pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 30 September 2012

ADUAN RAKYAT : MASALAH LAMA, JALAN TAK BAIKI LAGI!

JALAN ROSAK : PENDUDUK MOHON SEGERA BAIKI ELAK KEJADIAN BURUK

Masalah jalan rosak sudah lama tetapi tiada tindakan segera manakala pengguna terus meluahkan perasaan bimbang setiap kali melaluinya.

BAGAN DATOH - Selekoh: Kebimbangan dan aduan rakyat seharusnya diambil kira dalam apa jua masalah. Namun, ianya seolah - olah dipandang sepi oleh pihak berkenaan berikutan masalah jalan raya di sini. Rakyat di sekitar Bagan Datoh, khususnya sekitar Selekoh yang terpaksa melalui jalan utama tersebut untuk ke mana- mana.

Keadaan selekoh jalan raya yang masih lagi dalam proses pembaikan tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. Ini kerana, jalan tersebut menjadi sempit serta kecil terutamanya bagi kenderaan besar seperti lori dan bas yang melaluinya setiap hari.


Selain itu, penduduk sekitar turut memaklumkan pernah berlaku beberapa kemalangan kecil yang mencederakan penunggang motorsikal. Mereka juga mendakwa pernah juga berlaku kemalangan teruk yang melibatkan kematian apabila berlaku kemalangan serta pertembungan melibatkan kereta dan motorsikal di selekoh tersebut.


Pengguna mendakwa lagi, risiko lagi bertambah apabila waktu malam kerana keadaan jalan yang gelap serta sempit. Menurut pihak pengguna, sudah beberapa kali masalah ini pernah diadukan kepada pihak berkenaan termasuk wakil rakyat di kawasan ini. Namun, sehingga kini ianya tiada tindakan segera bagi mengatasinya.


Selain itu, keadaan jalan di hadapan Sekolah Menengah Tun Abdul Razak dan Sekolah Kebangsaan Selekoh turut mengalami kerosakkan yang membahayakan pengguna. Ini dapat dilihat keadaannya yang tidak rata dan beralun menyebabkan mudahnya berlaku kemalangan terutamanya motorsikal kerana mudah tergelincir serta terbabas.



ISU KISDAR; WUJUD KEPINCANGAN DAKWA PAS PERAK


PAS Perak dakwa wujud kepincangan Kisdar

Muhammad Faeez Azahar,29 Sep 2012
IPOH: PAS Perak menerusi Jawatankuasa Strategik dan Isu mendedahkan kepincangan yang kritikal mengenai pengurusan Kolej Islam Darul Ridzuan (Kisdar).

Jurucakapnya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, akibat berlakunya kepincangan itu, status sijil graduan dan  transkrip kolej tersebut dikatakan diragui dan dipertikaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Dikatakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempertikaikan status sijil ini kerana berlakunya satu pengurusan yang telah melanggar Warta Kerajaan Negeri,” katanya.

Menurutnya, punca utama permasalahan ini ialah kegelojohan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir yang tergesa-gesa membuat pindaan ke atas enakmen asal bermula pada tahun 2009 melalui 3 persidangan Dun Perak ketika krisis peralihan kuasa berlaku.

Namun katanya, pindaan tersebut tidak pernah mendapat persetujuan dua pertiga majoriti daripada perwakilan sehinggalah ke hari ini dan dikatakan masih tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan Perak.

Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, dengan adanya beberapa enakmen iaitu Enakmen asal 2002, Enakmen Pindaan 2009 dan Enakmen Pembubaran 2011 kepada enakmen asal Kisdar memperlihatkan kegagalan dan konflik telah berlaku di Kisdar.

“Ianya menjadi satu rungutan, keresahan, kesangsian dan menjadi satu tanda tanya kepada pelajar-pelajar kolej itu dan para ibu bapa mereka, apabila sijil-sijil kolej itu sekarang ini sudah diragui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Mengikut enakmen asal, setiap sijil perlu ditandatangani oleh Rektor dan Ketua Pendaftar namun sejak peralihan kerajaan oleh BN pada tahun 2009, penandatangan yang kedua iaitu Ketua Pendaftar telah ditukar kepada Setiausaha Senat.

“Ini telah berlanggaran dengan enakmen asal sebagaimana yang tertulis didalamnya bahawa perlu ditandatangani oleh Pendaftar Kolej,” ujar beliau lagi.

Raja Ahmad menjelaskan, apabila Enakmen Pindaan 2009 dan Enakmen Pembubaran yang masing-masing belum lagi disahkan dan diwartakan, maka ini bermaksud segala peraturan perlulah berasaskan kepada enakmen yang asal iaitu enakmen 2000.

Ujar beliau, semua item-item sijil dan kewangan dan juga perjalanan gerak kerja kolej mestilah mendapat kelulusan dan ditandatangani oleh Ketua Pendaftar serta Rektor.

“Tetapi sekarang ini dilihat semua sijil-sijil dan cek-cek ditandangani oleh Setiausaha Senat yang juga merupakan Timbalan Rektor, Pentadbiran dan Kewangan.

“Ini bermakna pentadbiran Kisdar ini telah bertentangan dengan enakmen asal dan secara umumnya melanggari perlembagaan negeri dimana Sultan Perak sebagai Ketua Negeri,” tegas beliau.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu berkata, dari segi undang-undang yang ada, semua aktiviti yang dijalankan sejak 2009 hingga kini adalah dianggap tidak sah.

Ini kerana katanya, Enakmen Pembubaran bagi memansuhkan kewujudan Kisdar dan ditukarkan kepada kewujudan Kolej Universiti Sultan Azlan Shah yang masih belum disahkan lagi namun ianya telah bergerak atas nama tersebut.

“Sekiranya perkara ini benar, ianya amat memalukan kerana iIni merupakan satu kesalahan yang sangat besar dan memalukan kerana sebuah badan berkanun di bawah kerajaan Negeri Perak, tidak mematuhi peraturan enakmen kerajaan sendiri,” jelasnya lagi.

BAJET 2013: HANYA SEBAGAI UMPAN DAN KURANG ROHANI


Nik Aziz: Bajet banyak ‘gula’, kurang rohani

SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam masih bernada sama, yang tidak akan membawa manusia pada ketaqwaan kepada ALLAH.

Nik Aziz berkata, kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa kepada ALLAH.

Mursyidul Am Pas berkata, Bajet 2013 langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata.

Katanya, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada ALLAH.

“Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat.

“Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat,” kata beliau dipetik Harakahdaily.

Nik Aziz berkata, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman.

Beliau yang petang ini diziarahi Sultan Kelantan petang ini turut mengambil contoh sejarah Rasulullah SAW  bagaimana keamanan yang dicapai di Madinah sehingga tiada sebarang rompakan atau meminta sedekah berikutan kaum muhajirin Makkah berada di sana.

Tambah Nik Aziz, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, ia  tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia.

“Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam.

"Bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat,” ujarnya.

Khamis, 27 September 2012

BAJET 2013 PR: PEMUDA PAS SOKONG - NEGARA BERKEBAJIKAN


Belanjawan PR 2013 ke arah Negara Berkebajikan

Nasrudin Hassan at-Tantawi,27 Sep 2012


Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan pembentangan Belanjawan PR 2013 yang bertemakan "Ekonomi Rakyat Negara Berkat". Ianya dengan tepat memberi penekanan kepada tiga agenda memacu kebajikan rakyat;

a] meningkatkan pendapatan sebenar rakyat dan mengurangkan tekanan kos sara hidup,

b] membina kumpulan rakyat berkeusahawanan dengan daya saing kompetitif dan

c] mendaya masyarakat untuk mencapai keadilan dengan kemuliaan dan rasa penuh bangga.

Belanjawan PR ini menjadi satu lagi bukti kemampuan Pakatan Rakyat di dalam merangka strategi alternatif ekonomi nasional  yang amat relevan untuk diangkat sebagai tawaran yang membawa pembaharuan sebenar untuk Malaysia.

Kelak UMNO-BN dan pengampu-pengampu mereka tidak boleh lagi berhujah bahawa Pakatan Rakyat cuma pandai beretorik dan membuat omongan kosong kerana Belanjawan PR ini buat kesekian kalinya telah menjelaskan tawaran kita secara objektif, profesional dan bijaksana tanpa bersikap apologetik terhadap cabaran ekonomi yang seolah-olah cuba disembunyikan oleh pemerintah.

Belanjawan ini tidak membuaikan rakyat dengan gula-gula politik dan strategi perbelanjaan melampau seperti  Bajet kerajaan pada 2012  yang telah disifatkan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri sebagai suatu rasuah politik.

Sebaliknya belanjawan setebal 98 mukasurat ini menyusun program perbelanjaan konstruktif untuk membina jaringan keselamatan sosial bagi golongan miskin dan kelas ekonomi menengah secara mapan dengan penekanan terhadap aspek perumahan, belanja isirumah, pemilikan kenderaan dan pendidikan tinggi percuma tanpa bebanan dari PTPTN.

Di dalam hal ini, kita juga komited untuk merungkai monopoli UMNO-BN yang terus menerus menjerut dan menghambat potensi sebenar sistem ekonomi kita, sama ada di dalam soal bayaran tol sehinggalah amalan kolusi syarikat-syarikat besar yang menjadi penyumbang dana kepada kelangsungan politik wang pemerintah yang telah membarah.

Belanjawan ini penting sebagai bukti kepada rakyat bahawa amalan korupsi, kolusi dan nepotisme UMNO-BN ini boleh ditamatkan dengan langkah-langkah jitu dan realistik bersandarkan kemahuan politik kuat pemerintah yang cuma akan hadir melalui Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya pasca PRU ke13 nanti insyaallah.

Agenda-agenda besar Belanjawan PR ini juga boleh dicapai berdasarkan kepada kebijakan yang terjana hasil dari pengalaman mentadbir negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang pastinya berguna untuk diaplikasikan di peringkat nasional.

Rakyat telah menyaksikan prestasi kepimpinan PR yang telah berjaya mengekalkan integriti bebas rasuah di samping kompeten, telus dan berhemat di dalam urusan pentadbiran walau terus dimomok dengan pemberitaan berat sebelah dan layanan tidak adil dari kerajaan pusat.

Malah kerendahan hati dan kesederhanaan pemimpin menyantuni rakyat menjadi pembeza kepada gaya mewah pimpinan UMNO-BN dan keluarga mereka. Atas dasar ini jugalah, kita yakin dengan aspirasi untuk meningkatkan hasil mahsul negara sehingga 18% sebagai sesuatu yang realistik bersandarkan kesungguhan dan keikhlasan kepimpinan PR untuk mendepani isu ketirisan, rasuah dan kecekapan di dalam urusan negara.

Dewan Pemuda PAS melihat Belanjawan PR ini sebagai suatu lagi terjemahan kepada konsep Negara Berkebajikan yang dicadangkan oleh PAS bagi memastikan kekayaan negara tidak lagi berkisar di kalangan penguasa dan pemodal semata-mata, sedang ianya adalah  merupakan satu bentuk kezaliman.

Belanjawan ini menjadi satu manifestasi strategi untuk merakyatkan kekayaan negara secara adil dan saksama agar rezeki yang ada dirasakan cukup untuk semua orang dan semua urusan sekaligus membebaskan rakyat dari cengkaman mafia ekonomi.

Bermula dari nurani tersebut, timbul kesungguhan untuk terus berusaha mencambah kekayaan negara dan lahir pula keikhlasan dari rakyat untuk memanjat doa dan pengharapan kepada tuhan agar kebajikan dan kesejahteraan ini berpanjangan. Inilah kitaran keberkatan yang cuba dicapai, bermula dengan perbentangan strategi Belanjawan PR ini.

Aspek rububiyyah inilah yang tidak mungkin dapat difahami oleh pemerintah yang terus menerus merasakan penguasaan terhadap kekayaan negara adalah hak istimewa mereka secara tradisi.

Dewan Pemuda PAS dengan ini mengucapkan syabas dan tahniah di atas pembentangan belanjawan rakyat ini. Kita akan melangkah penuh yakin untuk ke lapangan bagi menjelaskan visi dan strategi Pakatan Rakyat membawa kemakmuran kepada rakyat.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

BAJET 2013 PR : JANJI HAPUS PTPTN


Bajet 2013 Pakatan janji mansuh PTPTN

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) membentangkan Bajet 2013 alternatif hari ini dengan antara lain dengan mengulangi komitmen akan memansuhkan dana pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perikatan tiga parti itu yang membangkitkan soal itu awal tahun ini menegaskan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan pendidikan peringkat universiti kepada kesemua rakyat Malaysia.

Kata PR, pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi swasta akan menerima subsidi fi pengajian.

"Oleh kerana pendidikan peringkat tinggi akan disediakan kerajaan, ini akan mengurangkan beban pelajar apabila mereka menyertai pasaran kerja, bebas daripada bayaran hutang," kata PR dalam laporan bajet yang diumumkan di bangunan Parlimen hari ini.

PR berkata, pihaknya percaya bahawa model pembiayaan semasa menerusi PTPTN bukan sesuatu yang berkekalan.

Katanya, dalam jangka panjang Kerajaan Persekutuan akan berhenti daripada menyediakan dana kepada PTPTN, sebagaimana disaksikan berlaku di negara-negara lain yang menggunakan model yang sama.

PR yakin bahawa ia boleh menghapuskan pinjaman melibatkan sejumlah besar peminjam yang memenuhi beberapa kriteria.
"Jika sejumlah RM30 bilion yang diagihkan setakat ini oleh Kerajaan Pusat menerusi pembiayaan, kami percaya bahawa obligasi hutang boleh dipenuhi pada kos RM2 bilion setiap tahun sepanjang 20 tahun akan datang," katanya lagi.
 

Selasa, 25 September 2012

RIBUT : MOHON BANTUAN KERAJAAN, RUMAH ROSAK


Tiada tempat berteduh


BAGAN DATOH (HILIR PERAK) - Akibat hilang tempat berteduh dalam kejadian ribut pada Jumaat lalu, seorang ibu tunggal, Siti Rubiah Sulaiman, 51, merayu kepada Kerajaan Negeri untuk menyediakan sebuah rumah baginya sekeluarga.
Dia yang kematian suaminya sejak setahun lalu terpaksa menumpang rumah anaknya di Ampang sebelum berpindah ke Kampung Bagan Pasir Laut, di sini.

Menurutnya, keputusan untuk berpindah itu adalah kehendaknya dengan menyewa sebuah rumah di sini sebanyak RM100 sebulan.

"Saya kini menjual nasi lemak untuk menampung perbelanjaan empat anaknya dan pendapatan yang diperoleh hanya cukup-cukup makan sahaja.

"Anak lelaki saya yang sudah tidak bersekolah turut membantu dalam penyediaan nasi lemak untuk menghantar ke kedai berhampiran," katanya kepada Sinar Harian.

Bercerita mengenai kejadian ribut itu, Siti Rubiah berkata, bencana alam tersebut menyebabkan struktur rumah sewanya mengalami masalah dan tidak selamat untuk diduduki.

Jelasnya, banyak peralatan untuk berniaga rosak menyebabkan dia tidak boleh meneruskan perusahaan itu seketika.

“Sudahlah tiada tempat bergantung, kini rumah sewa menjadi tempat kami anak-beranak tidak selamat selepas kejadian ribut itu dan saya merayu kepada pihak berkenaan untuk bantu kami sekeluarga,” katanya.

Dalam kejadian itu, 11 keluarga termasuk ibu tunggal, peniaga pasar malam dan pekebun kecil mengalami kerugian dianggarkan RM200,000 apabila kediaman mereka rosak.

Enam rumah termasuk kediaman Siti Rubiah mengalami rosak teruk di Kampung Bagan Pasir Laut, di sini.

Sementara itu, pasangan suami isteri, Kamari Miharto, 54, dan  isteri Rasidah Mohd Tahir 45 turut mengalami kerugian apabila zink rumahnya diterbangkan angin.

“Hujan ribut bersama petir berlaku selama satu jam ,kami terkurung dalam rumah,tidak berani keluar kerana  bekalan elektrik terputus akibat kabel dihempap pokok kelapa yang tumbang,” katanya.

HINA NABI MUHAMMAD SAW: SATU SERANGAN KEPADA UMAT ISLAM!


Mufti Besar Mesir: 'Innocense of Muslims satu serangan ke atas manusia'

KAHERAH - Mufti Besar Mesir, Ali Gomaa menyeru umat Islam supaya respons ke atas filemInnocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan ramai dan meragut hampir 60 nyawa setakat ini, menerusi pendekatan “kesabaran dan kebijaksanaan” sama seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Bercakap kepada CNN, beliau berkata, turut mempersoalkan sama ada di Amerika Syarikat (AS), penyiaran filem tersebut tidak menyalahi undang-undang.

Beliau turut mencabar jika ada undang-undang yang melindungi kebebasan bersuara seumpama itu.

"Ini bukan kebebasan bersuara, sebaliknya satu serangan ke atas umat manusia, agama dan hak asasi manusia," katanya.

Protes ke atas filem itu bermula 11 September lalu.

Pada masa yang sama, beliau menyifatkan konflik ini wajar diberi perhatian dalam dunia Islam kerana berpendapat konflik menekan bukanlah jawapannya.

Katanya, “Kami hidup bersama dan mesti menghormati jiran kita."

"Karikatur telah menyemarakkan lagi api kebencian sedangkan kita cintakan keamanan," katanya sambil mendakwa terdapat beberapa pemimpin Islam ‘takut terhadap penyebaran kebencian’ ini terhadap agama mereka dan menentang tindakan ‘menyindir’ mana-mana agama.

Paderi Gereja Koptik turut mengutuk penerbitan filem anti-Islam yang akhirnya mencetuskan protes besar-besaran di seluruh negara.

Ali yang turut aktif dalam Yayasan Coexist berkata, toleransi agama perlu digalakkan.

Beliau menggesasemua kumpulan yang sering menyerang antara satu sama lain agar menghentikan perbuatan mereka.

Di Mesir katanya, umat Islam danKristianakan mengekalkan keamanan walaupun berlaku kegawatan baru-baru ini.

"Mesej saya kepada orang-orang yang mahu (persengketaan) antara orang Islam dan Kristian di Mesir, saya memberitahu mereka, "Anda tidak akan berjaya, kerana kami telah hidup bersama lebih daripada 1,400 tahun," katanya.

BUDAYA SAMSENG MENULAR KE UNIVERSITI ? SIAPA TOK GURUNYA YE ?


Presiden Pro-Mahasiswa Nasional diserang awal pagi

 Presiden Pro-Mahasiswa Nasional diserang
Edikoup menunjukkan kecederaan dialami di bahagian muka akibat diserang sekumpulan lelaki, awal pagi tadi. - Foto ihsan
SHAH ALAM - Presiden Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mendakwa diserang lima lelaki tidak dikenali awal pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seksyen 17, Petaling Jaya.

Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Syis Abd Kadir, Edikoup yang diserang kira-kira jam 4 pagi, sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

"Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Seksyen 17 dan sekarang dia sedang dirawat.

"Kejadian ini memang tidak dijangka tetapi kami yakin ia bukan kerja pelajar. Ini kerja orang luar," katanya kepada Sinar Harian Online.

Katanya, Edikoup yang juga mahasiswa di UM pernah menerima dua ugutan sebelum ini, namun tidak terfikir ugutan tersebut membawa kepada kejadian awal pagi ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada hubungan dengan pilihan raya kampus yang berlangsung hari ini, berikutan sebelum ini Edikoup pernah membuat pendedahan terhadap media berkaitan salah seorang calon yang dipercayai ada kaitan dengan sebuah badan politik.

"Sebelum ini Edikoup sudah diugut dua kali dan perkara ini kami serahkan kepada polis untuk siasat. Kami tidak mahu menuduh," katanya.

Isnin, 24 September 2012

APA ? SIAPA PERLU TANGGUNGJAWAB BILA SEMUA PENIAGA RUGI SEBAB KENA TUTUP KEDAI UNTUK WAKTU MAGHRIB ?


Pasar malam tutup 20 minit, hormati waktu Maghrib

ADAKAH PENIAGA PASAR MALAM PADANG JAWA RUGI KERANA TERPAKSA TUTUP GERAI BILA MASUK WAKTU MAGHRIB ?

MENGAPA TIDAK SEMUA TEMPAT BUAT BEGINI ?




BERMULA jam enam petang, kebanyakan penjaja dan pelanggan mula memenuhi kiri kanan jalan Pasar Malam Padang Jawa.


Suasana hingar bingar kemeriahan urus niaga tidak jauh beza dengan pasar-pasar malam di lokasi lain.

