pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 27 Mei 2013

RAKYAT RUNGKUP JANGAN TAKUT.KITA LAPORKAN KESALAHAN UMNO-BN DI PRU 13 LALU!


PAS BAGAN DATOH : HARAP RAKYAT BERDOA DAN BERANI DEMI KEMENANGAN ISLAM DAN RAKYAT NEGARA INI

YDP PAS Kawasan, Ustaz Misbah mengharapkan seluruh rakyat di DUN Rungkup meneruskan usaha dengan keberaniaan untuk menuntut kemenangan petisyen DUN tersebut.



BAGAN DATOH : Satu majlis kesyukuran dan meraikan kemenangan Pakatan Rakyat di DUN Hutan Melintang telah diadakan semalam bertempat di Parit 1, Sg. Sumun. Turut hadir meraikan majlis tersebut ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Dato’ Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar bin Jamaluddin.

Dalam majlis itu, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki selaku YDP PAS Kawasan Bagan Datoh menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 500 orang tetamu daripada pelbagai kaum. Beliau dalam ucapannya menyatakan bahawa tiada perasaan kecewa dan malu walaupun sudah 4 kali gagal untuk memenangi kerusi DUN Rungkup dalam 4 siri Pilihan raya Umum di Negara ini.

Bahkan beliau semakin bersemangat untuk terus berjuang melawan Umno-BN sampai bila-bila demi menegakkan syiar Islam dan keadilan di negara ini. Kita ( PAS dan Pakatan Rakyat ) bukannya tidak mahu menerima kekalahan, bahkan redha keputusan pilihan raya umum ke 13 lalu tetapi segala penipuan dan penyelewengan pihak Umno-BN dan SPR itulah sebenarnya yang tidak boleh rakyat terima.

Ustaz Misbah yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak memohon dan mengharapkan kerjasama dan keberanian rakyat khususnya di Rungkup untuk melaporkan segala salahlaku dan salahguna kuasa pihak Umno-BN dan SPR sepanjang tempoh pilihan raya umum lalu. Dakwanya lagi, terlalu banyak kesalahan-kesalahan dan penyelewengan telah berlaku sepanjang PRU 13 lalu.

Beliau mengingatkan kepada hadirin hanya dengan keberanian rakyat, bahawa harapan rakyat akan tercapai dengan menolak Umno-BN sebagai kerajaan di negara dan negeri ini. Hakikatnya, rakyat sudah cukup mengenali mereka ( Umno-BN ) sebagai sebuah kerajaan yang zalim dan menindas rakyat.

Pelbagai kesalahan Umno-BN dapat dilihat dalam tempoh PRU 13 lalu. Sebagai contohnya, pemberian wang ringgit, barangan, ucapan berbentuk ugutan serta sogokan dan pelbagai lagi adalah sebagai bukti bahawa Umno-BN telah melakukan kesalahan dalam masa berkempen. Demikian itu, rakyat mestilah berani untuk menjadi saksi dan keselamatan adalah terjamin.

DUN Rungkup adalah salah satu petisyen yang akan dilakukan di negeri Perak kerana majoriti kemenangan calon BN tidak melebihi 1000 undi. Maka, Ustaz Misbah meminta dan mengharap sekali lagi dalam ucapan dalam majlis tersebut untuk berani melaporkan kesalahan dan salahguna kuasa serta laku pihak Umno-BN.

1 ulasan:

GEBU berkata...

Kita setuju dengan petisyen dari DUN RUNGKUP terhadap PRU13 yang lalu tapi buat Ustaz Misbah pula perlu muasabah diri supaya jawatan yang dipegang dalam parti bukan sebagai tiket untuk terus menerus menjadi calun kerana kriteria sebagai wakil rakyat tidak diukur kepada jawatan yang dipegang dalam parti tetapi kriteria yang dianugerahkan oleh ILAHI.
Selamat bermuasabah diri untuk UstazMisbah.

jambori amal kuala kangsar 2008