pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 26 Ogos 2013

ALAM RIA PASTI : ANAK-ANAK GEMBIRA KEHADIRAN HADI DAN HUDA

SAMBUTAN CERIA DI MAJLIS ALAM RIA PASTI DAN SAMBUTAN EIDULFITRI 1434 PASTI KAWASAN BAGAN DATOH.

Beberapa acara dipertandingkan memberi persaingan hebat antara murid-murid PASTI sekitar kawasan ini.

BAGAN DATOH : Sambutan yang menceriakan hadir di Majlis Alam Ria PASTI Kawasan Bagan Datoh. Selain majlis tersebut, turut diraikan ialah sambutan hari raya Eidulfitri. Seramai 150 orang murid-murid PASTI sekitar kawasan ini sangat gembira dan teruja ketika hadir meraikan majlis ini.

Majlis yang dirasmikan oleh Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki ( Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan YDP PAS Kawasan Bagan Datoh ) juga dihadiri ibubapa dan penjaga serta penduduk sekitar kawasan terlibat.

Antara acara pertandingan yang diadakan ialah acara Hafazan, Azan, bacaan Sajak dan nasyid. Selain acara tersebut, acara sukaneka turut dilangsungkan antara lari berhalangan, lari pecut, tiup dan pecah belon, bola beracun dan lain-lain lagi.

Seusai acara tersebut, majlis perasmian telah disempurankan oleh Ustaz Misbahul Munir Masduki.

Di akhir majlis, para hadirin dijamu dengan hidangan hari raya Eidulitri.











Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008