pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 18 Ogos 2012

AIDILFITRI : CARA LAKSANAKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA


Panduan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri

Panduan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri

Panduan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri | Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Mungkin ramai yang sudah membuat persediaan untuk menyambut 1 Syawal. Namun persediaan dari segi ini juga harus diutamakan mungkin ada di segelintir kita lupa panduan Sembahyang Sunat Aidilfitri. Maklumlah Hari Raya Aidilfitri disambut setahun sekali..

Panduan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri

Hukum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Hukum mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aildilfitri atau Aidiladha adalah sunat muakkad yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.


A. Tujuan 

Tujuan bersolat pada Hari Raya ini ialah untuk mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana telah memberi peluang kepada umat Islam berpuasa selama sebulan, pada bulan Ramadhan yang penuh berkat disamping dapat memperbanyakkan ibadah kerana pada bulan ini Allah SWT melipat gandakan pahala ibadah serta dipermudahkan-Nya ibadah dengan pengurungan syaitan.

Umat Islam juga berpeluang berkumpul dan memuji Allah SWT. Setelah beribadah selama sebulan meminta ampun kepada Allah, maka tibalah masa untuk meminta ampun sesama manusia pula. Pertemuan di majlis seumpama ini, membolehkan masing-masing saling bermaaf-maafan dan mempereratkan tali silatul-rahim sesama Muslim.

B. Lafaz Takbir Hari Raya:

takbir raya

Kepentingan Takbir :
  1. Satu syiar bagi menzahirkan rasa gembira dan tanda bersyukur kepada Allah. 
  2. Tanda kemenangan melawan hawa nafsu mazmumah sepanjang Ramadan. 
  3. Lambang penyatuan dan kekuatan ummah melalui roh takbir, kerana umat Islam, membesarkan Allah dan melaungkan takbir yang sama di seluruh dunia. 
  4. Laungan takbir menyejukkan jiwa, menenangkan fikiran dan melapangkan hati untuk bermaafan. 
  5. Takbir dan tahmid dianggap penyubur ukhuwah dalam mengukuhkan ikatan jalinan persaudaraan umat Islam.
C. CARA SOLAT AIDIL FITRI

Para ulama telah ijma’ tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith;“Amru bin ‘Auf Al-Muzani RA meriwayatkan Nabi SAW bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) , pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.” 

1,Niat Solat Sunat Aidilfitri

Niat Solat Sunat Aidilfitri

2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

Rakaat pertama: Surah Al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Kafirun. 

Rakaat kedua: Surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.
    D. Cara Perlaksanaan Solat Aidil Fitri

    1.  Pada rakaat pertama:

    a.       Selepas Takbiratul-ihram dan doa Iftitah, bertakbir  (اَلله ُ اَكْبَرُ) tujuh kali yang diselangi tasbih:

    .

    b.     Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah pilihan.
    c.      Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.

    2.  Rakaat ke-dua:

    a.      Bertakbir lima kali, diselangi tasbih seperti rakaat pertama.
    b.     Disambung dengan bacaan al-Fatihah dan surah pilihan.
    c.      Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.
    .
    E. Khutbah Solat Aidilfitri


    Imam memperdengarkan Khutbah tentang zakat fitrah dan pengertian sambutan Aidilfitri sesudah solat di samping membacakan berturut-turut takbir   (اَلله ُ أَكْبَرُ) Allahu Akbar;
    1.     Pada pendahuluan khutbah pertama – 9 kali takbir.
    2.     Semasa memulakan khutbah ke-dua – 7 kali takbir.

    Diikuti dengan bacaan:

    لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

    Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.


    F. Perempuan


    Pada Hari Raya semua umat Islam termasuk perempuan yang haid, dituntut meramaikan perhimpunan solat Hari Raya, bertakbir dan berdoa bersama-sama, bagi mendapatkan keberkatan dan kesucian hari itu, walaupun tidak ikut sama bersolat. Perempuan yang berhias atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.

    G. Adab Solat Aidilfitri 
    1. Menjamah sedikit makanan terutama tamar sebelum keluar bersolat sunat hari raya. Anas bin Malik menyebut: “Adalah Nabi SAW tidak akan keluar untuk solat Aidilfitri sehinggalah baginda memakan buah tamar terlebih dulu dengan bilangan yang ganjil (tiga atau lima atau tujuh biji).” 
    2. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid sekiranya tidak terlalu jauh. 
    3. Pergi ke masjid menggunakan jalan yang berbeza dengan jalan pulang, agar dapat bertemu dan bermaafan dengan ramai kenalan. 
    4. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan. 
    5. Bersedekah dan bertahlil secara jemaah selepas solat sunat Aidil Fitri. 
    6. Membanyakkan membaca takbir, tasbih, tahmid memuji kebesaran Allah SWT.  
    7. Apabila selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri maka digalakkan bersalam-salaman kerana ia adalah cara terbaik memohon keampunan sesama insan. 
    8. Apabila hari raya jatuh pada hari Jum’at, maka solat Jum’at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak tetapi untuk lebih afdal, khariah masjid jami’ sebaiknya tetap mengadakan solat Jum’at.

    Tiada ulasan:

    jambori amal kuala kangsar 2008