pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 23 Ogos 2013

KAMI BERSAMA RAKYAT MESIR : KAMI BANTAH KUDETA AS-SISI

ISU MESIR: PENDIRIAN DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BAGAN DATOH BANTAH KUDETA DI MESIR DAN SOKONG MORSI SERTA RAKYAT MESIR.

Kami, Dewan Pemuda PAS Kawasan ( DPPK ) Bagan Datoh ingin menyatakan pendirian kami dalam isu rampasan dan keganasan tentera kudeta di Mesir ketika ini adalah bahawasanya kami membantah semua tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan sementara Mesir hasil rampasan tentera pimpinan Jeneral Abdul Fatah As-Sisi di sana. Kami juga amat mengutuk dan menkecam tindakan ketidakperimanusiaan oleh pihak tentera Mesir yang membunuh dan mengganas ke atas rakyat mesir sehingga hampir puluhan ribu orang yang telah terkorban dan syahid sehingga kini.

Sedemikian itu, kami akan terus berada dan menyokong pihak rakyat Mesir dan Ikhwanul Muslimin dalam perjuangan mengembalikan kebenaran di Mesir.

Kami juga akan sentiasa bermunajat dan doakan agar kesabaran, ketenangan dan kejayaan untuk umat Islam dan rakyat Mesir.

Ustaz Khairi Abdullah Al-Ejie
Naib Ketua 
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh






1 ulasan:

ahlee berkata...

,

Heran jugak ye... PAS yang kononnya ada nama Islam pada partinya .... sering melaung-laungkan merekalah pejuang Islam.... malah bertakbir untuk menunjukkan mereka adalah lebih Islam dari orang lain.... TETAPI... tak ambil kisah langsung pasal Isu Kalimah Allah yang permohonan pihak Gereja membuat rayuan di mahkmah telah ditolak, semalam.... Malah, Harakah langsung tak siarkan walau sepatah ayat pun berita mengenainya..... KENAPA..???
ALLAH itu tak penting bagi PAS ke?metallica Mesir tu lebih penting ke PAS atau hamPAS ?NAUZUBILLAH! Macamana Allah SWT nak tolong PAS ......NAMA ALLAH pun PAS taksanggup PERTAHANKAN? Malah setuju lagi diganti ye ke?

jambori amal kuala kangsar 2008