pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 1 Februari 2016

SUDUT TAZKIRAH : CATATAN DHUHA OLEH YB. USTAZ IDRIS AHMAD, MP BUKIT GANTANG

CATATAN DHUHA : YB. USTAZ IDRIS BIN AHMAD 
( NAIB PRESIDEN PAS )
( 15 RabiulAkhir - 21 RabiulAkhir 1437 )

Catatan Dhuha
Alhamdulillah, 90 peratus yang hadir himpunan Bantah TPPA ahli Pas. Mereka hadir kerana wala' kepada arahan parti dan pimpinan. Ingat kami yang bergelar pemimpin, ahli wala' selagi pemimpin wala' kepada Allah, Rasul dan perjuangan. Jika pemimpin lari, kami tidak akan wala' sama sekali. 


Ustaz Idris Hj Ahmad 15 Rabiul Akhir 1437 /25 Januari 2016 Isnin.

Catatan Dhuha
Dua hari Parlimen bersidang untuk meminta ahli parlimen bersetuju supaya Malaysia menerima TPPA. InsyaAllah Pas istiqamah menentang TPPA. Ahli parlimen Pas yang diamanahkan, akan berucap menentang TPPA dan akan undi menentang. Doakan semoga Ahli Parlimen Pas diberi kekuatan dan kesihatan untuk menggalas amanah ummah dan negara. 


Ustaz Idris Hj Ahmad 16 Rabiul Akhir 1437 /26 Januari 2016 Selasa.

Catatan Dhuha
Jangan hanya pandai mengkritik tetapi tidak pandai melaksana. Jangan pandai meruntuh, tetapi tidak pandai membina. Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai membuat. Jangan nampak kesalahan orang, tetapi tidak nampak kesalahan diri sendiri. Jangan nampak kelemahan orang tetapi tidak sedar mengenai aib diri sendiri. Satu peringatan untuk diri saya. 


Ustaz Idris Hj Ahmad 17 Rabiul Akhir 1437 /27 Januari 2016 Rabu.

Catatan Dhuha.
Walau pun tewas dalam undian TPPA, biar sejarah terpahat kita adalah penentangnya. Penentangan Pas atas prinsip kedaulatan negara dan maruah negara tidak boleh dicampur oleh kuasa asing setelah 58 tahun merdeka. Pas bukan anti pelabur asing, tetapi yang kita tentang ialah tatacara dan urus tadbir negara ditentukan oleh orang lain. 


Ustaz Idris Hj Ahmad 18 Rabiul Akhir 1437 /28 Januari 2016 Khamis.

Catatan Dhuha
Ketika MP BN berbahas menyokong TPPA sama seperti mereka membahas GST dahulu. Kononnya GST barang tidak naik, ringgit akan kukuh, harga kereta akan turun, ekonomi akan melonjak. Seolah-olah GST suci dalam debu. Apabila GST dilaksanakan berlaku sebaliknya. Kes yang sama juga akan terjadi pada TPPA nanti. 


Ustaz Idris Hj Ahmad 19 Rabiul Akhir 1437 /29 Januari 2016 Jumaat.

Catatan Dhuha
Kalau semua sepakat menjalankan tugas jamaah tidak ada lagi masa hendak mengkritik dan nampak kelemahan orang lain. Lumrah manusia memang begitu, bila sibuk fasal orang lupa tentang diri sendiri Sibukkan diri kita dengan amalan dan zikir yang mendekatkan diri kepada Allah dan kerja jamaah. InsyaAllah inilah terapi yang mujarab. 


Ustaz Idris Hj Ahmad 20 Rabiul Akhir 1437 /30 Januari 2016 Sabtu.

Catatan Dhuha
Jangan bazirkan masa dan tenaga yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Gunakanlah sebelum Allah menarik kembali nikmat ini daripada diri kita. Apabila kita terlantar sakit dan tidak bermaya, baru kita menyesal kerana selama ini kita bazirkan tenaga kita. Kita akan mengalir air mata kerana kudrat yang ada pada diri kita sudah lemah tidak mampu untuk membantu kepada perjuangan. 

Ustaz Idris Hj Ahmad 21 Rabiul Akhir 1437 /31 Januari 2016

1 ulasan:

DinSerati berkata...

untuk bacaan kawan ku deris ahmad dan semua saudara seperjuangan ku.

Setelah setahun peninggalan murabbi dan mujadid Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Marilah kembali kita memuhasabah diri untuk meneruskan perjuang yang telah ditinggalkan beliau.

Ingatlah! semasa hayatnya, TGNA berusaha siang malam untuk menarik orang ramai kepada PAS. Beliau bercakap bahawa manusia terbaik di dunia ini adalah manusia yang hidup dalam perjuangan menegakkan agama Allah.Maka berduyung-duyunglah umat islam di Malaysia ingin bernaung dibawah PAS.
Namun selepas beliau meninggal, ulamak PAS pula siang malam berkerja untuk menghalau ahli PAS keluar dari parti. Maka pelbagai gelaran dan lebel yang amat asing dengan budaya hidup salafu solih berterbangan dalam hidup ahli-ahli PAS.

Ingatlah! semasa hayat TGNA, beliau siang malam memberi keyakinan kepada masyarakat, bahawa PAS adalah parti politik yang berjuang untuk menjadi pemerintah di Malaysia. Pemerintahan PAS yang ditegakkan akan berteraskan kepada al-Qur'an dan as-Sunnah.
Namun selepas beliau meninggal, ulamak PAS pula menyatakan bahawa PAS merupakan sebuah parti politik yang akan menjadi penasihat kepada UMNO.

Ingatlah! semasa hayat TGNA, siang malam bangsa asing yang berbeza agama datang menziarahinya. Mereka begitu teruja dapat melihat dan menziarahi TGNA. (Indahnya ketika saya melihat beliau berjubah putih dengan dikelilingi sami-sami yang memakai pakaian kuning).
Namun selepas beliau meninggal, bangsa asing yang berbeza agama tidak lagi menghormati dan menziarahi ulamak-ulamak PAS.

Ingatlah! semasa hayatnya, TGNA berkerja dan berceramah siang malam untuk mendedahkan kemungkaran dan penyelewengan UMNO.
Namun selepas beliau meninggal, ulamak PAS pula siang malam berceramah dan berforum untuk menghentam AMANAH dan DAP. Sedangkan sebahagian pimpinan AMANAH adalah teman seperjuangan TGNA.

Ingatlah! semasa hayat TGNA, tiada siapa pun yang berani membuka mulut untuk menyatakan kesanggupan bekerjasama dan bermanja-manja dengan UMNO.
Namun selepas beliau meninggal, para ulamak PAS pula siang malam berusaha mempengaruhi ahli-ahli PAS supaya membuka jalan untuk berkerjasama dan berbaik-baik dengan UMNO.

Ingatlah! semasa hayatnya, TGNA teramat marah dan tersinggung bila mendengar beberapa pimpinan parti yang cuba mengadakan pakatan politik dengan UMNO di belakang tabir.
Namun selepas beliau meninggal, para ulamak PAS menjadi pekak badak bila ada diantara pimpinan parti secara terang-terangan seperti para rahib, untuk mengampun semua dosa-dosa UMNO terhadap PAS dan ahli-ahlinya.

Ingatlah! semasa hayatnya, TGNA berusaha untuk mempamerkan corak hidup yang sederhana dan warak untuk menepati ciri-ciri seorang ulamak yang diamanahkan untuk memimpin umat.
Namun para ulamak PAS selepas beliau, cuba untuk mempamerkan kehidupan ulamak yang mempunyai kemewahan dan berpangkat.

Ingatlah! bahawa pada satu masa nanti, anak cucu kita akan menilai kembali perjuangan kita.

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008