pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 10 November 2017

PAS RAKAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA TG. DATUK MOHAMAD DAUD IRAQI DAN TG. USTAZ ABDULLAH AL-HAFIZ

PAS RAKAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA TUAN GURU DATUK MOHAMAD DAUD IRAQI DAN TUAN GURU USTAZ ABDULLAH AL-HAFIZ

Kita telah mendapat berita yang menyedihkan di atas pemergiaan dua tokoh ulama’ besar Kelantan yang telah kembali ke Rahmatullah semalam, Tuan Guru Datuk Mohammad Daud Iraqi dan Tuan Guru Ustaz Abdullah Al-Hafiz.
Sepanjang hidupnya, kedua-dua ulama’ ini telah memberi bakti kepada agama dan perjuangan Islam yang telah melahirkan ribuan anak murid yang faham al-Quran dan mempertahankan hukumnya dan kerajaan Islam. Jasa dan pengorbanannya terus diingati oleh sekalian umat Islam yang mengalir ilmu-ilmunya di dada pewaris perjuangannya.
PAS mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Tuan Guru Datuk Mohammad Daud Iraqi dan keluarga Tuan Guru Ustaz Abdullah Al-Hafiz. Didoakan kepada Allah agar ruh keduanya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan diterima segala amalannya dengan ganjaran yang besar.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANGPresiden PAS
Bertarikh: 19 Safar 1439 / 9 November 2017

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008