Namun uniknya di sini, tiupan wisel sejurus azan Maghrib, lampu gerai dan urusan jual beli dihentikan serta merta.

Tiada urus niaga dibenarkan selama 20 minit!  Dalam tempoh itu, peniaga dan pengunjung Islam, ramai-ramai menunaikan solat Maghrib di masjid sementara bagi bukan Islam mengikuti arahan penuh hormat dan bertanggungjawab.   

Pengalaman ini bukan baru, malah inisiatif Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Padang Jawa itu dipraktikkan sejak 1 Januari 2010 lalu.

Tinjauan Sinar Harian Jumaat lalu mendapati, peniaga dan pengunjung menyambut baik praktis ini menyokong penuh tindakan tersebut sebagai satu langkah pembaharuan bagi  menghormati waktu solat dan menghormati Islam.

Peniaga perlu tidak bimbang tentang barangan jualan mereka yang ditinggalkan kerana kawasan perniagaan dikawal oleh petugas sukarela terdiri daripada JKKK, Rela dan ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah, tinjauan yang dibuat terhadap peniaga bukan Islam, juga amat menggalakkan di mana mereka juga bersetuju dan  menyokong sepenuhnya peraturan ini, bahkan mereka juga gembira apabila perniagaannya bertambah laris selepas perniagaan dibuka semula.

Suasana yang  meriah dan terang benderang tiba-tiba bertukar suram apabila lampu dimatikan dan kelihatan petugas sukarela berlegar di sekitar tapak perniagaan bagi memastikan setiap peniaga mematuhi arahan.

Kelihatan peniaga dan pengunjung bergegas menuju ke masjid manakala bukan Islam mereka memilih untuk berehat di gerai masin-masing dalam keadaan bergelap.


Cetusan idea JKKK



Pengerusi JKKK Kampung Padang Jawa, Saian Asmawi, 61, berkata, idea ini timbul selepas Kerajaan Negeri mengambil alih daripada pentadbiran sebelumnya.

“Ini adalah pembaharuan.  Pasar malam ini telah wujud sejak tahun 1970-an lagi namun, tiada pendekatan yang dilakukan sebelum ini," katanya.


Bercerita mengenai cara pelaksanaannya, Saian berkata, peniaga perlu menutup lampu di ruang niaga, menghalang pelanggan daripada datang membeli barang jualan.

“Maknanya, kalau semua orang pergi sembahyang tidak ada masalah kerana kami ada pengawal, Rela, JKKK untuk menjaga barangan jualan mereka.

“Jadi, kalau ditinggalkan tiada sebarang masalah. Setakat ini, tidak pernah berlaku kecurian kerana kita kawal tempat tersebut.

Walau bagaimanapun, Saian mengakui, pada peringkat awal arahan diperkenalkan, timbul beberapa rungutan daripada peniaga mendakwa kerugian kesan daripada penutupan tersebut.

Katanya, ada juga peniaga bukan Islam yang menjalankan perniagaan di pasar malam ini meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan kewajaran mereka yang tidak bersolat juga terpaksa menutup perniagaan dalam tempoh tersebut.

Katanya, operasi pasar malam adalah di bawah seliaan JKKK dan sekiranya arahan yang dikeluarkan sukar dipatuhi, peniaga terbabit dicadangkan agar berpindah niaga ke lokasi lain.

"Peringkat awal pelaksanaan, bagi ingkar kali pertama kita bagi amaran pertama, amaran kedua sedikit keras manakala untuk amaran ketiga kita terpaksa keluarkan dia dengan menamatkan lesen.

“Kita hanya letakkan papan tanda notis, lampu dimatikan, sejurus azan saja tutup, kita tiup wisel, penjaga dia akan tutup kiri kanan jalan dan mana- mana gerai tidak tutup kita beri amaran. Niat utama kita ialah menghormati waktu Maghrib yang pendek, sebelum ini waktu
Maghrib kelihatan orang ramai riuh dan berpelesiran dan tidak menghormati waktu solat,” katanya.

Berdasarkan rekod, terdapat 200 tapak gerai jualan dengan keluasan 500 meter di kiri kanan jalan dengan bayaran RM3 untuk satu tapak.


Peniaga sambut baik

Bagi seorang peniaga ubatan herba, Kiran Amir, 58, berkata, praktis ini sangat bagus dalam usaha mentarbiahkan umat Islam dan mencadangkan agar semua pasar malam di Malaysia mengamalkan pendekatan sama.

PEMUDA PAS TURUT SIMPATI BENCANA ATAS KETUA PEMUDA UMNO KEPONG.


Takziah : Pemuda PAS Kawasan ucapkan kepada Ketua Pemuda UMNO Kepong yang ditimpa bencana.

Ketua Pemuda Umno Kepong cedera parah ditikam

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di bahagian perut dan jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini.


Beliau sedang menjalani pembedahan di Hospital Ampang, kata isterinya Datin Roslinda Kamaruddin kepada Sinar Harian Online.

"Datuk kena tikam di kawasan depan rumah, sekitar 3.30 pagi. Keadaan serius, cedera teruk di perut, jari terputus.

"Sedang dibedah (di Hospital Ampang), doktor masih periksa keadaan, nak lihat kecederaan lain," kata beliau sebentar tadi.

Motif Norizan, awal 40-an dan seorang ahli perniagaan, diserang belum diketahui.

"Saya tidak tahu mengapa Datuk diserang. Tetapi barang-barang tak hilang, jadi hendak kata samun, saya tak tahu," kata beliau yang dalam perjalanan ke rumah mereka di Taman Dagang dari hospital.

"Saya sedang balik ke rumah, polis hendak jalankan siasatan," katanya.

Isnin, 17 September 2012

DEDAH WAJAH " SETAN " YANG HINA NABI MUHAMMAD S.A.W.


Pendedahan sulung wajah pengarah "Innocence of Muslims"


Pendedahan Sulung Wajah Pengarah Filem "Innocence of Muslims"--Nakoula Basseley


Ini adalah gambar pertama lelaki dikatakan dalang di sebalik filem anti-Islam yang telah mencetuskan keganasan di seluruh Timur Tengah.

Nakoula Basseley Nakoula juga dikenali sebagai Sam Bacile. Lelaki yang disyaki oleh FBI sebagai pembuat filem bertanggungjawab terhadap filem Innocence Of Muslims yang mencemuh Nabi Muhammad.

Salah seorang pelakon filem itu Anna Gurji mengatakan dia telah ditipu oleh pengarah berusia 55 tahun itu.


Nakoula Basseley Nakoula di set filem dengan Cik Gurji yang berambut palsu warna merah
Nakoula adalah Kristian Koptik kelahiran Mesir . Sekarang tinggal di California, beliau adalah seorang peniaga dadah yang disabitkan kesalahan dan yang terakhir dibebaskan dari penjara pada Jun tahun lepas.

Filem ini telah menyebabkan tindakbalas anti-AS dari umat Islam seluruh dunia. Tujuh orang telah terbunuh, beribu-ribu cedera dan malam tadi rusuhan telah merebak ke Sydney, Australia. Ia juga melaporkan bahawa Sudan telah menolak permintaan AS untuk menghantar Marin untuk melindungi kedutaan.

Di California, Gurji yang berusia 21 tahun, yang melakonkan watak pengantin kanak-kanak yang dikahwinia Muhammad dalam filem tersebut meluahkan rasa kesal kerana dia telah 'dikhianati' oleh Nakoula. Dia juga melahirkan rasa takut akan tindak balas umat Islam ke atasanya

'Saya melakonkan watak pengantin perempuan bongsu kepada watak yang bernama George, "katanya. 'Saya tidak tahu George akan ditukar kepada Muhammad. Saya mengunci diri di dalam rumah saya. Saya takut orang-orang di Timur Tengah akan menyalahkan saya.


'Saya penganut katolik oleh itu mereka mungkin fikir saya menentang umat Islam. Saya mengambil pil tidur. Saya telah menangis selama beberapa hari. Saya rasa dikhianati. Muka saya terpapar dalam klip filem. Apabila orang menonton filem buruk itu mereka akan melihat saya. '

Gurji berkata dia dan pelakon lai percaya mereka telah membuat sebuah filem aksi yang dipanggil Desert Warrior. Nakoula atau 'Sam' tidak pernah menyebut tentang agama.

'Saya diberitahu saya adalah untuk menjadi Hilary, pengantin muda kepada watak yang dipanggil George, "katanya. 'Filem ini adalah tentang sebuah komet yang jatuh ke Bumi di Timur Tengah purba. 

HINA RASULULLAH S.A.W : SIFAT ORANG TIDAK WARAS


Nik Aziz: Terbit filem hina Nabi Muhammad perbuatan tidak waras

TUMPAT – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan individu yang menerbitkan filem ‘Innocence of Muslims’  yang menghina Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang tidak waras.
Nik Aziz berkata, penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW  melalui penayangan filem tersebut seolah-olah manusia di muka bumi ini lebih mulia.
 
“Tidak masuk akal jika kita lebih mulia pada Nabi kerana Nabi dipilih oleh ALLAH sendiri.

 “Orang yang hina Nabi ini adalah orang yang berfikiran tidak betul,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Malaysia ke- 49 Peringkat Negeri Kelantan di Padang Keretapi Tanah Melayu Berhad di sini, hari ini.

 Penerbitan filem berjudul ‘Innocence of Muslims’  membangkitkan kemarahan umat Islam dan seluruh pemimpin dunia mengecam perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut.

 Treler pendek berdurasi 13 minit yang tersebar melalui perkongsian Youtube itu melabelkan perwatakan Nabi Muhammad SAW sebagai penipu, kaki perempuan dan gila adalah bertentangan dengan peribadi sebenar nabi .

Ahad, 16 September 2012

SAMBUT DENGAN SEMANGAT ISLAM BARU BETUL


Hari Malaysia: Mengisi dengan semangat Islam


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,16 Sep 2012
Firman Allah, maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.  Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah” (Surah Al-A'raaf 7:11-12).


Sukacita saya mengulangi apa yang pernah saya ucapkan sebelum ini, bahawa kita hendaklah merdeka daripada penjajahan. Ini kerana penjajah membawa fahaman yang berlawanan dengan ajaran Islam. Penjajah yang membawa fahaman sekular dan kebangsaan, sedangkan fahaman ini ditolak oleh Islam.

Sebagaimana sifat iblis yang suka menghasut manusia supaya berbuat sesuatu yang berlawanan dengan perintah Allah. Sifat iblis ini adalah suatu penjajahan atas manusia yang beriman, maka iblis adalah penjajah pertama terhadap manusia. Oleh itu, kemerdekaan dari hasutan iblis adalah wajib, dan sebagaimana kita juga wajib merdeka dari fahaman kebangsaan dan sekular yang dibawa oleh penjajah.

Di dalam Al-Quran, seperti mana maksud ayat Surah Al-A’raaf di atas bahawa datuk manusia yakni Adam dan Hawa pernah dihasut oleh iblis ketika dalam syurga. Iblis menjalankan ‘penjajahan’ agar Adam dan Hawa mengikut hasutannya memakan buah dari pokok yang dilarang oleh Allah. Iblis melaksanakan pendekatan ‘ghurur’ dengan memujuk secara tipu daya, kononnya apabila memakan buah larangan itu Adam dan Hawa akan kekal selama-lamanya di dalam syurga.

Hakikatnya, pujukan iblis itu merupakan suatu penipuan ke atas manusia yang memang ada kelemahan (lupa). Akibat pujukan dan tipu daya iblis, lalu manusia yang lemah itu terpengaruh. Justeru itu Adam terpengaruh. Akibatnya Adam dimurkai Allah, lalu Adam dan Hawa dihalau keluar dari syurga dan dihumban ke dunia.

Walau pun begitu, Adam dan Iblis tetap berbeza. Adam telah mengaku salah dan memohon keampunan dari Allah. Sementara iblis tetap engkar untuk tunduk kepada perintah Allah, malah bersikap angkuh terhadap tuhan yang menciptanya. Iblis juga mempersoalkan perintah Allah agar sujud kepada Adam dengan katanya: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”  Iblis bangga dengan sifat api yang menyala dan meruap ke atas, sedangkan Adam dipandang hina kerana sifat tanah berada di bawah. Iblis tidak sujud sedangkan malaikat yang dicipta dari cahaya sanggup sujud kerana patuh perintah Allah SWT.

Inilah perbezaan besar sifat iblis dengan manusia. Atas perbezan inilah, sewajarnya kita kena merdeka diri dan negara ini daripada sifat iblis yang dilaknat Allah. Oleh kerana itu, semangat kesatuan di bawah sebuah negara merdeka, Hari Malaysia yang berlaku pada 16 September 1963 sejak dulunya, (masuk 51 tahun) harus dikenang dan dijadikan landasan bagi mengisi negara dengan nilai kemerdekaan menurut semangat Islam. Kita hendaklah mengisinya dengan prinsip dan sistem bernegara yang diajar oleh Islam.

Maksudnya di sini, kita tidak boleh mengisi negara ini dengan pemikiran penjajah Inggeris yang mirip menghasut umat Islam menerima fahaman mereka – menolak prinsip dan sistem bernegara yang diajar oleh Islam. Sedangkan umat Islam diajar oleh Nabi Muhammad SAW agar mengisi dan melaksana urusan negara ini berpandukan prinsip dan ajaran Islam. Inilah amanah Allah kepada semua umat manusia tidak kira Melayu, Cina, Inggeris mahu pun Arab.

Sesungguhnya, manusia sedia memikul amanah Allah, sebagaimana firman-Nya (bermaksud): “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan” (Surah Al-Ahzaab 33:72).

Di atas kesanggupan memikul amanah tersebut, sebagai umat yang beriman tidak kira Melayu, Cina, India, mahu pun Inggeris atau Arab; kesemuanya haruslah menjadikan dunia ini sebagai medan melaksana amanah Allah. Medan (dunia) menuju ke akhirat. Justeru segala isi alam ini (langit dan bumi) adalah kepunyaan Allah. Oleh itu, mana-mana pihak yang mengambil prinsip selain apa yang diamanahkan-Nya, maka ia hendaklah ditolak.  Cara menolaknya mengikut lunas sekarang ialah jangan mengundi mereka.

Ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku sekarang, apabila dunia kini sudah berubah. Lihatlah peristiwa ‘Arab Spring’ yang menyaksikan di beberapa negara sudah menolak pemimpin dan kerajaan yang bersengkongkol dengan Barat atau menjadi talibarut Israel. Ia berlaku di Mesir, Tunusia, Libya, Algeria dan sekarang di Syria. Inilah hakikat kebangkitan golongan yang ingin mengisi negara yang merdeka dengan amanah Allah. Mereka bersedia meletak agama bagi mengisi dunia menuju akhirat. Realiti ini sudah berlaku di Kelantan sejak 22 tahun dulu yang kini sedang bermula pula di dunia Arab.

Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk untuk kita terus berusaha melaksanakan amanah Allah di dunia ini.

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan merangkap Al-Mursyidul Am PAS.

Pulau Melaka.
29 Syawal 1433 bersamaan 16 September 2012.

Sabtu, 15 September 2012

PEMUDA PAS: TARIK BALIK FILEM HINA NABI MUHAMMAD SAW!


Tarik balik filem hina Rasulullah

GOMBAK - Pemuda Pas Pusat akan melancarkan Himpunan Sejuta Umat di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sekiranya kerajaan berkenaan tidak mengambil langkah meredakan kemarahan umat Islam berikutan penayangan filem menghina Nabi Muhammad SAW pada 2 Julai lalu.
Setiausaha Agungnya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, Dewan Pemuda Pas Pusat mendesak kerajaan Amerika Syarikat (AS) supaya menarik balik penerbitan filem berjudul Innocence of Muslims oleh Sam Bacile yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

“Pemuda Pas memberi isyarat sekiranya isu ini tidak ditangani, perhimpunan sejuta umat Islam akan bangkit di hadapan kedutaan tersebut pada Jumaat depan,” katanya ketika ditemui pada Himpunan Munajat dan Membantah terhadap tayangan filem yang menghina peribadi sebenar Nabi selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves, semalam.

Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda Pas Malaysia, Ridhuan Mohd Noor; Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohd; Ketua Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Ridhuan dan Yang Dipertua Pas Gombak, Salehuddin Mohd Nasir.

Kira-kira 300 umat Islam menyertai perhimpunan tersebut yang antaranya melaungkan sanggup mati syahid dan bermandi darah demi mempertahankan Islam dan Rasulullah.

PROJEK MI SEGERA UNTUK RAKYAT BILA PRU MAKIN HAMPIR!


Rakyat dirasuk projek mi segera



BERMULA
 dengan agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), diikuti dengan pemberian baucer buku kepada mahasiswa dan baru-baru ini pula pemberian tayar kepada pemandu-pemmandu teksi.

Ramai orang menyebut sebagai projek mee segera. Dan hari ini ketika lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kota Bharu, sekali lagi dijanjikan langit dan bintang kepada rakyat Kelantan.
Katanya pada majlis Hari Raya di kompleks sekolah di Wakaf Mek Zainab, sekiranya BN mentadbir Kelantan, negeri ini sudah lama maju.
Semalam hebahan dibuat mengggunakan pembesar suara mengajak orang ramai hadir pada program berkenaan. Guru-guru menjadi sasaran. Paling menjadi kerahan difahamkan guru-guru Kafa.
Pelbagai agihan dan hadiah mengejut itu semuanya kerana aura pilihan raya.  Mahu tidak mahu perlu diakui segala macam pemberian dan anugerah tersebut sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat di bawah.
Sebagai seorang aktivis OKU  dan peguam hak asasi manusia, saya menziarahi sanak saudara dan rakan taulan sempena Hari Raya lalu.
“Oh, dulu mana ada macam ni, dapat ini, dapat itu..” itulah antara kata-kata biasa didengari dalam kalangan masyarakat, meski pun ramai juga yang faham helah politik.
Bagi saya rakyat yang teruja dengan pemberian tersebut didapati kurang arif tentang helah politik. Mereka tidak pernah faham di sebalik pelbagai pemberian, berlaku ketirisan wang negara dan kekurangan peruntukan dialami pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan.
Pada mereka, hadiah seperti itu seolah-olah amalan biasa dan tiada salah.
“Ada apa masalah kita dapat kerja kongsikan ramai-ramai,” itu antara justifikasi yang biasa didengar bagi penggemar amalan rasuah.
Berdasar senario inilah, saya penuh yakin akan ada seribu macam lagi agihan, bantuan dan hadiah yang akan diberikan semakin hampir tarikh pilihanraya. Lihatlah nanti pembentangan Bajet 2013.
Jika kita perhatikan, antara golongan yang masih belum menerima sebarang bantuan istimewa khusus termasuk golongan kurang upaya (OKU).
361,000 OKU
Dengan jumlah OKU yang berdaftar sebanyak 361,000 orang sekarang, tentunya mereka juga ada kuasa sebagai pemutus demokrasi.
Dalam suasana inilah saya merasakan tempoh parlimen yang berbaki akan dimanfatkan sebaiknya sama ada BN atau PR.
Pilihanraya tidak akan segera diadakan sebelum setiap segmen masyarakat disantuni sebagaimana pernah berlaku sebelum ini.
Jika ditinjau asakan demi asakan di pelbagai media termasuklah di Harakah tentang isu membabitkan OKU, ia menguatkan lagi keyakinan bahawa pimpinan BN tidak akan berdiam diri.
Bermula isu jambatan udara membabitkan pengguna kerusi roda di lapangan-lapangan terbang, isu tangkapan sombrono OKU dalam penguatkuasaan Akta Orang Papa 1977, penyerahan memorandum OKU Bangkit melalui Majlis Peguam kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.
Isu kemudahan-kemudahan untuk OKU di tempat awam termasuk di masjid, diskriminasi kerajaan terhadap ahli-ahli sukan paralimpik dan terbaru isu agihan zakat kepada individu dan NGO OKU.
Nah di sinilah kesediaan jentera Pakatan Rakyat untuk memberi penerangan kepada rakyat. Apatah lagi PAS sebagai parti bertunjangkan Islam.
Semoga seluruh petugas Pakatan Rakyat sedar, selain serangan terhadap BN, usaha mendekati rakyat perlu dilipatgandakan.
Demikian juga kesiapsiagaan program mengisi kemenangan mesti didedahkan agar rakyat lebih yakin dan bersedia untuk bersama PR dalam pilihanraya ke-13.
Buku Jingga dan Agenda Wanita Malaysia sudah memperlihatkan bayangannya. Hanya masa menanti apa yang akan dikota
.

jambori amal kuala kangsar 2008