pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 5 September 2012

SOKONGAN CINA BAIK DI RUNGKUP!

PENGUNDI CINA TERUS BERI SOKONGAN KEPADA PAS

Janji akan memberi sokongan dan kemenangan calon PAS pada PRU 13 nanti

SG. TIANG BAROH : Kehadiran kira- kira 500 orang kaum Tionghua ke  Majlis Makan Malam Perdana anjuran DAP Bagan Sg. Tiang Baroh di sini memberi gambaran sokongan yang padu kepada Pakatan Rakyat di Bagan Datoh khususnya.

Menurut YDP PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata bahawa kejayaan program anjuran DAP cawangan ini akan memberi satu petanda baik kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang. Beliau yang turut berucap pada majlis tersebut mengingatkan supaya rakyat perlu sedar dan bangkit lawan kezaliman kerajaan Umno/ BN pada hari ini.

Mereka bukan sahaja zalim kepada rakyat. Malahan penipuan demi penipuan dilakukan semata - mata untuk mengekalkan kuasa. Walaupun mereka cuba mengkaburi rakyat dengan pelbagai janji sehinggakan tema hari kebangsaan Malaysia mereka gunakan " Janji Ditepati" yang langsung tidak kena mengena semangat patriotik rakyat untuk menyambutnya.







Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008