pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 1 Mei 2013

ISU DAKWAT KEKAL KECOH : PAS MINTA PENJELASAN SPR!


Dakwat kekal: PAS minta penjelasan SPR

Muhammad Faeez Azahar,30 Apr 2013
IPOH: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.

“Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini,” jelas beliau lagi.

Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008