BAGAN DATOH : Mungkin kerana kejahilan agama menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak mengeluarkan kenyataan " bodoh " berkaitan hukuman hudud yang diperjuangkan PAS. Beliau berucap ketika dalam sebuah program rakyat di Perak menyatakan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melaksanakan hukum hudud sebagaimana tuntutan agama.
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ( DPPK ) amat terkejut dan kesal terhadap kenyataan Najib sebagai seorang Melayu dan Islam sanggup menghina dan memperlekehkan hukum Islam. Beliau berkata walaupun hukuman hudud adalah hukum tuhan, namun perlaksanaannya ( undang - undang Islam ) mestilah berdasarkan realiti ketika ini dan mengambil kira hal persekitaran. Katanya lagi, kerajaan mengambil kira prinsip “Maqasid Syariah” iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.
Seorang Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh, Tn. Hj. Mohd Haidzir bin Ajid menyatakan bahawa mungkin kekeliruan dan kejahilan agama dalam diri pemimpin tersebut menyebabkan perkara ini berlaku. Sedangkan undang - undang Islam hukumnya mesti dilaksanakan berdasarkan petunjuk al - Quran dan Hadis. Mewakili Pemuda PAS Kawasan, beliau meminta supaya Najib bertaubat dan belajar mendalam lagi tentang Islam dan Iman.
Terdapat sesetengah pihak mengatakan isu ini sahaja dipermainkan oleh PAS kerana ingin mengharap simpati rakyat demi meraih undi dalam pilihan raya umum nanti. PAS ingin menegaskan bahawa hukum hudud bukan modal atau kempen PAS meraih simpati sebaliknya sebagai tanggungjawab dakwah dan penerangan kepada umat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan