PAS BUKAN SEKADAR ENTITI POLITIK
1) PAS adalah ibarat sebuah rumah besar yang pintunya terbuka luas kepada seluruh masyarakat yang berminat dengan Islam.
2) Ada yang masuk melalui pintu kebajikan, pintu dakwah, pintu pendidikan, pintu sukan danjuga pintu kesenian. Politik hanyalah sebahagian daripada PAS. Justeru itu timbul kecelaruan sekiranya mereka hanya memandang PAS ini dari kacamata politik semata- mata.
3) Ada sebahagian masyarakat yang membenci golongan politik kerana bagi mereka politikus itu semuanya sama. Rasuah, tabur janji kosong, kronisme dan sebagainya. Walhal Rasulullah s.a.w juga berpolitik, dan PAS juga meneladani cara politik baginda sejak zaman berzaman. Contohnya Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS).
4) Lalu bagaimanakah caranya untuk menarik golongan sebegini untuk menyertai PAS?
Bawalah mereka masuk melalui pintu-pintu alternatif. Sebagai contoh, dalam hal ehwal kebajikan, adanya NGO-NGO dan jabatan sukarelawan yang melakukan misi kemanusiaan di dalam dan di luar negara.
5) PAS juga sedia maklum mempunyai pusat pendidikan Islamnya yang tersendiri yang telah terbukti melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari sudut duniawi dan ukhrawi seperti PASTI, SRITI, Maahad Tahfiz, institusi pondok dan sebagainya.
6) Para seniman atau artis tempatan yang ingin berhijrah juga mempunyai salurannya yang tersendiri. Mereka dibimbing oleh para asatizah yang mengajarkan ilmu agama melaui program usrah dan aktiviti dakwah.
7) Terkini, wujudnya medium bagi menarik golongan profesional yang berminat dengan PAS. Di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), adanya Jabatan Profesional Muda PAS (JPro), yang mengumpulkan seluruh tenaga mahir profesional muda untuk menyumbang melalui kepakaran masing-masing.
8) Justeru itu tidak ada lagi alasan untuk masyarakat tidak dapat bersama PAS.
Yang penting asasnya adalah Islam.
29 Zulkaedah 1438 / 21 Ogos 2017
Jabatan Profesional Muda (JPro)
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan