pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 30 September 2012

ADUAN RAKYAT : MASALAH LAMA, JALAN TAK BAIKI LAGI!

JALAN ROSAK : PENDUDUK MOHON SEGERA BAIKI ELAK KEJADIAN BURUK

Masalah jalan rosak sudah lama tetapi tiada tindakan segera manakala pengguna terus meluahkan perasaan bimbang setiap kali melaluinya.

BAGAN DATOH - Selekoh: Kebimbangan dan aduan rakyat seharusnya diambil kira dalam apa jua masalah. Namun, ianya seolah - olah dipandang sepi oleh pihak berkenaan berikutan masalah jalan raya di sini. Rakyat di sekitar Bagan Datoh, khususnya sekitar Selekoh yang terpaksa melalui jalan utama tersebut untuk ke mana- mana.

Keadaan selekoh jalan raya yang masih lagi dalam proses pembaikan tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. Ini kerana, jalan tersebut menjadi sempit serta kecil terutamanya bagi kenderaan besar seperti lori dan bas yang melaluinya setiap hari.


Selain itu, penduduk sekitar turut memaklumkan pernah berlaku beberapa kemalangan kecil yang mencederakan penunggang motorsikal. Mereka juga mendakwa pernah juga berlaku kemalangan teruk yang melibatkan kematian apabila berlaku kemalangan serta pertembungan melibatkan kereta dan motorsikal di selekoh tersebut.


Pengguna mendakwa lagi, risiko lagi bertambah apabila waktu malam kerana keadaan jalan yang gelap serta sempit. Menurut pihak pengguna, sudah beberapa kali masalah ini pernah diadukan kepada pihak berkenaan termasuk wakil rakyat di kawasan ini. Namun, sehingga kini ianya tiada tindakan segera bagi mengatasinya.


Selain itu, keadaan jalan di hadapan Sekolah Menengah Tun Abdul Razak dan Sekolah Kebangsaan Selekoh turut mengalami kerosakkan yang membahayakan pengguna. Ini dapat dilihat keadaannya yang tidak rata dan beralun menyebabkan mudahnya berlaku kemalangan terutamanya motorsikal kerana mudah tergelincir serta terbabas.



Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008