pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 12 November 2013

MAJLIS KONVOKSYEN PASTI KAWASAN BAGAN DATOH 2013 : MERIAH DAN PENUH MAHABBAH

MAJLIS KONVOKESYEN PASTI KAWASAN BAGAN DATOH 2013 : MURID-MURID BERSEMANGAT DAN GEMBIRA MENERIMA HADIAH, ANUGERAH

Perasmian oleh Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Perak yang mengharapkan para ibu bapa terus memberi kepercayaan PASTI sebagai institut pendidikan awal dalam membentuk anak-anak mereka.


BAGAN DATOH, Selekoh -10 Nov : Jabatan Pendidikan PASTI Kawasan Bagan Datoh telah pun berjaya menganjurkan Majlis Konvokesyen PASTI peringkat kawasan baru-baru ini di sini. Majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh En. Mohd Azhari Yahaya, Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Perak berlangsung dengan lancar dan baik sehingga akhirnya.

Pengarah program, Ustaz Hasniezam Hasan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dan sumbangan untuk menjayakan majlis tersebut. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jabatan Pendidikan PASTI Kawasan Bagan Datoh  turut meluahkan rasa gembiranya atas sokongan dan kepercayan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke PASTI- PASTI di sekitar kawasan Bagan Datoh.


Beliau dalam ucapan alu-aluannya amat menekankan bahawa sistem pendidikan di kalangan anak-anak khususnya di peringkat kanak-kanak  adalah sangat penting dan mustahak. Demikian pesanannya agar para ibu bapa mengutamakan pembelajaran awal anak-anak agar membentuk mereka menjadi manusia yang berilmu, berakhlak dan bertaqwa kepada Allah SWT.

“ Kita semua ( ibu bapa ) mahu melihat anak kita menjadi anak yang baik dan soleh. Jadi perlulah kita fikirkan bagaimana hendak menjadikan mereka demikian ( baik dan soleh ). Maka melihat PASTI adalah salah satu usaha terbaik untuk menjadikan anak-anak kea rah system tersebut. Anak-anak akan dididik mengenali Islam.” Tegasnya dalam ucapan beliau.

Manakala dalam ucapan perasmian oleh En. Mohd Azhari Yahaya menyebut kepentingan pendidikan awal bagi anak-anak agar mengenal Islam sebagai cara hidupnya. Kerana baginya, anak merupakan asset penting kepada kedua ibu bapa apabila telah meninggalkan dunia ini. Ujarnya, doa anak-anak yang soleh amat mustahak sebagaimana saranan Nabi Muhammad SAW berkaitan amal jariah yang bakal menjadi penyelamat di akhirat diantaranya ialah doa anak yang soleh.


Maka itu, beliau menyarankan agar para ibu bapa terus memberi kepercayaan dan keyakinan kepada PASTI sebagai pusat asuhan anak-anak yang mendidik dan membentuk anak-anak menjadi yang soleh dan baik.

Majlis konvokesyen kali ini juga menyaksikan 2 orang tokoh murid PASTI telah dipilih iaitu Adik Nur Iman Puteri Aziz, 5 tahun daripada PASTI Al- Hidayah, Sg. Batang dan Adik Hielya Helwa Abdul Halim, 6 tahun daripada PASTI Al-Ikhwan, Selekoh . Masing-masing telah menerima sijil dan hadiah.

Selain mereka, para murid PASTI keseluruhan menerima hadiah dan sijil sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan kepada mereka. Selain penyampaian anugerah dan haidah, turut berlangsung persembahan-persembahan khas yang mewakili PASTI masing-masing. Antara persebahan tersebut ialah nasyid, sajak, azan, bacaan-bacaan doa dan zikir.

Turut hadir ke majlis ialah Ahmad Fauzi Hashim, Setiausaha PAS Kawasan Bagan Datoh , Mohd Asri Md. Ali, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Muhammad Haidzir Ajid, AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan beserta beberapa pimpinan PAS Kawasan lain

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008