KENYATAAN MEDIA MAJLIS SYURA ULAMA.
ISU FITNAH GABUNGAN PAS & UMNO
Majlis Syura Ulamak dalam sidangnya ke 31 di Kolej Islam Zulkifli Mohamad pada 19hb Mei 2015
mengambil perhatian serius dakwaan dan fitnah sesetengah pihak bahawa
pihak Majlis Syura Ulamak pernah meluluskan usaha penggabungan PAS dan
UMNO. Dengan ini, pihak MSU menegaskan bahawa tiada sebarang
perbincangan atau keputusan pernah dibuat ke arah gabungan PAS dan UMNO.
Majlis Syura Ulamak juga
menegaskan tidak pernah wujud sama ada usaha atau pandangan ke arah
penggabungan ini oleh mana-mana individu ahli Majlis Syura Ulamak
seperti Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Dr Harun Din, Presiden PAS, Dato'
Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan lain lain ahli jawatankuasa Majlis
Syura Ulamak.
Majlis Syura Ulamak dengan ini menyeru supaya
semua ahli PAS menolak fitnah ini bagi mengukuhkan jemaah ke arah
memenangkan Islam.
Dato' Dr Nik Zawawi Nik Salleh,
SU Majlis Syura Ulama.
SU Majlis Syura Ulama.
Khamis 21 Mei 2015 / 3 Syaaban 1436H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan