MAJLIS KONVOKESYEN PASTI KAWASAN BAGAN
DATOH 2013 : MURID-MURID BERSEMANGAT DAN GEMBIRA MENERIMA HADIAH, ANUGERAH
Perasmian oleh Pengarah Jabatan
Pendidikan PASTI Negeri Perak yang mengharapkan para ibu bapa terus memberi
kepercayaan PASTI sebagai institut pendidikan awal dalam membentuk anak-anak
mereka.
BAGAN DATOH, Selekoh -10 Nov : Jabatan Pendidikan PASTI Kawasan
Bagan Datoh telah pun berjaya menganjurkan Majlis Konvokesyen PASTI peringkat
kawasan baru-baru ini di sini. Majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh En.
Mohd Azhari Yahaya, Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Perak berlangsung
dengan lancar dan baik sehingga akhirnya.
Pengarah program, Ustaz Hasniezam
Hasan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama
dan sumbangan untuk menjayakan majlis tersebut. Beliau yang juga merupakan
Pengerusi Jabatan Pendidikan PASTI Kawasan Bagan Datoh turut meluahkan rasa gembiranya atas sokongan
dan kepercayan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke PASTI- PASTI di
sekitar kawasan Bagan Datoh.
Beliau dalam ucapan alu-aluannya
amat menekankan bahawa sistem pendidikan di kalangan anak-anak khususnya di
peringkat kanak-kanak adalah sangat
penting dan mustahak. Demikian pesanannya agar para ibu bapa mengutamakan
pembelajaran awal anak-anak agar membentuk mereka menjadi manusia yang berilmu,
berakhlak dan bertaqwa kepada Allah SWT.
“ Kita semua ( ibu bapa ) mahu
melihat anak kita menjadi anak yang baik dan soleh. Jadi perlulah kita fikirkan
bagaimana hendak menjadikan mereka demikian ( baik dan soleh ). Maka melihat
PASTI adalah salah satu usaha terbaik untuk menjadikan anak-anak kea rah system
tersebut. Anak-anak akan dididik mengenali Islam.” Tegasnya dalam ucapan
beliau.
Manakala dalam ucapan perasmian oleh
En. Mohd Azhari Yahaya menyebut kepentingan pendidikan awal bagi anak-anak agar
mengenal Islam sebagai cara hidupnya. Kerana baginya, anak merupakan asset penting
kepada kedua ibu bapa apabila telah meninggalkan dunia ini. Ujarnya, doa
anak-anak yang soleh amat mustahak sebagaimana saranan Nabi Muhammad SAW
berkaitan amal jariah yang bakal menjadi penyelamat di akhirat diantaranya
ialah doa anak yang soleh.
Maka itu, beliau menyarankan agar
para ibu bapa terus memberi kepercayaan dan keyakinan kepada PASTI sebagai
pusat asuhan anak-anak yang mendidik dan membentuk anak-anak menjadi yang soleh
dan baik.
Majlis konvokesyen kali ini juga
menyaksikan 2 orang tokoh murid PASTI telah dipilih iaitu Adik Nur Iman Puteri
Aziz, 5 tahun daripada PASTI Al- Hidayah, Sg. Batang dan Adik Hielya Helwa
Abdul Halim, 6 tahun daripada PASTI Al-Ikhwan, Selekoh . Masing-masing telah
menerima sijil dan hadiah.
Selain mereka, para murid PASTI
keseluruhan menerima hadiah dan sijil sebagai tanda kenang-kenangan dan
penghargaan kepada mereka. Selain penyampaian anugerah dan haidah, turut
berlangsung persembahan-persembahan khas yang mewakili PASTI masing-masing.
Antara persebahan tersebut ialah nasyid, sajak, azan, bacaan-bacaan doa dan
zikir.
Turut hadir ke majlis ialah Ahmad Fauzi Hashim,
Setiausaha PAS Kawasan Bagan Datoh , Mohd Asri Md. Ali, Ahli Jawatankuasa PAS
Kawasan, Muhammad Haidzir Ajid, AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan beserta beberapa
pimpinan PAS Kawasan lain