pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 22 Ogos 2017

DPPM : " USULKAN PENGADILAN TERHADAP TRAGEDI MEMALI, BUKAN KESAMPINGAN "


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
21 Ogos 2017 | 28 Zulkaedah 1438

“USULKAN PENGADILAN TERHADAP TRAGEDI MEMALI, BUKAN KESAMPINGKAN”



1. Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Isu Memali amat perlu dan mendesak berikutan sikap enteng pihak-pihak tertentu yang cuba menutup dan mengabaikannya sekadar dengan ucapan mereka. Apatah lagi bukan sahaja mereka-mereka yang terlibat dalam kejadian itu masih hidup, malah kejadian itu juga sentiasa ‘hidup’ dengan ia terus diperkatakan di pelbagai ruang, wacana dan persidangan.

2. Maka, ini masa paling sesuai untuk isu tersebut dibicarakan secara adil dengan memberi dan mengambil hak terhadap setiap yang terlibat. Sebelum ini ruang lingkup keadilan mungkin dicengkam dan dibayangi oleh kuasa para pelaku yang telah menindas. Sedang para mangsa pula dianiaya dengan segala unsur sekatan dan halangan dari memperoleh pembelaan sewajarnya.

3. Jadi inilah masanya kebenaran disingkap dengan pihak yang terbukti bersalah dikenakan hukuman menurut undang-undang. Manakala mereka yang dizalimi dibebaskan derita sengsara ditanggung selama ini dengan diganti atau dipulangkan haknya. Kami memberi amaran jangan ada sesiapa cuba meremehkan tuntutan untuk peristiwa berdarah 1985 ini diutamakan pengadilannya.

4. Terutama para pimpinan PAN yang dilihat berlagak menjadi hakim dan umpama menyapu isu ini ke bawah karpet. Mereka pula beriya-ia mengklasifikasikan tragedi itu sebagai sejarah lama, permainan yang diungkit-ungkit, bermotif pilihan raya dan bukan isu besar. Mereka mengajak awam melupakan dan mengenepikannya. Ini bentuk campur tangan politik yang tidak bertanggungjawab.

5. Ini juga contoh pemimpin yang merosakkan nilai ketamadunan manusia apabila peristiwa berunsur jenayah dan punya implikasi undang-undang mahu dipinggirkan sahaja. Ia bukan ketidaksengajaan atau kemalangan, tetapi perancangan dan tindakan mengerah penguatkuasaan hingga berlaku pembunuhan korban nyawa. Sedang pelaku utamanya terus bersikap sombong dan keluarga mangsa masih meratapi.

6. Sepatutnya PAN yang dilihat menyebelahi Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati beliau untuk membersihkan dirinya jika mereka yakin beliau tidak bersalah. Malang sekali, mereka bukan sahaja tidak bersungguh untuk mengajukan kepada penyelesaian, bahkan mahu melupuskannya. Kerana kini mereka berselingkuh dengan kepentingan politik bersama Mahathir yang dahulu mereka paling kuat menentangnya.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”

USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008