ANJURKAN PROGRAM MENCUCI KERETA
SAMBIL BERAMAL BERTUJUAN MENGUMPULKAN DANA
Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bagan
Datoh dengan kerjasama Lajnah Ekonomi dan Pembangunan berjaya mengumpulkan dana
untuk menggerakkan perjalanan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh.
BAGAN DATOH, Parit 1. Sg. Sumun, 15
Feb : Sebanyak 38 buah kereta daripada
pelbagai jenis telahpun berjaya dicuci oleh petugas-petugas dalam program amal
yang dinamakan sebagai “ Program Amal : Cuci-cuci Amal “. Ianya adalah
merupakan satu cara dan langkah bertujuan untuk mengumpulkan dana kewangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh.
Program yang dianjurkan secara
kerjasama 2 pihak iaitu antara Jabatan Amal Malaysia Kawasan dan Lajnah Ekonomi
dan Pembangunan, Dewan Pemuda PAS Kawasan tersebut telah mendapat sokongan yang
baik daripada penduduk sekitar dengan menghantar kereta untuk dicuci dan
menyumbang sebanyak mana telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Menurut Pengarah program, Sdr. Jefnerei
bin Tajab menjelaskan bahawa konsep program tersebut adalah berbentuk amal dan
sumbang dana. Program ini merupakan cetusan idea dan pandangan Ahli
Jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan. Ianya juga memberi peluang untuk para pemilik
kereta untuk menyumbang setelah kereta-kereta mereka siap dicuci. Beliau yang
juga Pengerusi Lajnah tersebut amat berpuas hati atas kerjasama semua pihak dan
sambutan orang ramai yang hadir.
Manakala bagi Ketua Dewan Pemuda PAS
Kawasan, Ustaz Mustofa bin Saifuddin menyatakan sokongan dan pujian beliau kepada
seluruh Ahli Jawatankuasa dan pemuda PAS Kawasan yang berusaha keras untuk
menjayakan program pada kali ini. Sementara itu, Komandan Jabatan Amal Kawasan,
Sdr. Nurol Amin bin Ithnan melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua
pihak terutamanya Tuan Hj. Ariffin @ Ramlee bin Husin selaku tuan rumah juga
merangkap Naib YDP PAS Kawasan, seluruh tenaga dan petugas program serta semua
penyumbang dalam usaha menjayakannya.
Program tersebut yang berlangsung di
perkarangan Markaz Majlis Tindakan DUN ( MTD ) Hutan Melintang, Parit 1. Sg.
Sumun dan bermula jam 8.30 pagi sehingga 3.00 petang telah dianggap berjaya
mencapai matlamat dan sasarannya.
Manakala bagi pihak penyumbang dan
peserta dalam program kali ini menyatakan amat berpuas hati serta memberi sokongan
dan persetujuan sekiranya program sebegini terus dianjurkan pada masa akan datang.
Bagi Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Tn. Hj. Mohamad Aris Bakri mengatakan
bahawa ianya satu idea yang baik daripada pihak pemuda PAS kerana sedikit
sebanyak program tersebut mampu mengeratkan silaturrahim selain menambah dana.
Sementara itu bagi Pn. Rosilawati
binti Mahayuddin selaku Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan mengucapkan
tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya melaksanakan satu program yang
baharu bagi peringkat kawasan ini. Selain itu, beliau juga mendaftarkan diri
sebagai sebahagian peserta dan penyumbang dalam program kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan