pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 29 Disember 2013

PROGRAM JOK KEMBALI KE SEKOLAH : 30 MURID TERIMA SUMBANGAN BARANGAN PERSIAPAN KE SEKOLAH.

PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH : 30 ORANG ANAK YATIM DAN MISKIN DIPILIH TERIMA SUMBANGAN PAKAIAN SEKOLAH

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh anjurkan program kebajikan membantu golongan memerlukan untuk kurangkan beban menjelang sesi persekolahan bermula


BAGAN DATOH : Menjelang sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah mengambil peluang dengan menganjurkan satu program kebajikan untuk membantu golongan anak-anak yatim dan miskin menghadapi persiapan ke sekolah tahun hadapan.

Program yang dikenali sebagai “Kembali Ke Sekolah” tersebut telah mensasarkan seramai 30 orang penerima sumbangan yang berbentuk pakaian sekolah. Menyedari keadaan kos sara hidup kini yang semakin tinggi, pastinya menjadi satu bebanan buat golongan anak-anak yatim dan miskin dalam mempersiapkan kelengkapan serta pakaian sekolah.


Menurut Pengarah program, Muhammad Nizam Khairi menyatakan selain bermatlamatkan untuk meringankan bebanan golongan yang memerlukan bantuan itu, ianya juga mampu untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan masyarakat setempat. Program seumpama ini juga boleh menyedarkan kepada masyarakat bahawa amalan dan budaya bantu-membantu adalah sangat mulia dan dituntut.

“ Ajaran dan tuntutan syariat Islam itu sendiri menunjukkan bahawa amalan membantu golongan yang memerlukan khususnya anak yatim dan miskin adalah sangat mulia dan dituntut, “ jelas Muhammad Nizam lagi.


Pada program tersebut, para penerima sumbangan yang terpilih daripada kawasan sekitar DUN Rungkup seramai 30 orang itu telah berkumpul di Markaz Tarbiyyah PAS Selekoh seawal jam 8 pagi sebelum dibawa ke pusat jualan pakaian Aked Asril yang terletak di Batu 10, Hutan Melintang. Para penerima  juga diberikan peluang untuk memilih sendiri pakaian di kedai tersebut.

Para penerima sumbangan berasa sangat gembira dan bersyukur kerana memperolehi pakaian sekolah baharu bagi menghadapi sesi persekolahan nanti. Antara sumbangan tersebut ialah sepasang baju, seluar dan kain serta kasut, stokin dan beg sekolah. Mereka juga melahirkan serta mengucapkan terima kasih kepada pihak Pemuda PAS Kawasan kerana sudi membantu meringankan sedikit bebanan mereka dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini.


Manakala bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Ustaz Mustofa Saifuddin  menyatakan bahawa pihaknya ( Pemuda PAS ) akan terus mencuba membantu sedikit sebanyak golongan yang memerlukannya. Menurutnya lagi, pihak Pemuda PAS mahu melaksanakan pelbagai usaha dan pendekatkan dalam memastikan kebajikan rakyat sekitar kawasan Bagan Datoh akan terjaga.

Turut hadir sama dalam program penyerahan sumbangan tersebut ialah Ustaz Misbahul Munir Masduki selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh bersama-sama pimpinan PAS Kawasan Bagan Datoh yang lain. Beliau juga berkesempatan beramah mesra bersama penerima sumbangan dan membantu memilih pakaian untuk mereka.


Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008