pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 14 September 2012

APA KATA UMNO BILA MCA NAK BUAT TANDAS UNISEX?


Adakah Umno setuju tandas unisex cadangan MCA?


Adakah UMNO setuju tandas unisex campur lelaki perempuan cadangan MCA?

Oleh Pakdee Jantan

MCA mengutuk tradisi yang diamalkan oleh orang Melayu/Islam di kampung-kampung yang memisahkan khemah antara lelaki dan perempuan dalam majlis kenduri kendara. 

Walaupun pemisahan khemah mengikut gender ini telah berlangsung sejak beratus tahun di kalangan masyarakat Melayu yang kuat pegangan Islamnya, namun ia ditentang habis-habisan oleh MCA yang mendesak amalan itu dihapuskan. Maka UMNO dengan penuh ketakutan tak akan berani mengangkat suara untuk membantah cadangan MCA itu.

Apakah selepas ini MCA akan mendesak pula supaya tandas lelaki dan wanita dihapuskan, pakai campur satu tandas saja. Lepas itu tidak mustahil pula kalau MCA akan desak supaya orang Islam yang bersolat jamaah pun jangan dipisahkan lelaki perempuan maksudnya dalam satu saf tu bercampur lelaki perempuan. Apakah mustahil kalau UMNO akan mengikut arahan 'tuan besar' mereka MCA itu demi untuk mendapatkan sokongan dan undi dari orang MCA dalam pilihanraya?

Sebelum perkara itu terjadi... pakat tepuk dada tanya iman. Sanggupkah kita menunggu hingga ke saat itu baru nak tolak UMNO, MCA dan Be End? Sudah terlambat makcik... kalau nak tolak atau tendang UMNO eloklah buat dari sekarang!


Majlis Raya: MCA tak faham akhlak orang Islam 

Harakahdaily,13 Sep 2012

KUALA LUMPUR: MCA dan BN sudah betul-betul kehilangan isu sehinggakan akhlak orang Islam di majlis Hari Raya turut menjadi modal serangan politik mereka.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, MCA bukan sahaja tidak faham bahkan tidak mahu faham bahkan menyerang pula.

“MCA tak pernah faham, tak pernah nak faham dan sengaja memainkan isu yang tidak perlu dimainkan ini kerana mereka sudah tiada isu,” kata Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Harakahdaily.

MCA Negeri Sembilan telah menuduh PAS mengamalkan pengasingan gender hanya semata-mata PAS Negeri Sembilan menyediakan kaunter mengambil makanan berasingan antara lelaki dan perempuan di majlis Rumah Terbuka Hari Raya PAS Negeri Sembilan pada hari Sabtu lepas sejajar dengan akhlak Islam dan ketimuran.

Seperti yang lazim, PAS Negeri Sembilan telah menjelaskan bahawa mereka hanya menyediakan kaunter makanan mengikut gender tetapi para pengunjung boleh duduk di mana-mana meja saja.

“Mereka yang hadir secara berkeluarga boleh duduk di meja bulat. Kaunter ambil makanan ini satu galakan dan bukan paksaan,” kata Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Wafa.

Hari ini di akhbar NST, Pengerusi MCA Negeri Sembilan Senator Datuk Yeow Chai Thiam meneruskan lagi serangan dengan menuduh bahawa amalan berdasarkan akhlak Islam tersebut mendatangkan “inconvenience” (kesusahan) kepada bukan Islam.

“Saya merasa benda ini tidak sepatutnya dikenakan kepada bukan Islam yang menghadiri majlis seperti ini,” kata Yeoh.

Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali berkata orang Islam ada akhlak dia tersendiri dalam mengendalikan majlis seperti ini.

Mustafa menyindir bahawa kalau “MCA nak duduk siang-malam dengan siapa-siapa dalam satu bilik, ikut MCA-lah” tapi menegaskan bahawa orang Islam mempunyai akhlak Islam dan ketimurannya sendiri,

“Akhlak ketimuran ini ada pada semua kaum, tapi akhlak MCA kita tak pasti,” kata beliau.

Para pemimpin MCA, katanya, sudah tiada modal (substance) dan terpaksa bergantung hidup pada isu-isu sebegini untuk mencari sokongan.

Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek turut mempertikaikan akhlak wanita Islam yang enggan bersalam dengan lelaki bukan muhrim.

Dalam pilihanraya kecil DUN Tenang, Chua dan MCA telah menyerang calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman atas alasan beliau tidak mahu bersalam dengan kaum lelaki.

Malangnya, perkara itu turut disokong parti Melayu terbesar Umno, yang tidak melakukan sebarang teguran kepada MCA seperti dalam isu serangan majlis Hari Raya ini
.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008