pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 15 Februari 2013

AHLI PAS..SILA NAIKKAN BENDERA !


PRU13: PAS Perak gesa ahli naikkan bendera

Harakahdaily,14 Feb 2013
KUALA LUMPUR: PAS Perak menggesa ahli seluruh negeri menaikkan bendera PAS di setiap rumah bagi menunjukkan kesediaan PAS negeri menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.


Ketua Penerangannya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin(gambar) berkata, PAS Perak yakin semua bilik gerakan di setiap Unit Peti Undi (UPU) telah mula digerakkan untuk dihiasi dengan bendera dan logo parti.

Katanya, kehangatan bahang PRU13 sudah semakin dirasai dengan melihat Barisan Nasional (BN) juga telah menaikkan bendera mereka termasuk arahan membuka 7,531 Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di 222 kawasan parlimen seluruh negara sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno Malaysia.

“Situasi ini jelas menunjukkan betapa hampirnya PRU13 dengan pelbagai program yang menyalahgunakan jentera kerajaan telah diadakan dengan lebih kerap bagi meraih undi rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, PAS Perak yakin sejarah kejatuhan BN Perak pada PRU12 lalu mampu diulangi kembali kerana BN ternyata gagal menggunakan tempoh selama tiga tahun selepas ‘rampasan kuasa’ bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap akauntibiliti dan ketelusan mereka mentadbir negeri tanpa penyalahgunanaan kuasa dan rasuah.

“Malah kita di Perak sudah lama menantikan PRU13 ini bagi mengembalikan kuasa rakyat yang telah dirampas selain menunjukkan kita tidak bertindak di luar lunas undang-undang demi mementingkan kuasa seperti dimomok-momokkan oleh BN bahawa PR akan melakukan huru-hara jika kalah di dalam PRU13,” katanya.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008