TOLAK GST : KECEWA DENGAN SIKAP
KERAJAAN TERUS MENZALIMI RAKYAT DAN INI BUKAN CARA TERBAIK ATASI MASALAH
EKONOMI NEGARA
Sistem Cukai Baru Tersebut Jelas
Tekan Rakyat Berpendapat Rendah, Harga Barangan Keperluan Naik dan Menteri
Terus Beralasan
SELEKOH, BAGAN DATOH : Rakyat pada hari ini terus tertekan
dengan kos sara hidup yang semakin tinggi berikutan sistem Cukai Barangan &
Perkhidmatan ( GST – Good and Services Tax ) yang diperkenalkan oleh pihak
kerajaan mulai pada 1 April lalu. Terdapat banyak pihak menyatakan rungutan
serta bantahan akibat kesan buruk daripada sistem cukai terbaru itu yang
dilaksanakan dalam Negara ini.
Berikutan itu, pihak Dewan Pemuda
PAS Kawasan Bagan Datoh turut menyatakan bantahan terhadap sistem percukaian
GST yang jelas membebankan rakyat khususnya mereka yang berpendapat rendah.
Pastinya ramai pihak terkena kesan yang negatif setelah GST ini dilaksanakan
oleh pihak kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak
yang juga merupakan Menteri Kewangan.
Menurut Pengerusi Lajnah Ekonomi dan
Pembangunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, Sdr. Ahmad Syukri bin Md.
Suhot menjelaskan bahawa apa yang telah dan cuba dilakukan oleh pihak kerajaan
sekarang ialah hanyalah usaha yang menambahkan penderitaan ekonomi rakyat dan
Negara.
Walaupun dilihat ianya mungkin satu
usaha pihak kerajaan untuk masalah kewangan dan ekonomi Negara namun ianya
dilihat bukanlah cara yang terbaik buat masa kini.
“ Persoalan besar berlaku apabila,
pihak kerajaan dalam usahannya memulihkan ekonomi Negara sedangkan pihak
kerajaan jugalah melalui menteri-menterinya berlaku boros dan banyak membazir
dalam masa yang sama.” Terangnya lagi yang juga merupakan Bendahari Dewan
Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh.
Biarlah apa pun pihak kerajaan
canang dan terangkan tentang GST ini, dengan kepelbagaian kaedah di media cetak
atau massa namun realitinya ianya usaha yang salah dan silap.
Dalam masa sama juga, pihak kerajaan
telah mempergunakan Majlis Fatwa Malaysia, Ulamak-ulamak pro – kerajaan,
agensi-agensi agama kerajaan dan NGO-NGO agama untuk mengharuskan cukai
sebegini dilaksanakan sesuka hati. Kononnya seolah-olah tindakan kerajaan itu
tepat dan betul.
“ Kita juga mencabar pihak kerajaan
dalam memastikan hukum sebenar pencukaian melalui cara GST ini. Yang mana tidak
kira orang miskin atau kaya yang terlibat dengan GST. Ini adalah tidak betul
sebagaimana dalam hukum Islam. Bahkan terdapat banyak pendapat ulamak-ulamak
yang mengharamkan cukai ini kepada pihak yang tidak layak dikenakan.” Jelas
Ahmad Syukri lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan