Zahid jangan anggap Unit Amal sebagai gengster
KUALA
LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi sepatutnya memberi komitmen kepada kumpulan keselamatan seperti Unit
Amal bukannya menganggap mereka sebagai gengster.
Naib
Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, kumpulan seperti ini sewajarnya diberikan
bantuan atau bajet sebagai suntikan semangat bukannya mengarahkan pasukan polis
menangkap mereka.
"Sebagai
seorang menteri beliau wajar melihat kumpulan yang berorientasikan kerja-kerja
kebajikan, diberikan penambahbaikan supaya kumpulan ini dapat sama-sama
bertanggungjawab terutama dalam isu keselamatan dan kebajikan," katanya
dalam sidang media di Pejabat Agung PAS.
Tegasnya,
Zahid juga sepatutnya mendekati mereka yang majoritinya adalah dari kalangan
anak muda dengan kasih sayang dan menegur jika ada yang tidak betul.
Salahuddin
juga bersedia bersemuka dengan Zahid untuk membincangkan perkara ini.
Bahkan
pihak Pemuda PAS bersedia menghadapi tindakan sekiranya anggota Unit Amal
ditangkap polis.
"Kita
akan sediakan pasukan peguam sekiranya mereka dikenakan tindakan, kita ambil
pendekatan masih ada ruang untuk membuat rundingan.
"Setiao
Unit Amal yang ditangkap kita tidak teragak-agak untuk saman pihak kerajaan
kerana kita tidak lakukan apa-apa kesalahan,"katanya.
Unit
Amal ditubuhkan pada tahin 1991 di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin
antara individu yang bertanggungjawab ke atas penubuhan Unit Amal.
Unit
Amal mempunyai lebih 6,000 anggota yang berdaftar di bawah Pemuda PAS di
seluruh negara, mereka melakukan kerja-kerja kebajikan dan kerja sosial
termasuklah membantu mangsa banjir, kemalangan, tanah runtuh dan banyak lagi. - HARAKAHDAILY 2/9/2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan