pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 12 Februari 2014

SUMPAH...MACAM-MACAM SUMPAH. MUDAHNYA UNTUK BERSUMPAH KIRANYA JAHIL..

KUALA LUMPUR: Sumpah politik dan sumpah bola telah melahirkan sesumpah di kalangan manusia, tulis Shahbudin Husin.

Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mengadakan majlis sumpah dengan Al-Quran untuk pemain dan jurulatih pasukan bolasepak T-Team berhubung kebenaran insiden dalam terowong yang melibatkan pasukan itu dengan pasukan Johor Darul Takzim atau JDT di Larkin, Johor Bahru pada 1 Feb lalu.

Menulis di dalam blognya semalam, menurut Shahbudin rupa-rupanya tindakan itu mengundang rasa kurang senang banyak pihak.

Ekoran itu, Ahmad dituduh dengan bermacam-macam dakwaan seperti merendah-rendahkan kedudukan Al-Quran kerana sebiji bola, mengadakan sesuatu yang tidak diajar oleh Islam, membelakangkan undang-undang serta pelbagai lagi kata-kata kurang manis dilemparkan terhadapnya.


Yang menariknya, kata Shahbudin pihak yang mengecam Ahmad bukan saja golongan pro pembangkang, malahan ramai kalangan dalam Umno sendiri memperlekeh tindakan sumpah itu dengan mengatakan seolah-olah beliau tidak mempercayai lagi sistem keadilan di negara ini.

Exco Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Zulkurnain Kamisan pula berkata, tiada keperluan bagi pemain JDT untuk mengangkat sumpah dengan Al-Quran bagi mencari kebenaran insiden yang berlaku dalam terowong di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus di Larkin kerana pihaknya mempunyai keyakinan terhadap pihak berkuasa untuk bersikap adil dan tidak berat sebelah.

Baginya, ini berbeza dengan majlis sumpah yang ada kaitan dengan politik berhubung dakwaan liwat dan penayangan video seks yang juga dikaitkan dengan Ketua Pembangkang sedikit masa lalu.


Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008