Rakyat dirasuk projek mi segera
BERMULA dengan agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), diikuti dengan pemberian baucer buku kepada mahasiswa dan baru-baru ini pula pemberian tayar kepada pemandu-pemmandu teksi.
Ramai orang menyebut sebagai projek mee segera. Dan hari ini ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kota Bharu, sekali lagi dijanjikan langit dan bintang kepada rakyat Kelantan.
Katanya pada majlis Hari Raya di kompleks sekolah di Wakaf Mek Zainab, sekiranya BN mentadbir Kelantan, negeri ini sudah lama maju.
Semalam hebahan dibuat mengggunakan pembesar suara mengajak orang ramai hadir pada program berkenaan. Guru-guru menjadi sasaran. Paling menjadi kerahan difahamkan guru-guru Kafa.
Pelbagai agihan dan hadiah mengejut itu semuanya kerana aura pilihan raya. Mahu tidak mahu perlu diakui segala macam pemberian dan anugerah tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat di bawah.
Sebagai seorang aktivis OKU dan peguam hak asasi manusia, saya menziarahi sanak saudara dan rakan taulan sempena Hari Raya lalu.
“Oh, dulu mana ada macam ni, dapat ini, dapat itu..” itulah antara kata-kata biasa didengari dalam kalangan masyarakat, meski pun ramai juga yang faham helah politik.
Bagi saya rakyat yang teruja dengan pemberian tersebut didapati kurang arif tentang helah politik. Mereka tidak pernah faham di sebalik pelbagai pemberian, berlaku ketirisan wang negara dan kekurangan peruntukan dialami pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan.
Pada mereka, hadiah seperti itu seolah-olah amalan biasa dan tiada salah.
“Ada apa masalah kita dapat kerja kongsikan ramai-ramai,” itu antara justifikasi yang biasa didengar bagi penggemar amalan rasuah.
Berdasar senario inilah, saya penuh yakin akan ada seribu macam lagi agihan, bantuan dan hadiah yang akan diberikan semakin hampir tarikh pilihanraya. Lihatlah nanti pembentangan Bajet 2013.
Jika kita perhatikan, antara golongan yang masih belum menerima sebarang bantuan istimewa khusus termasuk golongan kurang upaya (OKU).
361,000 OKU
Dengan jumlah OKU yang berdaftar sebanyak 361,000 orang sekarang, tentunya mereka juga ada kuasa sebagai pemutus demokrasi.
Dalam suasana inilah saya merasakan tempoh parlimen yang berbaki akan dimanfatkan sebaiknya sama ada BN atau PR.
Pilihanraya tidak akan segera diadakan sebelum setiap segmen masyarakat disantuni sebagaimana pernah berlaku sebelum ini.
Jika ditinjau asakan demi asakan di pelbagai media termasuklah di Harakah tentang isu membabitkan OKU, ia menguatkan lagi keyakinan bahawa pimpinan BN tidak akan berdiam diri.
Bermula isu jambatan udara membabitkan pengguna kerusi roda di lapangan-lapangan terbang, isu tangkapan sombrono OKU dalam penguatkuasaan Akta Orang Papa 1977, penyerahan memorandum OKU Bangkit melalui Majlis Peguam kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.
Isu kemudahan-kemudahan untuk OKU di tempat awam termasuk di masjid, diskriminasi kerajaan terhadap ahli-ahli sukan paralimpik dan terbaru isu agihan zakat kepada individu dan NGO OKU.
Nah di sinilah kesediaan jentera Pakatan Rakyat untuk memberi penerangan kepada rakyat. Apatah lagi PAS sebagai parti bertunjangkan Islam.
Semoga seluruh petugas Pakatan Rakyat sedar, selain serangan terhadap BN, usaha mendekati rakyat perlu dilipatgandakan.
Demikian juga kesiapsiagaan program mengisi kemenangan mesti didedahkan agar rakyat lebih yakin dan bersedia untuk bersama PR dalam pilihanraya ke-13.
Buku Jingga dan Agenda Wanita Malaysia sudah memperlihatkan bayangannya. Hanya masa menanti apa yang akan dikota
.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan