pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 13 Julai 2014

GAZA BERDARAH : DPPM PRIHATIN LANCARKAN TABUNG KEMANUSIAAN UNTUK PALESTIN.

Pemuda PAS lancar tabung kemanusiaan untuk Gaza

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia turut melancarkan tabung kemanusiaan bagi membantu saudara Islam di Gaza, Palestin yang kini sedang berdepan serangan tentera Zionais Israel.

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat Pemuda PAS Malaysia Muhammad Hafiz Musa berkata, hasil sumbangan orang ramai diperlukan bagi disalurkan kepada rakyat Gaza khususnya bantuan ubat-ubatan, makanan, pakaian dan lain-lain.

"Umat Islam di Gaza adalah mangsa yang wajib dibantu dengan kadar kemampuan yang ada.  


"Bantuan kemanusiaan seperti ubat-ubatan, makanan, pakaian dan peralatan lain amat penting buat mereka meneruskan kehidupan," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi mereka yang berhajat untuk menyumbang, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 5640 2540 0100 atas nama Tabung Kemanusian Pemuda.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa seluruh umat Islam teruskan berdoa dan bermunajat bagi kekuatan dan keselamatan rakyat Palestin.

"Kekuatan doa seluruh umat Islam adalah peluru dan bom pemusnah paling menggerunkan musuh Islam. 

"Bangunlah berdoa di waktu malam, terutama di bulan Ramadhan yang diberkati. Semoga bantuan Allah hadir dalam keadaan tidak terduga," katanya. - HARAKAHDAILY 11/7/2014

Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008