pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 14 September 2017

DPPM : PESTA ARAK BBF17 - RAKAN DAP DICABAR NYATAKAN PENDIRIAN !

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
13 September 2017 | 22 Zulhijjah 1438

“PESTA ARAK BBF17: RAKAN DAP DICABAR NYATAKAN PENDIRIAN”

1.    Penganjuran Better Beer Festival 2017 (BBF17) Oktober depan dilihat secara sengaja cuba mencabar sensitiviti agama di negara ini apabila acara tahunan sejak 2012 itu diuar-uarkan sebagai “The Biggest Celebration of the Craft Beer Revolution in Malaysia”. Ternyata ia ‘lupa diri’ hingga dimegahkan sebegitu termasuk ‘pencapaian’ tahun ini yang cuba dijayakan. Selain turut membayangkan bakal dianjur lebih hebat di tahun-tahun akan datang.
2.    Pesta arak itu bukan sahaja telah dipromosi iklan secara terbuka, malah dihebah menyedia hidangan 250 jenis arak keluaran 43 syarikat daripada 12 negara dengan sasaran penyertaan 6,000 pengunjung. Dianjurkan pula di premis awam iaitu di White Box & The Square in Publika; pusat membeli belah popular di Dutamas, Kuala Lumpur. Menjadikan seolah-olah Malaysia penganjur utama apabila Ibu Negara bakal menjadi tumpuan program sedemikian.
3.    Selaku negara yang meletakkan Islam sebagai agama dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Malaysia tidak seharusnya menoda kesucian tersebut dengan kebebasan begitu. Walaupun meminum arak menjadi hak golongan bukan Islam yang menjadi sebahagian rakyat negara ini, namun menjadikan satu penganjuran pesta ke tahap festival tidak seharusnya berlaku di negara ini. Ia tidak mencerminkan realiti budaya Malaysia, bahkan juga rantau ini.
4.    Dalam fakta yang jelas di seluruh dunia, kebanyakan negara dan masyarakat abad ini semakin sedar dari pelbagai akibat buruk yang timbul dan tercetus dari meminum arak atau aktiviti berkaitannya. Ia menyumbang kepada banyak tragedi mutakhir ini hingga mewujudkan pelbagai kempen kesedaran untuk menghadkan dan menghindarinya dari menjadi rutin dalam ketamadunan. Mengapa kita pula harus berundur ke belakang menjauhi nilai semakin positif ini?
5.    Suara lantang khususnya dizahirkan DAP yang mempertahankan penganjuran berkaitan dilihat bukan sahaja satu kebiadaban, bahkan modal kepada provokasi tipikal parti tersebut di mana acapkali membayangi aktiviti seperti itu. Malah, dalam perkara ini, DAP bukan sahaja merai dan menyertai penganjuran berkaitan, bahkan juga telah terbukti begitu ‘sehati sejiwa’ dengan Kerajaan BN yang tidak pernah menyatakan ketegasan sebenar kepada isu ini sejak sekian lama.
6.    Kami menggesa kerajaan membatal atau menetapkan kawalan tegas terhadap penganjurannya agar tidak sedemikian dan membesar di masa depan. Kami juga mencabar dan menuntut parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) menyatakan pendirian dan sikap mereka berhubung isu ini. Berdiam diri bererti bersetuju dan bersekongkol, sekali gus mengesahkan DAP adalah ‘ketua’ sebenar PH yang tidak berani disanggah sama sekali.
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”

USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008