BLANTYRE - Presiden Malawi, Bingu wa Mutharika meninggal dunia pada umur 78 tahun akibat serangan jantung, semalam, sekali gus bakal mencetuskan ketegangan politik kerana ketiadaan pengganti.
Kerajaan masih belum membuat pengumuman rasmi walaupun pihak hospital di Lilongwe mengesahkan perkara itu. 

Stesen radio tempatan melaporkan mayat Mutharika diterbangkan ke Afrika Selatan dan petugas media turut dilarang membuat sebarang liputan.