PAS TERUSKAN AGENDA PRIHTIN RAKYAT DI KG. SG. BETUL
Penyelaras DUN Rungkup, Tn. Hj. Mokheri Dan Kumpulannya Ziarah Warga Emas dan Uzur
Pihak PAS Kawasan Bagan Datuk telah meneruskan agenda prihatin rakyat dengan program ziarah penduduk kampung di sekitar kawasan Parlimen Bagan Datuk. Kali ini, kampung yang menjadi sasaran ialah Kampung Sg. Betul. Beberapa orang penduduk telah menerima kunjungan ziarah Penyelaras DUN Rungkup, Tn. Hj. Mokheri Abdul Jalil yang juga merupakan Timb. YDP PAS Kawasan Bagan Datuk.
Antara mereka yang diziarahi ialah warga emas, uzur dan miskin. Dalam ziarah tersebut, pihak PAS Kawasan juga memberikan buah tangan sebagai sumbangan dan tanda keprihatinan PAS kepada rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan