pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 12 Ogos 2011

TAZKIRAH JUMAAT : AKHLAK TERPUJI - 4


Siri 4 :

Maka Sa'alabah pun menjawab : " Wahai Rasulullah, sebenarnya hamba ini seorang yang sangat miskin, kebetulan hanya inilah saja sehelai kain ( sambil memegang kain yang dipakainya ) yang hamba miliki, oleh itu hamba tidak sempat untuk menunggu lama bagi mengaminkan doa tuan, sebab kain ini jugalah yang hendak dipakai oleh isteri hamba yang kini sedang menunggu untuk bersembahyang di rumah."

Mendegarkan jawapan itu, Rasulullah SAW tercengang lalu baginda bertanya kepada Abu Sa'alabah: " Jika demikian miskinnya kamu, maka mahukan engkau aku doakan supaya menjadi kaya?" Lalu Abu Sa'alabah menjawab : " Demi engkau sebagai nabi dan kekasih Allah, doakanlah supaya aku menjadi kaya."

Selang tidak berapa lama, dengan berkat doa Nabi Muhammad SAW maka kehidupan Sa'alabah beransur - ansur senang akhirnya dia menjadi kaya raya selaku seorang saudagar dan tuan punya biri - biri dan unta yang banyak.


Selepas kekayaannya Abu Sa'alabah tidak lagi kelihatan datang ke masjid untuk menunaikan sembahyang berjemaah bersama nabi serta golongan sahabat lain. Ketika beberapa sahabat menanyakan Nabi Muhammad SAW mengenai ketiadaan Sa'alabah sembahyang berjemaah, lalu baginda menjawab :" Kesibukan menguruskan harta benda dan kecintaan Sa'alabah kepada dunia ini menyebabkan dia terlupa untuk mencari jalan ke masjid."


Akan bersambung dalam siri akhir.

Disediakan oleh :
Pen. Setiausaha 3,
Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008