pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 3 Ogos 2012

UMAT ISLAM SENYAP OLIMPIK DI BULAN RAMADHAN ?


Kenapa Islam diam Olimpik bulan puasa?


ISLAM -  orang Islam dan negara Islam – bukan saja wajah bahkan mustahak menyertai Sukan Olimpik yang diadakan empat tahun sekali itu.
Banyak manfaat dunianya yang boleh didapati daripadanya kerana ia menghimpunkan manusia dari semua bangsa dari seluruh dunia dari berbagai agama dan berbagai ideologi dan kepercayaan.
Boleh dijalin hubungan diplomatik, dagang, politik, kebudayaan dan lain-lain. Sebagai haji mengumpulkan semua umat dari berbagai latarbelakanag hidup dan benua bagi mendekatkan diri kepada Allah, Olimpik membawa ahli dan peminat sukan, di samping bertanding juga bertukar-tukar pengalaman.
Dari sudut apa Olimpik itu boleh mendatangkan pahala dan dapat mendekat diri kepada Allah tidak dapat hendak dibayangkan, tetapi penyertaan orang Islam dikira wajar dan munasabah. Faedahnya antaranya Islam tidak terpencil dalam himpunan masyarakat dunia, dan tidak akan difitnahkan agama yang  tiada sukan dan riadah.
Oleh kerana Negara Islam patut hadir, walau pun syiar Islamnya tidak nampak, tetapi wajarlah umat Islam peka ia tidak diadakan dalam bulan Ramadhan, ketika mana umat Islam wajib berpuasa dan puasa itu tidak sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi ia adalah puasa perut dan tekak serta puasa nafsu.
Takwim  Olimpik telah disusun awal. Telah lama duta-duta Islam tahun Sukan Olimpik  London 2012 diadakan dalam bulan Ramadhan.
Dan sepatutnya umat Islam mengingatkan kepada Majlis Olimpik Dunia itu tidak mengadakannya dalam bulan puasa. Jika sebuah atau dua buah negara menyampaikan mesej itu mungkin ia  tidak  diperhatikan, tetapi semua badan Islam dan  OIC minta ia diinjak kepada masa yang lain supaya ia tidak mengganggu ibadat orang Islam.
Jika OIC membuat keputusan tidak menghantar wakil dalam sukan itu dalam bulan Ramadhan, kalau pun Majlis Olimpik tidak melayannya, tetapi tuan rumah berfikir dua kali.
Britain berbelanja besar untuk menjadi tuan rumah, kiranya semua anggota OIC tidak menghantar wakil, Britain tidak akan dapat semaksima faedah dari temasya itu.
Temasya itu member peluang pelancongan buat negeri itu. Yang datang  serentak itu bukan para atlit dan pegawainya saja, tetapi peminat sukan di kalangan orang Islam juga  ramai  dan jumlah mereka lebih ramai dari orang-orang terlibat.
Orang Islam tidak peduli jika ia hendak diadakan dalam musim haji. Mekah dan  Madinah tidak akan jadi kota sunyi jika sukan itu diadakan musim itu.
Tetapi banyak eloknya jika Olimpik itu dibuat luar musim haji.

Tidak akan timbul di kalangan masyarakat dunia betapa  Islam hendak mencampur adukkan agama dengan sukan yang membebaskan semua dari sentiment agama masing-masing. Mungkin orang Eropah dan  Amerika akan memperleceh ingatan orang Islam itu. Tetapi suatu hakikat penganut Kristian mereka tidak mahu diganggu dalam musim menambut hari Natal.

Apa jua kegiatan besar baik  dalam negeri mahu pun antarabangsa, masyarakat barat yang  rata-rata penganut Kristian, tidak mahu ia diadakan dalam musim perayaan Natal itu.

Malaysia ada pengalaman institusi pengajian tingginya hendak mengadakan peperiksaan di hujung tahun.  Kerana ramai juga tenaga di kampus-kampus terdiri dari orang Kristian, masing-masing telah membuat persiapan awal untuk balik cuti Krismas ke negara masing-masaing dalam bulan perayaan itu.

Sekali pun tenaga itu bukan majoriti,  tetapi urusan yang diperlukan terganggu kerana ketiadaan mereka.

Kalau masyarakat dunia telah ada ketetapan musim perayaan Natal tidak boleh diganggu, maka adalah pandangan yang wajar dan amat rasional bagi umat Islam menyampaikan pandangaan, eloklah temasya olimpik tidak diadakan bulan Ramadhan.

Mungkin ada ulama yang memberi fatwa demi negara dan bangsa dan bla bla bla tidak mengapa orang Islam berolimpik bulan puasa. Apa pun payah bagi kita menerima hal-hal seperti itu boleh difatwa.

Kerana ia diadakan di bulan barakah itu, bukan orang ke London saja tidak mampu menumpukan urusan ibadatnya, orang tidak pergi tidak dapat menumpu ibadatnya. Masa untuk berzikir telah dicuri oleh program TV mengenai Olimpik.

Malangnya semua orang Islam diam. Ia tanda mereka belum jaga
.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008