Kenyataan Media
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
100 WACANA MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2015
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke 58 pada tahun ini, Dewan
Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan jelajah ke seluruh negara melalui
program yang dinamakan sebagai 100 Wacana Merdeka bermula 15 Ogos 2015
sehingga akhir bulan September 2015. Ia merupakan program yang bersifat
serampang dua mata di mata akan menjelaskan intipati kemerdekaan menurut
aspirasi perjuangan PAS khususnya di dalam mendepani cabaran dalam
politik negara pada hari ini.
Program ini diadakan berikutan suasana kemelut politik yang melanda negara yang sedang bergelumang dengan pelbagai isu yang melibatkan survival rakyat. Daripada isu 1MDB, kejatuhan nilai mata wang, cukai GST, serta dakwaan keterlibatan pimpinan negara dengan skandal penyaluran dana politik ke akaun peribadi, semuanya meletakkan rakyat berada di dalam situasi kalut ribut apatah lagi jika ia menjejaskan kehidupan sehari-hari. Justeru, dalam menyambut Hari Kemerdekaan yang sentiasa dijadikan sebagai peluang untuk memupuk rasa cinta rakyat kepada negara, Dewan Pemuda PAS Malaysia tampil ke hadapan untuk turut menjelaskan kepada rakyat berhubung isu semasa ini supaya rakyat menyedari rasa sayang mereka kepada negara harus diterjemahkan kepada langkah menyelamatkan negara ini dari terus hancur terjerumus ke dalam skandal yang berpanjangan.
Wacana yang akan menampilkan pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia ini akan turun ke 100 kawasan di seluruh negara melalui jadual yang sedang disusun juga bermatlamatkan untuk memberikan penjelasan kepada para ahli dan penyokong berhubung situasi yang sedang melanda PAS pada hari ini. Situasi pasca Muktamar 2015 yang mencetuskan usaha untuk menubuhkan satu gerakan baru dijangka menjadi persoalan penting yang berlegar di kalangan ahli turut perlu mendapat respon dan penjelasan dari pihak pimpinan. Dewan Pemuda PAS Malaysia yang sudah tentu akan terus beristiqomah bersama-sama kepimpinan parti yang telah dipilih oleh perwakilan akan turun menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh ahli dan penyokong supaya sokongan yang diberikan kepada PAS akan terus kekal bahkan dapat ditingkatkan di dalam pilihanraya umum yang akan datang.
100 Wacana Merdeka ini bukan sahaja bersifat ceramah komunikasi satu hala semata-mata tetapi lebih penting ia akan bersifat dialog dan soal jawab secara terbuka. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan segala persoalan yang timbul serta keraguan yang berlegar akan dapat diselesaikan melalui ruang soal jawab yang akan dibuka sepanjang wacana ini berlangsung.
Sekian.
NIK MOHD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ,
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Bertarikh : 1 Zulkaedah 1436H bersamaan 16 Ogos 2015M

1 ulasan:
Benarkah Nik Abduh boleh menyelesaikan masalah dalam PAS yang beliau adalah salah seorang penciptanya?
Catat Ulasan