pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 20 Oktober 2013

DAH PILIHAN NAJIB..MESTILAH DAPAT! TAPI NAJIB GAGAL " TRANSFORMASIKAN UMNO NYA ITU "!

Pilihan Najib berjaya tapi transformasi Umno gagal

Harakahdaily,20 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Sehingga lewat tengah malam tadi, keputusan pemilihan bagi jawatan Naib Presiden Umno menyaksikan ketiga-tiga penyandang berjaya mempertahankan jawatan mereka, termasuk Hishammuddin yang dianggap ‘lembik’ dan tidak tegas sebagai pemimpin. 

Keputusan setakat jam 1.40 pagi tadi memperlihatkan Zahid mendapat 185 undi, Shafie Apdal (174), Hishammuddin (100), Mukhriz (91), manakala Isa dan Mohd Ali masing-masing 7 undi.

Undi daripada beberapa bahagian lagi belum diperolehi tetapi dengan undi minimum hanyalah 96 undi, bermakna Zahid, Shafie dan Hishammuddin berjaya dalam pemilihan kali ini.

Bagi penulis Shahbudin Husin, untuk tempoh tiga tahun akan datang dan mungkin dipanjangkan sehingga PRU14 yang akan diadakan sebelum 2018, status quo Naib Presiden yang merupakan pilihan dan orang kepercayaan Najib, juga berjaya dikekalkan.

“Dengan kekalnya ketiga-tiga mereka itu, bermakna hasrat untuk melakukan perubahan kepada lapis ketiga kepimpinan Umno beserta harapan wajah Umno yang lebih segar dapat ditampilkan dengan menyelitkan Mukhriz Mahathir yang merupakan antara faktor kejayaan BN dapat menawan semula Kedah, terlihat gagal dilakukan,” tulis beliau di dalam blognya.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008