pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 2 Januari 2018

DPP MALAYSIA : MARA MENUJU CITA - 2018 SEJAHTERA BERSAMA ISLAM


PERUTUSAN KETUA DPPM
Dewan Pemuda PAS Malaysia
31 Disember 2017 | 13 Rabiul Akhir 1438H

MARA MENUJU CITA : 2018 SEJAHTERA BERSAMA ISLAM


Dewan Pemuda PAS Malaysia mengajak semua anak muda Malaysia untuk meletakkan cita-cita tinggi sempena 2018 bagi membentuk kekuatan dalam usaha melahirkan Malaysia yang sejahtera dengan Islam.

Tahun 2017 yang dilalui merakamkan suasana yang suram buat rakyat Malaysia ekoran perkembangan ekonomi dunia yang kurang memberangsangkan. Kepincangan urus tadbir aset dan harta benda negara oleh kepimpinan negara juga amat mendukacitakan. 

Sistem yang ditawarkan oleh Islam dalam membangunkan negara melalui pembasmian gejala rasuah, pengurusan kos sara hidup rakyat secara adil, urus tadbir percukaian yang tidak menzalimi rakyat dan pelbagai lagi corak urus tadbir tidak meletakkan pendekatan Islam sebagai jalan penyelesaian kemelut rakyat.

Justeru, 2018 adalah ruang untuk semua rakyat khususnya anak muda Malaysia membina kembali negara dengan meletakkan Islam sebagai paksi utama jalan penyelesaian. PRU14 hendaklah diterjemahkan melalui undi rakyat agar Islam menjadi penyelesaian untuk ummah dan rakyat. Anak muda Malaysia mesti terus 'Mara Menuju Cita'.

Sekian, terima kasih.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”

Ustaz Muhammad Khalil bin Abdul Hadi
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008