BUANG BENDERA : PAS KESAL TINDAKAN
PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB CABUT DAN HILANGKAN BENDARA PAS, LAPORAN POLIS
DIBUAT DI BALAI POLIS BAGAN DATOH
Budaya tidak bertamadun terus
menular ke Bagan Datoh apabila bendara PAS yang di pasang telah dicabut dan
hilang entah ke mana
BAGAN DATOH : PAS Kawasan Bagan Datoh telah
membuat satu laporan polis terhadap pihak yang telah mencabut dan menghilangkan
bendara partinya itu di sini semalam. Tindakan berikut terpaksa dilakukan
kerana perbuatan tersebut dilihat dan dianggap sangat melampau dan memalukan
oleh pihak PAS kawasan. Kira-kira 100 helai bendara yang terdiri daripada
bendara PAS dan PKR dipercayai hilang setelah tidak sampai 48 jam dipasang oleh
jentera parti di sini.
Laporan tersebut telah dilakukan
oleh wakil pihak PAS Kawasan Bagan Datoh pada jam 2.30 petang di Balai Polis
Bagan Datoh. Antara wakil tersebut terdiri daripada Zakaria Ahmad, Ahli
Jawatankuasa PAS Kawasan,Mustofa Saifuddin, Penolong Setiausaha Dewan Pemuda
PAS Bagan Datoh dan bersama beberapa orang pimpinan PAS Kawasan dan cawangan
yang terlibat.
Perbuatan itu juga amat dikesali
kerana seolah-olah pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut tidak tahu serta memahami
konsep negara yang mengamalkan sistem demokrasi dalam pemilihan kerajaan negara
ini. Demikian itu, laporan polis terpaksa dibuat pihak PAS kerana ianya
merupakan hak mana-mana parti politik yang sah di negara ini untuk mengibarkan
bendara partinya masing- masing.
“ Maka apabila ada pihak yang
berbuat demikian ( membuang bendera parti lain ), seolah-olah ianya mencabar
sistem demokrasi negara ketika ini. Ini sangat melampau dan teruk.” Ujar Mustofa
Saifuddin selaku wakil PAS Kawasan Bagan Datoh yang membuat laporan itu.
Berdasarkan laporan yang dibuat, di
mana lokasi kejadian hilangnya bendera tersebut ialah sepanjang tepi jalan
antara Kampung Sg. Nipah Baroh sehingga Kampung Sg. Balai Baroh. Terdahulu
sebelum itu, satu program siri ceramah penerangan yang dianjurkan oleh pihak
PAS kawasan telah diadakan bertempat di Kampung Sg. Nipah Baroh berhampiran
lokasi tersebut.
Pihak PAS juga menuntut dan mahu
siasatan daripada pihak polis dapat dilakukan segera agar dapat menyelesaikan
permasalahan itu serta membendung kejadian yang berlaku berulang kembali.
Mereka juga menyerahkan dan kepercayaan sepenuhnya terhadap siasatan tersebut
kepada pihak polis dalam menyelesaikannya.
“ Kita sudah membuat laporan terhadap
apa yang berlaku ( hilang bendera ) di sekitar Sg. Balai Baroh dan Sg. Nipah
Baroh ini. Maka kita serahkan tugas siasatan pihak polis kepada mereka.
Disamping itu, kita ( PAS Kawasan Bagan Datoh )
juga akan melihat dan memastikan perkara sedemikian rupa tidak akan berulang
lagi.” Jelasnya lagi selaku Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh.