pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 13 September 2017

CAKAP TUN MAHATHIR TAK BOLEH DIPERCAYAI- YB. USTAZ IDRIS AHMAD

10 Tun Mahathir Cakap 13 Tidak Boleh Percaya
Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
12Sep 2017


Apa lagi Tun hendak tuduh PAS selepas ini. Semua orang tahu Tun seorang yang pendendam, sukar untuk memaafkan. Jikalau dia sayang seorang, maka janganlah pula ada orang pergi jumpa beliau beri tahu individu ini demikian, demikian. Beliau tidak akan terima. Malahan dia marah balik kepada pengadu. Kalau dia benci seorang sampai lubang cacing dia akan buru. Tentu kita masih ingat apa yang beliau tidak tuduh DS Anuar dalam isu liwat. Beliau tetap buat tuduhan walau pun dinafikan berkali-kali.
Tun memang pendendam dengan PAS. Kerana Tun tidak boleh terima Islam yang hendak dibawa oleh PAS. Tun pernah tuduh ini hudud PAS, apabila dicabar mana pula hudud umno, sehingga kini tidak terjawab. Ulamak pengampu umno tidak mampu untuk draf hudud ala umno dan tolak hujah ulamak PAS. Tun Mahathir dendam dengan Almarhum TG Nik Aziz sehingga selepas meninggal dunia pun Tun balun TG Nik Aziz di dalam ceramah di Tanah Merah Kubang Pasu. Ceramah ini turut disertai oleh pemimpin Pan. Mereka kelu dan tidak berkata apa-apa walau pun Tun Mahathir hentam almarhum TG Nik Aziz. Mana dakwaan pemimpin Pan yang kata, TG Nik Aziz ikon perjuangan mereka. Satu pembohongan.
Tun Mahathir pernah tuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis, walau pun hakikatnya Siddiq Ghouse Setiausah Politik Dr Mahathir ketika beliau Menteri Pelajaran 1974-1975 ditahan ISA sebagai egen komunis. Tun pernah tuduh PAS ditubuhkan oleh penjajah, hakikatnya Umno adalah anak emas penjajah. Kerana ketika semua parti haluan kiri seperti Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) diharamkan pada tahun 1948 sedangkan umno berada di dalam dakapan penjajah. Sejarah yang jelas pun Tun boleh tipu, apalah sangat dalam perkara lain.
Sekarang Tun Mahathir tuduh PAS pemecah belah pembangkang. Satu kenyataan kelakar. Kalau dulu beliau kata PAS pemecah belah orang melayu sewaktu beliau bermaharajalela selama 22 tahun. Hakikatnya beliaulah bapa pemecah belah masyarakat dan Melayu. Tiga Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan DS Anuar Ibrahim terpelanting. Umno pecah dua kepada team A dan team B, beliau hanya menang majoriti 43 undi dengan Tengku Razalei gh Hamzah. Akhirnya mahkamah telah mengharamkan Umno pada tahun 1987. Lahirnya Parti Semangat 46 dan PKR semuanya zaman beliau. Tiba-tiba Tun kata PAS sebagai pemecah belah. Tun ini seperti, Berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi..
Zaman beliau ketua hakim Tun Salleh Abbas dipecat. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah negara, tetapi berlaku zaman beliau. Sebelumnya Institusi Kehakiman di negara ini cukup dihormati.
Tun bapa pemecah belah melayu, buktinya Royalti minyak Terengganu ditarik. Sedangkan jelas tercatat di dalam perjanjian, 5 peratus mesti diberi kepada negeri yang ditemui minyak. Sekarang perkara ini diteruskan sehingga zaman DS Najib. Siapa yang punya angkara?. Apakah Terengganu bukan negeri Melayu. Rumusannya kalau Tun Mahathir kata kepada PAS, 10 dia cakap 13 tidak boleh percaya. Perlu diingat semasa beliau berkuasa selama 22 tahun PAS lawan beliau, inikan pula beliau tidak ada kuasa. Tolak BN dan PH, pilih PAS dan Gagasan Sejahtera.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008