar sehingga mencetuskan peperangan sesama manusia dan ada yang melampaui batas. Semuanya mengandungi hikmah yang mewajibkan manusia juga hendaklah berhikmah dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah Tuhan Pencipta Alam.
Firman Allah:
۞وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَٰهُمۡ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَفَضَّلۡنَٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِيرٖ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلٗا ٧٠ الإسراء
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam (Manusia) dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan” (Surah Al-Isra’: 70)
Islam yang sempurna ajarannya mencakupi naluri manusia yang berjasad, bersamanya roh, akal dan sifat hidup bersendiri, berkeluarga dan bermasyarakat. Manusia dijadikan kepelbagaian bangsa, kefahaman dan kemampuan dalam berbagai aspek, kerana kepelbagaian itu ada peranan masing-masing bagi memakmurkan bumi melalui pembahagian tugasan mengikut kemampuan dan kedudukan masing-masing, serta wajib bertolong-menolong secara bermasyarakat madani.
Tidak mungkin manusia hidup secara individualistik sahaja, kerana semuanya memerlukan penggunaan dan perkhidmatan yang wajib dilakukan melalui penyelarasan yang saksama. Adalah mustahil manusia itu dapat menyempunakan kehidupan secara bersendirian tanpa hubungan di antara satu sama lain, kerana tidak ada manusia pandai dalam semua perkara dan tidak ada negaranya yang ada semua hasil keperluan.
Islam menegaskan peranan manusia dan tujuan mereka diciptakan yang adanya ikatan hubungan dengan pencipta dan alam semesta. Perlu dihormati juga betapa penting hubungan ibadah dengan Tuhan Pencipta Alam, yang disebut Allah Yang Maha Esa bersifat kepujian semuanya dan Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan kelemahan.
Peranan manusia sebagai khalifah yang bermaksud mentadbir dan mengurus adalah untuk melaksanakan kewajipan menegakkan syariat Allah yang menjadi petunjuk dan dibenarkan menggunakan akal, tenaga dan pengalaman serta kajian pada diri masing-masing (individu) dan secara Jama’ei (kolektif). Namun akal dan ilmu manusia sendiri tetap mempunyai kelemahan makhluk yang memerlukan petunjuk Tuhannya.
Islam juga menegaskan perbezaan itu ada yang wajib diterima hakikatnya dan dipuji peranannya. Apa yang penting diolah dan diselaraskan dengan bijak secara bermasyarakat yang menjadi tabiat manusia yang wajib berhubungan di antara satu sama lain. Ada juga perbezaan yang dikeji apabila menimbulkan kerosakan pada diri sendiri, masyarakat dan alam sekeliling.
Bagi melaksanakan perbezaan yang wajib di atas, perlu diselaraskan secara saksama dengan melaksanakan konsep perpaduan yang unggul supaya bersama dalam titik persamaan dan menjaga sempadan apabila adanya perbezaan.
Perpaduan itu diwujudkan bukan sahaja atas faktor lahiriahnya tanpa peduli aspek rohani yang menjadi fitrah manusia. Maka Islam menegaskan dua aspek hubungan sesama manusia yang dijadikan asas pendekatan kepada perpaduan yang holistik.
Pertama: Hubungan keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat yang disimpulkan daripada ajaran Islam yang menyeluruh kesempurnaannya mengikut peranan manusia yang tidak memisahkan aspek kehidupan berpolitik, ekonomi dan kemasyarakatan dan kedudukannya berada di dalam ajaran Islam yang merangkumi aqidah, syariat, akhlak dan semua sistem kehidupan manusia secara menyeluruh yang tidak terkongkong objektifnya di kalangan penganut Islam sahaja dan hanya terkurung dalam kelompok bangsa dan perbatasan negara sahaja, tetapi mewajibkan hubungan dengan pihak lain sama ada menunaikan kewajipan dakwah berkonsepkan tiada paksaan dan kewajipan kemanusiaan walaupun berbeza agama, bangsa dan kemampunnya.
Kedua: Hubungan kemanusiaan yang berkeluarga besar walaupun berbagai bangsa, agama dan tahap kedudukan dan kemampuannya. Islam mewajibkan berlaku adil terhadap semua dan Islam adalah Rahmat Allah kepada seluruh alam.
Perkara tersebut ditegaskan secara huraiannya oleh Al-Quran. Firman Allah terhadap penganut Islam:
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ١٠ الحجرات
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah Al-Hujurat: 10)
Firman Allah terhadap manusia:
يأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣ الحجرات
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujurat: 13)
Islam yang sempurna mewajibkan adanya negara Islam yang melaksanakan Islam yang sempurna dan berlaku adil terhadap semua apabila menunaikan amanah memerintah negara. Firman Allah:
۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ النساء.
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah An-Nisa’: 58)
Firman Allah:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ المائدة
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah: 8)
Islam menegaskan bahawa perpecahan dan pertembungan juga adalah sifat kejadian manusia secara naluri kerana ada di kalangan mereka yang mengikut hawa nafsu dan memaksa pihak yang lain menerimanya secara paksaan. Sifat itu wajib dihalang dan ditentang bagi menyelamatkan semua, maka Allah menyatakan hikmah-Nya:
وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّفَسَدَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢٥١ البقرة
“Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai karunia (yang dicurahkan) atas semesta alam.” (Surah Al-Baqarah: 251)
Firman Allah menegaskan bahawa keharmonian hanya dapat diwujudkan apabila kepimpinan negara di bawah pemerintahan Islam yang berdaulat:
وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١ الحج
“Kalaulah Allah tidak mendorong sesetengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat ibadat serta gereja-gereja dan tempat-tempat sembahyang, dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; (40) Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (41)” (Surah Al-Hajj: 40-41)
Kedudukan yang sebenar dibuktikan dalam sejarah keemasan apabila Islam dilaksanakan dengan sempurna dalam negara paling besar berkuasa telah melaksanakan syariat Islam yang adil terhadap semua dalam lingkungan sempadan negara yang luas di Timur dan Barat merangkumi Benua Asia, Utara Afrika dan Selatan Eropah yang bermasyarakat majmuk berbagai bangsa, agama dan budaya dalam tempoh beberapa abad.
Jangan diambil daripada penulisan Orientalis Barat yang menutup kejahatan mereka yang menentang Islam kerana hasad dengki yang salah, sehingga melakukan konsep kolonialisma dan imperialisma serta perluasan penjajahan Barat yang menakluk secara paksaan, perhambaan dan merompak hasil negara yang dijajah. Pendekatannya sangat berbeza dengan kedatangan Islam yang menjadi penyelamat bersama konsep adil dan rahmat.
Kedatangan penjajah Barat ditentang oleh semua penduduk dunia. Malangnya mereka melabelkan pula perjuangan menentang penjajahan yang zalim itu dengan jenama pemberontak, lanun, penderhaka dan sebutan yang jelik.
Pada zaman mutakhir ini ketika memuncaknya pertembungan kuasa Barat dan mencetuskan perang Korea dan kemaraan Komunis di beberapa negara Eropah pada tahun lima puluhan abad yang lalu, maka beberapa tokoh politik Barat memberi amaran bahawa di sana ada lagi yang lebih bahaya daripada Komunis ialah Islam. Jangan diberi peluang kepada Islam berkuasa memerintah, kerana Islam bukan sahaja menakluk tanah air, bahkan menakluk hati manusia. Bukan kerana zalimnya, tetapi kerana adilnya.
Malangnya masih terdapat kalangan yang berjenama penganut Islam tetapi terikut-ikut menggunakan istilah lanun yang dipopularkan oleh para Orientalis terhadap bangsa Islam yang menentang penjajah, termasuk kenyataan mereka menyebut bahawa PAS yang menegakkan Islam lebih bahaya daripada Komunis. Hanya Melayu yang mudah lupa sahaja yang melupai kenyataan ini.
Percayalah bahawa hanya Islam yang sempurna, adil dan rahmat dapat menyatukan masyarakat majmuk dengan selamat.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 3 Rabiul Awal 1439 / 22 November 2017

