TEL AVIV - Israel mengumumkan tiga kawasan penempatan haram di Tebing Barat, kononnya adalah sah di sisi undang-undang, menurut Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, semalam.
Dalam mesyuarat kelmarin, jawatan kuasa menteri memutuskan untuk merasmikan status kawasan yang dibangunkan pada 1990-an itu, susulan daripada keputusan kerajaan sebelum ini.
Kawasan penempatan tersebut adalah Bruchin, Rechelim dan Sansana.
Negara antarabangsa tetap menganggap kesemua penempatan haram golongan Yahudi menyalahi undang-undang walaupun Israel mengesahkan projek yang merampas sebahagian besar kawasan Palestin itu mendapat kelulusan kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan