pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 29 Oktober 2015

KENYATAAN MEDIA : DPPK BAGAN DATOH BERISTIQAMAH DAN MENYOKONG PENUH KEPIMPINAN PAS HARI INI.

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BAGAN DATOH

Tarikh : 29 Oktober 2015 / Khamis

 
“ PEMUDA PAS KAWASAN BAGAN DATOH TERUS BERISTIQAMAH BERSAMA PERJUANGAN DAN KEPIMPINAN PARTI ”

1-Perkembangan politik yang berlaku ketika ini khususnya bagi Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) telah merubah sedikit sebanyak landskap politik di negara ini. Sehubungan itu, ianya juga memberi beberapa kesan baik dan buruk kepada pengurusan dan pentadbiran parti.

2-Namun bagi Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, disini ingin menyatakan pendirian kami iaitu akan terus beristiqamah bersama pimpinan parti yang telahpun dipilih secara sah oleh perwakilan melalui Muktamar Agung PAS yang lalu. Maka tiada sebab dan alasan untuk kami menolak apatah lagi menjatuhkan kepimpinan parti yang ada pada hari ini.

3-Kami juga secara jelas dan teguh berpendirian akan terus menyokong penuh Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang serta seluruh saff kepimpinan PAS Pusat. Selain itu, kami menyatakan keyakinan kepimpinan Presiden PAS hari ini mampu untuk menjaga keaslian dasar perjuangan parti.

4-Pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh turut berjanji akan menjadi pendokong kuat untuk bersama-sama kepimpinan parti dalam gerak kerja dan usaha memenangkan PAS di persada dakwah, tarbiyah dan politik negara.

5-Berkenaan penubuhan parti baharu serpihan daripada PAS, iaitu Parti Amanah Negara ( AMANAH ), pihak kami hanya boleh menyatakan bahawa perkara tersebut adalah menjadi hak mereka. Namun, pihak kami masih mengharapkan kepada bekas pimpinan dan ahli PAS yang telah mengisytiharkan keluar parti untuk bersama parti baharu itu untuk memikirkan semula tindakan mereka. Adakah ianya hanya untuk kepentingan diri sendiri atau untuk Islam ?

6-Justeru itu, pihak kami menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha perpecahan dan pengkhianatan dalam perjuangan PAS. Demikian itu, pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh menyokong keputusan PAS Perak yang meminta Ahli Parlimen ( MP ) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) daripada PAS yang telahpun keluar parti dan telah bersama-sama parti baharunya iaitu AMANAH untuk meletakan jawatan tersebut. Ianya adalah bertepatan sebagaimana bai’ah ( sumpah ) yang telah dilafazkan oleh setiap mereka yang menjadi calon dan bertanding dalam pilihanraya atas nama PAS mestilah meletakkan jawatan sekiranya telah meninggalkan PAS.

7-Manakala daripada sokongan serta keyakinan ahli dan rakyat kepada PAS, pihak kami berkeyakinan bahawa PAS masih lagi relevan dan utuh walaupun diuji dengan pelbagai cara dan pihak. Antara buktinya ialah kehadiran peserta di Himpunan Fastaqim yang telah berlangsung di Kota Bharu dihadiri lebih daripada sasarannya iaitu melebihi 60 ribu orang. Selain itu, kemasukan daftar ahli baharu juga semakin meningkat daripada semasa ke semasa.

8-Akhirnya, sekali lagi pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh menegaskan akan terus memberi sokongan dan dokongan penuh kepada kepimpinan parti serta beristiqamah dalam perjuangan ini. Kami juga menolak sebarang usaha merosakkan parti seperti perpecahan dan pengkhianatan

" BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN "

Oleh :

USTAZ AMIR HAMZAH BIN IBRAHIM

Ketua,
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BAGAN DATOH



1 ulasan:

dinULTRAMAN berkata...

istiqamah!!! fastaqim!!!!
sekarang parti kita dah koyak rabak, bukan sahaja terdapat carik disitu dan carik disini, bahkan semakin hari semakin meluntur warna hijaunya.
Terus terang kita mesti akui, pimpinan parti sekarang terpaksa hanya berkerja siang malam untuk menyejukkan ahli-ahlinya. Membuat penafian itu dan ini, menjawab isu yang semakin hari mengasak kiri kanan. Ini belum lagi kerja mengambus lubang kesan dari mulut celupar dan kenyataan tolol yang dibuat oleh sesetengah pimpinan parti. Sehingga kita lupa tanggungjawab dan sasaran kita untuk menumbangkan UMNO dan segala taghut maghut yang ada pada parti tersebut.
Jangan sesekali kita hanyut dengan meletakkan kesalahan ke atas orang lain, sedangkan kita lupa bahawa kitalah yang menyebabkan orang lain terpaksa membuat kesalahan.
Lihat bagaimana bodoh dan tololnya kita. Kita melakukan apa sahaja untuk memuaskan cita rasa hati kita. Kita telah buang siapa sahaja yang kita rasa kita nak buang. Kita cipta apa sahaja gelaran untuk menghilangkan kepercayaan orang kepada mereka. Kita rancang apa sahaja perancangan untuk menjayakan kehendak kita. Akhirnya kita gembira kerana nafsu dan kehendak kita telah berjaya dipenuhi.
Namun kita tidak fikir apakah kesan kepada parti dan apakah pandangan rakyat kepada parti PAS. Semua yang sedang dialami oleh parti pada hari adalah kifarat dan hukuman atas tindakan kita yang terlalu mengikut nafsu.
Namun hukuman yang paling berat dan hina yang terpaksa kita terima apabila pimpinan kita dikuasai oleh ejen UMNO dan mereka yang bercita-cita tinggi. Dimana mereka sanggup menjual parti dan melelong ahli parti kepada musuh parti.

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008