MAJLIS KONVO PASTI BAGAN DATUK 2017 CIPTA KEMERIAHAN DAN MAHABBAH

MAJLIS KONVOKESYEN & ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI KAWASAN BAGAN DATUK MERIAH DAN PENUH MAHABBAH

Perasmian Disempurnakan Bendahari PAS Kawasan, Ustaz Ahmad Jailani dan Penyampaian Hadiah, Anugerah Oleh Ketua DPPK



Majlis Konvokesyen dan Anugerah Kecemerlangan PASTI Kawasan Bagan Datuk 2017 telah berlangsung dengan jaya dan meriah pada 19 November 2017 lalu. Bertempat di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan ( PPK ) Bagan Datuk, Simpang Tiga menyaksikan kehadiran penuh ibu bapa dan keluarga ke majlis tersebut.

Para hadirin amat teruja dengan sambutan kali ini kerana kelainan dan kemeriahan dirasai bersama. Seramai 83 orang murid PASTI telah menerima hadiah dan seramai 19 orang turut murid dianugerahkan sebagai graduasi PASTI Kawasan kali ini. 

Majlis perasmian telahpun disempurnakan oleh AF. Ustaz Ahmad Jailani Abdul Hamid manakala majlis penyampaian hadiah dan anugerah disempurnakan oleh AF. Ustaz Mohamad Khairi ABdullah, Ketua DPPK Bagan Datuk.








PAS PRIHATIN : DEKATI DAN SELAMI JIWA RAKYAT DI KAWASAN PERKAMPUNGAN

DEKATI MASYARAKAT, SELAMI JIWA RAKYAT TERUS MENJADI AGENDA KEPRIHATINAN PAS KAWASAN BAGAN DATUK

Penyelaras DUN Rungkup Bersama Pasukannya Meneruskan Program Ziarah Rakyat Sekitar DUN Rungkup



Pasukan ziarah DUN Rungkup yang diketuai oleh Penyelaras DUN berkenaan, Tuan Hj. Mokheri Abdul Jalil meneruskan jadual program ziarah masyarakat di Kampung Sg. Batang.

Beberapa orang penduduk di kampung berkenaan telah diziarahi, bertanya khabar dan penyampaian sedikit sumbangan sebagai tanda keprihatinan PAS bersama rakyat.






MENJAWAB FITNAH : SOKONG KENAIKAN HARGA BARANG DAN PETROL ?


Menjawab Fitnah.
Hj Idris Hj Ahmad ll MP Bkt. Gantang


21/11/17 Selasa.




Semalam bukan undi atau sokong kenaikan harga barang atau sokong harga kenaikan petrol. Kenapa pula FITNAH mengatakan saya dan Kak Lah (MP Rantau Panjang) berkecuali dan sokong kenaikan harga barang dan petrol. Ini satu FITNAH.

Semalam bahas mengenai RUU Perbekalan KPDNKK. Ertinya bahas peruntukan kementerian. Perbahasan peringkat ini sudah berlangsung sejak 14/11/17 hingga 28/11/17. Kenapa FITNAH kata saya dan kak Lah sokong kenaikan harga barang dan petrol. Boleh dengar ucapan kami mengenai perkara ini. 

Setiap Kementerian ada pengundian setelah dibahaskan. Hari ini RUU Perbekalan Kem Pengangkutan, Kem Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Kem Sumber Asli dan Alam Sekitar. Semuanya perlu diluluskan dan diundi setelah dibahas setiap Kementerian.

Semalam pihak PH minta undi belah bagi. Yakni bilang setiap ahli MP yang hadir. MP PAS telah mengambil sikap tidak mengundi (kecuali) ketika pengundian Perbahasan Bajet Dasar 13/11/17. ( saya sudah tulis perkara ini).

Saya HORMAT keputusan PH yang buat undi belah bagi. Tapi jangan fitnah sudah la. Kenapa tidak minta speker undi belah bagi dan menolak RUU Kementerian Kerjaraya, sedangkan Kementerian ini yang menjaga lebuh raya dan tol. Bukankah tol juga merupakan faktor kenaikan harga barang seperti harga petrol. 

Alhamdulillah saya sempat membahas RUU Kem Kerjaraya semalam.

Ini penjelasan saya, boleh hendak kata apa pun pada saya. Hendak terima atau tidak terpulang kepada masing-masing. Saya manusia biasa, bukan maksum. Ini biasa dalam perjuangan. Cuma jangan FITNAH saya dan Kak Lah sokong kenaikan petrol dan barang. Kami tidak pernah berkompromi dalam masalah penindasan kepada rakyat. 

Boleh dengar ucapan kami di dalam parlimen dan juga di luar parlimen. Kalau hendak FITNAH juga, teruskan sementara hayat di kandung badan. Saya tidak boleh menghalang orang hendak sebar FITNAH. 

Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan kepada kita semua untuk menegakkan Islam dan keadilan di atas muka bumi ini.

Hj Idris Hj Ahmad
MP Bkt Gantang
21/11/17 Selasa.

jambori amal kuala kangsar 2008