KENYATAAN MEDIA / BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BAGAN DATOH
TEMPAT : BAGAN DATOH / TARIKH : 28 DISEMBER
2015
PAS BAGAN DATOH HULUR SUMBANGAN
Beri sumbangan kepada golongan yang memerlukan sebagai persiapan
menghadapi sesi baharu persekolahan 2016
1-Dewan
Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh ( DPPK Bagan Datoh ) sekali lagi pada tahun ini
telah berjaya menganjurkan sebuah program kebajikan yang dinamakan “ Back To
School “ atau Kembali Ke Sekolah sebagai mana tahun-tahun yang lalu.
2-Bertemakan
“ Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing ” , program penyerahan
barang sumbangan tersebut telah berlangsung pada 24 Disember 2015 dan bertempat
di beberapa cawangan sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Rungkup.
3-Seramai
60 orang murid yang menerima sumbangan tersebut melahirkan rasa syukur kepada
Allah SWT atas bantuan diterimanya. Mereka turut mengucapkan terima kasih
kepada pihak PAS Kawasan Bagan Datoh atas usaha membantu serta meringankan
sedikit bebanan dalam persiapan untuk menghadapi sesi persekolahan tahun
hadapan.
4-Barang
sumbangan yang diberikan adalah berupa beg sekolah serta peralatan tulis.
Majlis penyerahan di lakukan di beberapa cawangan/ kampung sebagai langkah
memudahkan penerima mengambil barangan tersebut.
5-Antara
cawangan/kampong yang terlibat ialah Kampung Sungai Batang, Kampung Sungai
Tiang Darat, Kampung Sungai Balai Darat, Pekan Bagan Datoh, Kampung Sungai
Nipah Baroh dan Simpang Empat Rungkup.
6-Matlamat
utama penganjuran program adalah membantu golongan fakir miskin dan anak yatim
serta mereka yang memerlukan.
7-Menurut
pengarah program, Muhamad Nizam bin Khairi berkata : “ Bahawasanya pihak Pemuda
PAS menyedari keadaan rakyat yang dibebani kos sara hidup yang tinggi ketika
ini, demikian itu pihak kami mengambil sedikit langkah untuk membantu
mengurangkan bebanan mereka yang memerlukan ”.
8-Selain
itu, pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh menyatakan bahawa penganjuran
program sebegini adalah sebagai membuktikan PAS tetap komited serta bersungguh
membantu masyarakat khususnya golongan fakir miskin dan anak yatim.
9-Penyempurnaan
penyampaian sumbangan bantuan telah dilakukan sendiri oleh pimpinan PAS Kawasan
Bagan Datoh. Antaranya Yang Dipertua PAS, Ustaz Misbahul Munir Masduki ,
Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Rozie Imani, Setiausaha PAS Kawasan, Ahmad Fauzi
Hashim, Bendahari, Ustaz Ahmad Jailani Abdul Hamid dan pimpinan Dewan Pemuda
PAS Kawasan dan Dewan Muslimat PAS Kawasan.
10-Dalam
majlis penyerahan sumbangan tersebut turut melibatkan semua golongan masyarat
tanpa mengira agama,bangsa dan fahaman politik di sekitar kawasan terbabit.
11-“ Kita
berikan sumbangan ini kepada semua golongan yang difikirkan perlu dibantu.
Tidak kira agama, bangsa serta fahaman politik. Memang tujuan kita adalah
membantu meraka yang susah. Contohnya kita pilih juga mereka yang dari kalangan
bangsa India dan Cina. Ini sebagai membuktikan PAS adalah sebuah parti politik untuk
semua masyarakat .Sebagaimana tema “ PAS For All” yang dicanangkan sebelum ini.”
Demikian menurut Muhamad Nizam bin Khairi selaku pengarah program.
“ BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN ”
Sekian,
Terima Kasih
Disediakan
oleh :
MUSTAID BIN SAIFUDDIN
Setiausaha
Dewan
Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan