BAGAN DATOH : Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ( DPPK ) berpendapat bahawa Umno- BN makin tenat dan terdesak kini. Berdasarkan isu – isu yang cuba dibangkit mereka hanyalah semata – mata meraih dan mengharap simpati sokongan rakyat pada pilihanraya nanti. Sebagai persediaan Pilihan Raya Umum ke 13, Umno- BN telah menggunakan segala isu memburukkan PAS khususnya dan amnya Pakatan Rakyat ( PR ).
Menurut Setiausaha Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh, Sdr. Ahmad Nordin b. Samrin episodnya telah bermula dengan isu kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj. Mohammad bin Sabu berkait sejarah perjuangan seorang tokoh Melayu yang bernama Mat Indera. Kononnya Mat Sabu ( Mohammad ) dan PAS menyokong perjuangan Komunis sehingga Timbalan Presiden PAS itu kini didakwa di mahkamah. Mereka juga menuduh bahawa PAS dan Pakatan Rakyat ( PR ) sengaja membawa isu ini sebagai menarik sokongan orang Melayu, sedangkan Umno – BN yang menjadikan isu ini untuk menghentam Pakatan Rakyat.
Melihat kesan isu Mat Sabu yang gagal menarik minat orang Melayu untuk menyokong Umno – BN malahan sokongan kepada PAS dan Mat Sabu semakin kukuh, kini mereka pula membangkit semula isu hukuman hudud. Mereka pula mengatakan PAS sengaja membawa isu ini kerana meraih simpati orang Melayu. Sebaliknya mereka yang sebenarnya menjadikan isu ini untuk meriah sokongan dan memecah belahkan Pakatan Rakyat.
Malangnya, isu ini juga kelihatan hampir gagal dan mereka pula kini terperangkap sendiri apabila Umno ( Najib ) mendapat ugutan daripada MCA dan Gerakan untuk keluar BN sekiranya Umno mahu melaksanakan hukuman hudud di Malaysia.
Penolong Setiausaha 2 Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh, Ustaz Hamir Hamzah b. Ibrahim juga menyokong serta berpendapat bahawa segala isu – isu yang dibangkitkan Umno- BN gagal mengkaburi rakyat. Langkah mereka ini dianggap hanyalah sekadar melindungi masalah dalaman Umno – BN dan kepincangan sistem pilihan raya di Malaysia. Bermula apabila Pemuda PAS membongkar senarai nama – nama pengundi “ hantu ” dan pemberian kad pengenalan dan taraf kerakyatan kepada bangsa asing dengan segera. Walaupun ianya cuba dinafikan SPR dan JPN, segala bukti sudah mencukupi bahawa berlaku kepincangan.
“ Sesungguhnya pemuda PAS menyokong hukuman hudud dilaksanakan di Malaysia kerana ianya adalah tuntutan agama. Bukan kerana Mursyidul Am ( Nik Aziz ) atau parti itu sendiri. Ianya adalah wajib bagi umat Islam.” Katanya lagi mengenai hukuman hudud yang bakal dilaksanakan oleh PAS.
Sebagai sokongan, Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh akan sentiasa berdiri teguh bersama kepimpinan PAS dalam memperjuangkan Islam di Malaysia ini.