pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 5 September 2012

JANJI DITAGIH ! : APA KHABAR WiFi Free DI PERAK?


Wi-fi percuma Perak 'indah khabar dari rupa'



IPOH:
 PAS Negeri Perak mendesak agar bekas Menteri Besar Negeri Perak, Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali menjelaskan kelancaran projek Wi-fi Percuma di seluruh bandar di Negeri Perak yang sepatutnya dinikmati sepenuhnya rakyat Perak menjelang tahun 2007.

Jurucakap Jawatankuasa Strategik dan Isunya, Salman Saleh (gambar) berkata, ini berikutan projek tersebut masih tidak dinikmati rakyat atas perancangan yang sepatutnya sehingga kini.

Menurutnya, berita tersebut disensasikan semenjak tahun 2006 ketika itu Datuk Seri Dr Zambry Kadir sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Maklumat Negeri Perak namun ianya indah khabar dari rupa.

“Persoalan kami, dimanakah kelemahan pengurusan projek berimpak besar ini?

“Siapakah yang bertanggungjawab sepenuhnya diatas kelemahan ini sama ada Tan Sri Tajol Rosli atau Datuk Seri Zambry ketika itu?,” soal beliau ketika ditemui Harakahdaily.

Beliau berkata, oleh kerana pelbagai persoalan timbul, PAS Perak menggesa Tan Sri Tajol Rosli selaku menteri besar ketika itu membuat penjelasan pada Sidang DUN akan datang bagi merungkai sama ada wujud ketirisan wang rakyat selama ini.

“Kami mencabar juga Datuk Seri Zambry untuk menjelaskan faktor kegagalan di atas projek yang menelan kos yang agak besar tersebut,” tegasnya lagi.

Setiausaha Pemuda PAS Negeri itu menjelaskan, kelemahan ini menunjukkan ketidakmampuan sebenar Datuk Seri Zambry yang dipertanggungjawabkan ketika itu dan secara jelas juga menunjukkan kelemahan kepimpinan Tan Sri Tajol Rosli
.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008