JABATAN AMAL MALAYSIA KAWASAN BAGAN DATOH DENGAN KERJASAMA LAJNAH KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN DAN PEMUDA PAS SG. BATANG TURUN BANTU MASYARAKAT
Program bertujuan memberikan bakti khidmat dan merapatkan ukhuwah Islamiah.
SG. BATANG, SELEKOH, 18 OKT. : Pihak Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bagan Datoh dengan kerjasama Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh dan Pemuda PAS Cawangan Sg. Batang telah menganjurkan program gotong -royong menghapuskan Aedes dan ziarah kasih budiman di sekitar kawasan Kg. Sg. Batang.
Bermatlamatkan untuk memberikan khidmat masyarakat disamping merapatkan ukhuwah islamiah antara Pemuda PAS dan masyarakat setempat. Program yang tersebut yang berlangsung pada 18 0ktober 2014 iaitu hari Sabtu dan bermula pada jam 8.00 pagi. Dalam misi program beberapa buah rumah penduduk tempatan telah dipilih untuk dibersihkan.
Selain membersihkan persekitaran rumah, pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh turut menghukurkan sumbangan berbentuk bahan makanan kepada mereka yang memerlukan. Menurut Pengarah Program, Tuan Nurol Amin Ithnan berkata bahawa program sebegini memang sangat baik untuk diteruskan pada masa akan datang.
Manakala Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyaraktan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, Encik Muhammad Nizam Khairi berkata bahasanya program dan aktiviti ini akan di teruskan secara bersiri dan bulanan di setiap cawangan dan kampung-kampung sekitar kawasan Bagan Datoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan