pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 19 Februari 2013

ANAK MUDA BANGKIT : JANGAN TIPU KAMI WAHAI UMNO/ BN !

PENTAS ANAK MUDA : SUARA MAHASISWA, SUARA RAKYAT- BANGKIT MERUBAH MASA DEPAN NEGARA

Kehadiran Ikon Anak Muda Reformis, Adam Adli amat dinantikan dan membangkitkan semangat rakyat Bagan Datoh bangkit lawan penipuan UMNO/ BN selama ini.

BAGAN DATOH : Pengajaran yang berlaku di Parlimen Pekan ( MP Najib Razak ) adalah sebagai satu contoh yang menunjukkan bahawa sistem negara demokrasi di Malaysia amat mengecewakan seluruh rakyat. Apabila gerakan mahasiswa bersuara di negara ini cuba dinafikan haknya oleh pimpinan kerajaan hari ini dengan mengupah samseng-samseng untuk menghalang suara mahasiswa dan rakyat menular di seluruh Malaysia.



Apabila hak suara rakyat termasuklah golongan mahasiswa di negara ini di sekat, maka ini menunjukkan bahawa kerajaan pada hari ini amatlah tidak layak lagi untuk mentadbir terus negara. Ianya membuktikan sesungguhnya kerajaan UMNO/ BN pada hari ini yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak amat bimbang dan takut menerima kekalahan dalam Pilihanraya Umum 13 nanti.



Demikian antara kandungan ceramah yang disampaikan oleh Adam Adli di program Pentas Anak Muda : “ Suara Mahasiswa, Suara Rakyat “ yang berlangsung di Perkarangan Rumah Cikgu Said Muhammad, Parit 6 Sg. Sumun semalam.



Kehadiran Ikon Anak Muda Reformis, Adam Adli Abdul Halim tersebut ke kawasan Bagan Datoh amatlah dinantikan oleh rakyat di sini khususnya anak- anak muda. Program anjuran AMK Cabang Bagan Datoh dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh serta Pimpinan Pakatan Rakyat Bagan Datoh berikut telah berjaya menghimpunkan kira-kira 500 orang hadirin.



Adam Adli merupakan anak muda yang tiba-tiba melonjak namanya dalam tempoh dua tahun lalu dan kemudiannya kini diangkat sebagai ikon anak muda yang berani bersuara dan bertindak menurunkan bendera berwajah Datuk Seri Najib Razak di PWTC. Oleh kerana tindakannya tersebut beliau kini digantung daripada pengajiannya di Universiti Perguruan Sultan Idris ( UPSI ) Tanjung Malim.



Dalam siri ceramah tersebut, beliau mengharapkan dan mengajak rakyat khususnya anak- anak muda untuk bangkit serta menentang penipuan dan kezaliman UMNO/ BN. Beliau juga adalah antara nama- nama mahasiswa di negara ini yang berani bersuara dan memimpin perubahan suasana politik di Malaysia dikalangan mahasiswa. Menurutnya golongan mahasiswa sangat penting untuk menjadi pengkritik dan bersuara untuk membetulkan sesuatu perkara khususnya berkaitan pentadbiran negara.



“ Golongan anak muda dan mahasiswa khasnya perlu menjadi pengimbang ( pengkritik yang membina ) politik negara ini. Ini adalah kerana golongan inilah yang akan meneruskan pentadbiran negara ( Malaysia ) ini. Maka perlunya golongan ( muda ) berani.” Ujar dan serunya beliau.



Selain Adam Adli yang berceramah di majlis tersebut, turut hadir dan menyampaikan ucapn ialah pimpinan PAS dan PKR Cabang Bagan Datoh. Antaranya, Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki, Ketua Cabang PKR Bagan Datoh juga Naib Pengerusi PKR Perak, Madhi Hj. Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Hutan Melintang, YB. S. Kesavan, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Khairi Jamaludin, Setiuasaha AMK Perak, Sdr. Khairul , Ketua AMK Bagan Datoh, Sdr. Damaraj dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat lain.





Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008