pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 13 Februari 2013

MAJLIS DIALOG : RAPATKAN UKHWAH ANAK RANTAU BERSAMA YDP PAS KAWASAN.

DIALOG SANTAI SEBAGAI PERSEDIAAN PILIHANRAYA UMUM 13 BERSAMA ANAK RANTAU SEMPENA CUTI SAMBUTAN BARU CINA ANJURAN PAS KAWASAN BAGAN DATOH BERI BANYAK MANFAAT.

Ustaz Misbahul Munir selaku YDP PAS Kawasan dan Sdr. Aufa Ahmad sebagai Ketua Penerangan PKR Bagan Datoh beri keyakinan dan janji sebagai dorongan anak rantau pulang untuk mengundi.

BAGAN DATOH : PAS Kawasan Bagan Datoh melalui Jabatan Penerangannya telah mengambil kesempatan sempena cuti umum sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini dengan mengadakan sebuah majlis dialog anak-anak rantau Bagan Datoh yang pulang ke kampung bersama pimpinan PAS dan PKR Bagan Datoh.

Bermatlamatkan merapat ukhwah dikalangan ahli dan pimpinan serta berkongsi maklumat, majlis tersebut telah berjaya menghimpunkan kira-kira 100 orang anak perantauan Bagan Datoh yang pulang ke kampung halaman. Selain tujuan tersebut, majlis tersebut turut memberi peluang kepada anak rantau berdialog terus bersama Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki dan Sdr. Aufa Ahmad selaku Ketua Penerangan PKR Cabang Bagan Datoh mewakili Ketuanya, Sdr. Madhi Hj. Hasan.


Dalam majlis sama itu, Ustaz Misbahul Munir selaku Yang Dipertua PAS Kawasan menyatakan beberapa janjinya sekiranya calon PAS yang bertanding memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Rungkup dalam Pilihanraya Umum 13 nanti. Menurutnya, janjinya sebagai wakil rakyat adalah untuk memberikan khidmat terbaik dengan menjadikan jawatan Ahli DUN sebagai amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.


Menurut  Ustaz Misbahul Munir lagi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menyatakan persediaan PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU 13 nanti yang akan berlaku tidak lama lagi. Beberapa strategik telah diatur dan disusun sebagai menarik undi dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.





Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008