- MAR 09, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memohon semua keluarga mangsa bersabar menerima berita kehilangan pesawat MH370 milik negara.
Ketika dihubungi beliau turut bersimpati dengan nasib mangsa serta keluarga yang terlibat.
Menurut Tuan Guru lagi, di atas dunia ini tidak ada tempat yang selamat sama ada di jalanraya, di darat, laut atau udara.
“Malah pejalan kaki juga kena rempuh walaupun dia tidak berada dalam kenderaan atau sebagainya.
“Kerana itu Islam menggalakkan kita sentiasa berdoa sebagaimana Rasulullah ajar setiap kali kita ingin turun tangga untuk keluar dari rumah,” nasihat beliau.
Tambahnya, sekiranya doa itu dimakbulkan Allah, mereka yang membacanya bebas dari sebarang musibah.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menasihati keluarga mangsa agar terus berdoa dan menerima sebarang ketentuan Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan