pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 2 September 2012

JADIKAN PASTI PILIHAN UTAMA KITA : USTAZ MISBAH

MAJLIS ALAM RIA DAN JAMUAN RAYA AIDILFITRI PASTI BAGAN DATOH 2012/ 1433 MERIAH

Kehadiran YDP Kawasan selaku perasmi dan ibubapa menceriakan lagi majlis yang sememangnya dinantikan anak - anak didik PASTI.

SELEKOH, 2 SEPT : Kehangatan perayaan Aidilfitri kali ini diteruskan lagi oleh PASTI Kawasan Bagan Datoh dengan menganjurkan Majlis Alam Ria dan Jamuan Aidilfitri 2012/ 1433 di sini .

Majlis diadakan bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat dan   kemampuan anak - anak yang belajar di sekolah PASTI seluruh di Bagan Datoh ini.Ianya turut juga mempersembahkan bakat dan kebijaksanaan anak - anak tersebut kepada ibubapa dan masyarakat.

Menurut Pengarah program, Ustaz Ahmed Najeb Hj. Saffar berkata bahawa penganjuran majlis kali ini adalah gabungan antara dua pengisian. Ianya adalah sempena perayaan Aidilfitri dan Alam Ria iaitu sebuah aktiviti khusus anak - anak PASTI .

Ujarnya lagi juga selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, amat berbesar hati dan bersyukur majlis dapat dilaksanakan dengan jayanya sehingga akhirnya.

Antara acara berlangsung ialah Hafazan Al Quran, Azan, Sajak dan Nasyid. Selain itu, acara sukaneka turut memeriahkan program dengan acara kutip gula - gula paling banyak dan pecah belon. Para hadirin terdiri daripada ibubapa amat gembira dan berbangga dengan pencapaian anak - anak mereka yang dididik di PASTI.

Kehadiran Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Misbahul Munir Masduki turut memeriahkan lagi majlis tersebut. Beliau hadir juga selaku perasmi majlis amat berbangga dan gembira terhadap pencapaian anak - anak PASTI di kawasan ini. Kejayaan penganjuran majlis juga merupakan satu perkembangan baik PASTI Kawasan dalam memainkan peranan mendidik anak - anak seterusnya membentuk masyarakat yang baik.

Selain acara yang dipertandingkan, anak - anak PASTI turut menerima sumbangan duit raya yang disampaikan sendiri oleh Ustaz Misbahul Munir diakhir majlis.











Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008