BERSAMA MEMAHAMI
ERTI KEMERDEKAAN SEBENAR, TOLAK FAHAMAN KHURAFAT “ HANYA UMNO SAHAJA MAMPU BERI
KEMAJUAN DAN KEAMANAN”.
Pemimpin PR harap
rakyat tidak lagi percaya pegangan “karut lama” yang diajar Umno/ BN.
RUNGKUP: Kerosakkan dan
keburukkan yang berlaku selama ini di Malaysia adalah hasil kekuasaan Umno/ BN
selama 55 tahun mentadbir negara. Fahaman kononnya hanya Umno/ BN yang mampu
untuk memberikan keamanan serta kemajuan di Malaysia merupakan perkara karut
dan bersifat bongkak.
Berucap di Majlis
Jamuan dan Ceramah Aidilfitri anjuran PAS Kawasan Bagan Datoh di sini semalam,
Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Misbahul Munir Masduki mengingatkan kepada
rakyat khususnya orang Islam di Negara ini tentang erti kemerdekaan Negara yang
disambut seluruh Negara baharu – baharu ini kali ke 55.
Ketika mana umat Islam masih bergembira menyambut perayaan Aidilfitri, rakyat Malaysia turut meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara kali 55 yang bertemakan " Janji Ditepati "oleh pihak kerajaan Malaysia pada 31 Ogos lalu.
Mengulas sambutan tersebut pada kali ini, beliau mengatakan rakyat mulai sedar dan menolak persiapan sambutan sebagaimana saranan kerajaan. Keadaan yang dingin, apabila bendera Jalur Gemilang kurang dikibarkan diseluruh negara. Ianya menggambarkan rakyat tidak mahu tertipu lagi dengan helah pihak Umno/ BN yang mempergunakan sambutan hari kemerdekaan untuk menarik sokongan kepada parti mereka.
Beliau juga berpendapat, rakyat seharusnya sedar tentang pengertian kemerdekaan sebenar terutamanya umat Islam di negara ini. Kemerdekaan adalah suatu perkara yang dituntut di sisi agama Islam. Oleh itu ujar beliau umat Islam di Malaysia sepatutnya sedar di mana tahap kemerdekaan serta kebebasan umat Islam hari.
Walaupun pada pandangan lahiriah negara telahpun merdeka selama 55 tahun, namun hakikatnya adakah rakyat dan umat Islam khususnya, bebas dan mampu melakukan segala perintah dan larangan yang di bawa ajaran Nabi Muhammad SAW, iaitu akidah dan syariat Islam.
Pemikiran rakyat turut masih dijajah sehingga cara hidup dan pemikiran tidak menunjukkan sebagai rakyat yang bebas. Ustaz Misbahul Munir juga mengingatkan rakyat semestinya menolak kepercayaan karut dan khurafat yang mendakwa kononya hanya Umno/ BN yang mampu memberi kemajuan dan keamanan di negara ini. Seolah - olah mereka sahaja yang mampu mentadbir dan memerintah Malaysia.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mengulas serta menjawab beberapa isu semasa yang berlaku di sekitar negeri dan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan