pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 7 Februari 2013

LIQA' FIKRI : BERJUANG DENGAN PENUH KEYAKINAN KEPADA ALLAH SWT, KEMENANGAN TELAH DIJANJIKAN!

BERJUANG UNTUK ISLAM PERLU KEYAKINAN TINGGI KEPADA ALLAH SWT DAN KEMENANGAN ISLAM JANJI ALLAH SWT.

Ustaz Sidek Noor beri suntikan semangat jihad ahli dan pimpinan PAS Bagan Datoh.

BAGAN DATOH : Sesungguhnya kemenangan Islam itu adalah pasti dan adalah merupakan janji Allah SWT yang tidak pernah dimungkiri. Demikian antara peringatan yang diberikan oleh Ustaz Sidek Noor, Ahli Jawatankuasa PAS Perak dalam Majlis Liqa' PAS Kawasan Bagan Datoh pada semalam di sini.


Beliau menyebut perkara tersebut sebagai suntikan semangat kepada seluruh ahli PAS dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Majlis bulanan yang dianjurkan oleh Urusan Ulama' PAS Kawasan Bagan Datoh tersebut telah menghimpunkan lebih 100 orang ahli PAS dari seluruh kawasan terbabit.

Ketika mana rakyat sibuk membuat persiapan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13, beliau menyeru supaya seluruh ahli dan jentera PAS menyiapkan diri dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sebagaimana perjuangan Islam yang telah dilakukan oleh para Rasul terdahulu dalam memperjuangkan untuk menegakkan syiar Islam tersebut di muka bumi ini.


Ustaz Sidek Noor turut menyatakan antara langkah pejuang Islam sejati ialah beribadah sepenuh ikhlas dan meletakkan keyakinan yang tinggi kepada Allah SWT. Sesungguhnya yang memberikan kemenangan hanya Allah SWT sebagaimana yang dijanjikan-NYA. Disamping keyakinan tersebut perlulah usaha dan gerak kerja serta strategik terbaik untuk memenangkan Islam.

Islam merupakan agama suci. Maka perjuangan untuknya perlu bersih dan suci. Begitulah hakikatnya sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dalam memperjuangkan agama suci tersebut.


Akhirnya, beliau menyentuh persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Demikian itu, beliau mengingatkan agar seluruh ahli dan jentera PAS bekerja dengan lebih gigih dan dalam masa yang sama hendaklah melakukan ibadah-ibadah penuh ikhlas. Perlunya bermunajat dan berdoa sebagai mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kemenagan biarlah mendapat bimbingan dan keredhaan Allah SWT daripada menang dengan mendapat kebencian serta kemungkaran daripada Allah SWT.






Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008