pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 22 Ogos 2017

PAS KAWASAN BAGAN DATUK ANJURKAN KONVOI KEMERDEKAAN 2017

KONVOI KEMERDEKAAN 2017, ANTARA PROGRAM ANJURAN PAS KAWASAN BAGAN DATUK SEMPENA  SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KALI 60

Penyelaras DUN Rungkup dan DUN Hutan Melintang Bersama Anak Muda Berkonvoi Dekati Rakyat


Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali ke 60, pihak PAS Kawasan Bagan Datuk dengan kerjasama DACS DPPK Bagan Datoh telah menganjurkan sebuah program konvoi bermotosikal dan kereta pada 20 Ogos lalu. Laluan konvoi yang bermula dari Pekan Selekoh menuju ke Pekan Bagan Datuk dengan melalui jalan Sg. Tiang Darat, Simpang Empat Rungkup, Sg. Betul, Pasang Api dan berakhir di Pekan Bagan Datuk telah mengambil masa kira-kira 4 jam.

Para peserta mula berkumpul seawal jam 8 pagi di Kedai Makan Hj. Husin Din ( Pekan Selekoh ) dan para peserta bersarapan pagi. Seterusnya mendengar ucapan ringkas oleh Timbalan YDP, Tn. Hj. Mokheri Abdul Jalil yang juga merupakan Penyelaras DUN Rungkup sebelum melepaskan para peserta konvoi kali ini.

Kira-kira jam 9. 30 pagi para peserta tiba di Sg. Tiang Baroh untuk menyampaikan sumbangan kepada penerima di kampung tersebut. Para peserta disambut oleh Saudara Murshid Takril ( Ketua Cawangan Sg. Tiang Baroh ). Berhenti rehat minum di kedai runcit Saudara Salleh Abdul Wafir.

Perjalanan diteruskan menuju ke Sungai Betul. Melalui beberapa buah kampung antara, Sg. Baru, Sg. Lanchang, Simpang 4 Rungkup, Rungkup Kechil, Sg. Burung, Sg. Ular dan kira-kira jam 10. 30 pagi para peserta sampai di Surau Idrisiah Sg. Betul. Dilokasi sama adalah merupakan Pondok Moden Tahfiz Idrisiah. Para peserta disambut meriah oleh para pelajar/ penuntut di pondok tersebut. Mereka juga sempat memperdengarkan sebuah nasyid qasidah  khas buat para tetamu konvoi kali ini. Para peserta juga mengambil ruang untuk solat sunat dhuha di sana.

Agenda konvoi diteruskan menuju ke Pekan Bagan Datuk. Sebelum sampai ke sana, para peserta singgah sebentar menziarahi kubur Tok Kelah di Kg. Pasang Api. Tok Kelah menurut sejarah bahawa beliau adalah antara seorang yang terawal membuka Bagan Datuk.

Tiba di Bagan Datuk, berkesempatan singgah di rumah Pak Talab ( orang kuat PAS Bagan Datuk ) untuk menyampaikan sumbangan kepada penerima. Kira-kira jam 11.00 pagi, para peserta sampai ke destinasi akhir iaitu tapak Pasar Bagan Datuk. Disana Penyelaras DUN Rungkup ( Tn. Hj. Mokheri Abdul Jalil ) dan Penyelaras DUN Hutan Melintang ( Tn. Hj. Ata Muniem Hasan Adli ) beramah mesra juga bertanya khabar para peniaga dan pengunjung di pasar. Selain itu edaran risalah iklan dilakukan.










Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008